Spirit 11-Say Hello to Them!

1.2K 93 34
                                    

Seven Princesses melangkah masuk ke dalam bilik latihan.Mereka tak nampak langsung kelibat Spirits of Elementals.

"Eik?Mana mereka ni?",kata Risa.

"Peliknya,mereka selalunya datang awal",kata Zara.

"Betul juga kan",kata Crystal.

"Mungkin mereka ada hal sikit,sebab tu lambat?",kata Mel.Yang lain mengangkat bahu tanda tak tahu.

"Apa-apa jerlah.Kita tunggu sahajalah mereka datang",kata Alina.

"Tak perlu tunggu mereka",kata Shafiq.

"Woah!!!",terkejut Seven Princesses.

Mereka pandang ke arah Shafiq.

"Tak perlu tunggu?Kenapa pula?",soal Asyi.

"Sebab mereka takkan latih kamu bertujuh lagi",kata Akram.

"Eh?Kenapa pula?",soal Asya.

------------------------
Semalam

"Latihan Seven Princesses?",soal Nuriah.Mimi mengangguk.

"Kalau kau nak tanya tentang latihan mereka,Spirits of Elementals latih mereka dengan baik",kata Ayumu.

"Betul,dan mereka dah semakin mahir berlawan",kata Fatini.

"Mereka hanya 'semakin' mahir berlawan,bermakna mereka bertujuh masih di tahap amatur",kata Mimi.Dia memasukkan satu batang Pocky perisa coklat dalam mulut.

Semua Cerberus terkejut.

"Biar betul?Lagipun kan mereka dilatih oleh elit",kata Sha.

"Memang mereka bertujuh dilatih oleh sekumpulan elit.Tetapi,masalahnya adalah,mereka tak dilatih dengan baik",kata Mimi.

"Seperti?",soal Nuraiza.

"Kalau mereka sudah mahir dalam mengelak serangan,mereka bertujuh akan berlatih untuk tingkatkan stamina mereka.Dan mereka takkan berlatih mengelak serangan lagi",jelas Mimi memasukkan segenggam keropok ke dalam mulutnya.

"Oh,jadi itulah sebabnya reaksi mereka dalam mengelak serangan makin lambat",kata Qistina.

"Betul.Dan,kalau mereka berlatih,dalam sehari,hanya akan lakukan satu latihan sahaja",kata Mimi menyedut air dalam kotak.

"Itu memang betul,tetapi sekarang ni Seven Princesses berlatih berlawan dengan guru mereka.Bukankah itu bermakna yang mereka berlatih mengelak,menyerang dan bertahan sekaligus?",kata Mia.

Mendengar suara Mia,Mimi kaku.Dia memalingkan mukanya ke arah lain.

"Memang betul,tetapi kemahiran berlawan mereka meningkat dengan hanya 10% walaupun dah 3 bulan dilatih",kata Mimi.

"Hm..jadi maksud kau,yang Spirits of Elementals latih mereka bertujuh dengan tidak serius?",kata Qistina.

"Betul.Lagipun mereka berlatih dengan guru yang kuasa dan kebolehan mereka tidak sama.Seperti Alina dan Solar.Alina berlawan mengunakan pedang,tetapi Solar pula sebaliknya.Sepatutnya,Alina berlatih dengan Halilintar kerana Halilintar berlawan gunakan pedang",jelas Mimi.

"Hm...betul juga.Jadi?Kau nak buat apa?",soal Akram.

"Aku akan cakap dengan ketua organisasi untuk tukar guru Seven Princesses",kata Mimi.

"Jadi,siapa yang akan ajar Seven Princesses tentang berlawan?",soal Sha.

Mimi menggigit kuat lolipop yang ada dalam mulutnya dengan tersenyum.

End of Flashback

------------------------

"Jadi,siapa yang akan jadi guru kami?",soal Zara.

"Melalui perbincangan dalam mesyuarat dengan mereka...",Mimi melangkah ke depan.Dia menurunkan hudnya.

"Mimi!",Seven Princesses meluru ke arah Mimi.

"Erk!Wall!"

BOK!

Muka mereka bertujuh melekat di dinding halimunan yang dicipta oleh Mimi.Gadis itu berjalan ke arah lain.

"Berdasarkan apa yang kami bincangkan semalam,kamu semua akan berlatih dengan semua Cerberus ",kata Mimi menghilangkan dinding halimunan.

Muka Seven Princesses jatuh menyembah lantai.

"Kami?Dilatih oleh Cerberus?!",kata Risa mewakili adik-beradiknya yang lain.

Mimi mengangguk.

"Betul.Jadi,saya harap kamu semua sedia untuk berlatih dengan mereka",kata Mimi.

















Nampaknya guru Seven Princesses telah ditukar dengan Cerberus.

Jadi,readers rasa Cerberus sesuai melatih Seven Princesses yang mana?

Shafiq-
Akram-
Sha-
Nuriah-
Mia-
Ayumu-
Qistina-
Fatini-
Nuraiza-
Mimi(?)-

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن