Spirit 104-Angel of Cure

567 51 5
                                    

Faith dan Sara tergamam.Ianya kerana pedang Faith dan tangan Sara yang sepatutnya mengenai Elliot,tetapi dihalang dengan tongkat Elliot.

"Masa kamu berdua menyerang memang tepat.Bagus",kata Elliot dengan senyuman.

Dia memusingkan tongkatnya dengan laju,membuatkan Faith dan Sara terpaksa berundur.

Mata Elliot memandang ke arah Sara.Kelibat jejaka itu hilang.

"Ah...!Hati-hati!",Faith memberi amaran kepada Sara.

Elliot memunculkan dirinya di hadapan Sara.

"!"

Belum sempat Sara melakukan apa-apa tindakan,dirinya dipukul dengan tongkat Elliot.

Gadis itu menjunam ke bawah dengan laju.

BUM!!!

Debu yang tebal terhasil di tempat Sara jatuh.

Elliot muncul di sebelah Faith.Tongkatnya dihayunkan ke arah kepala gadis itu.

BOK!!

Kerana menerima pukulan yang kuat di kepala,pandangan mata Faith kabur.

BUM!!!

Faith menjunam ke bawah dengan laju apabila Elliot memukul dirinya sekali lagi.

Debu yang tebal terhasil di tempat gadis itu jatuh.

Elliot yang berada di udara,turun ke bawah secara perlahan-lahan.

Faith dan Sara,yang terbaring atas tanah berdiri dengan tegak.

Kecederaan yang mereka berdua terima hanyalah ringan.Elliot kagum dengan Sara.

"Ini kali pertama manusia hanya cedera ringan selepas terkena serangan aku"

Jejaka itu berkata sedemikian dengan tersenyum.

"Terima kasih sahajalah atas pujian itu...",kata Sara.

"Atau kau,memang bukan manusia?",soal Elliot.

Sara mengetap gigi mendengar apa Elliot katakan.

Satu bola bercahaya biru muncul di atas tapak tangannya.Burung berwarna biru dalam bilangan yang banyak keluar dari bola tersebut.

"Senyap!",kata Sara dengan suara yang kuat.

Semua burung tersebut meluru dengan laju ke arah Elliot.

"Nanti!Jangan serang melulu!",kata Faith.

Elliot mengukir senyuman.Dia memusingkan tongkatnya,kemudian dihentak kuat ke atas permukaan tanah.

KRAK!

Akibatnya,tanah retak dengan teruk.Retakkan tersebut besar.

Ketulan tanah yang retak ternaik ke atas.

"Ah!",Sara terkejut.

KBOOM!!!

Semua serangan Sara mengenai ketulan tanah yang naik ke atas.

Tiupan angin yang kuat terhasil akibat letupan,membuatkan Sara melindungi wajahnya dengan tangan.

Elliot mengambil peluang.Dia meluru laju ke arah Sara dengan tongkatnya dipusingkan.

KLANG!

Tongkatnya yang disasarkan kepada Sara,dihalang dengan pedang Faith yang muncul di hadapan Sara sekelip mata.

Tangan Faith menggeletar menahan serangan Elliot.

"Ops.Terlupa pula tentang kau",kata Elliot.

CHACK!

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now