Spirit 106-Shara,Rafael & Miura

601 52 13
                                    

ZWOSH!!!

Angin yang kencang hampir membuatkan Eric dan Siegfield melayang jika mereka berdua tidak membenamkan senjata mereka ke bawah.

"Terima kasih sebab rawat kami,dan pergi dari sini cepat!"

Asyi dan Asya terus meluru ke arah Eric dan Siegfield dengan laju selepas berkata sedemikian kepada Alaias dan Revan.

BUK!

DASH!

Penumbuk Asya dihalang dengan sabit Siegfield yang tersenyum.Manakala kaki kiri Asyi yang disasarkan kepada kepala Eric dipegang.

"Hahaha!!!"

Siegfield ketawa gila.Sabitnya diputarkan dengan laju,memaksa Asya berundur ke belakang.

ZASH!!

"Urgh...!"

Asya mengerang kesakitan apabila sabit Siegfield dibenamkan ke dalam bahu kanannya.

Asya memegang tangan kanan Siegfield dengan kuat.Tangan kirinya yang memegang kuat tangan Siegfield mengalirkan petir berwarna biru.

ZISH!!!!

Tubuh Siegfield menerima renjatan petir biru Asya.

BOK!

Renjatan tersebut berhenti apabila kaki kanan Asya disepak dengan kuat oleh Siegfield.

"Urgh...!"

Gadis itu terduduk.Siegfield mencabut sabitnya yang terbenam dalam bahu kanan Asya.

Darah memancut dengan banyak daripada luka tersebut.Dia melompat ke belakang.

"Hahaha...!Kau rasa aku akan kalah dengan direnjat ke?Hahaha!Sayangnya,petir takkan bagi kesan pada aku!Sebab seluruh tubuh aku adalah asap!"

Kata Siegfield.

Asya memandang ke arah Siegfield dengan wajah yang sedang menahan sakit.Kaki kanannya menggigil.

Tendangan Siegfield tadi telah buatkan tulang kaki tersebut retak.

"Haha!Tak dapat berdiri ke?Oh,mestilah!Sebab tulang kaki kau tu retak,kan?",soal Siegfield.

Asya mengetap gigi,lalu cuba berdiri secara perlahan-lahan.

Tubuhnya menggeletar sepanjang cuba berdiri.Namun,dia jatuh kembali kerana kesakitan yang amat pada kakinya.

THUMP!!!

"Argh!"

Asyi merintih sakit apabila tubuhnya yang kecil itu dihempaskan dengan kuat atas runtuhan istana tersebut.

Dia bangkit dengan laju,dan meluru ke arah Eric semula dengan dirinya diselubungi angin.

SKRETH!!!!

Eric terseret ke belakang,bersama Asyi yang melanggar dirinya.

"......."

Tongkatnya yang ada permata di bahagian atas dihalakan ke arah wajah Asyi.

Asyi terkejut.

BOOM!!

"Urgh...!"

Permata tersebut meletup.Letupan tersebut mengeluarkan asap berwarna hitam.

Asyi terus melompat ke belakang dengan menekup mulutnya.

"Tindakbalas yang cepat,seperti angin.Memang layak kamu gunakan angin",kata Eric.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora