PART 3: CAN I KILL HIM?!

24K 886 74
                                    

"Intan, awak tolong iring student baru ni pergi ke kelas 5 Karisma boleh tak?" tanya pengetua sekolah kepada aku.


"Boleh, puan. Jangan risau, nanti saya akan berikan surat ni kepada guru kelas 5 Karisma dan iring dia ke kelas baru."


"Terima kasih, Intan. Kalau cikgu mengajar awak mempertikaikan keberadaan awak, suruh mereka rujuk kepada saya."


"Sama-sama, cikgu. Baik, cikgu. Ada apa-apa lagi?"


"Tiada, Intan."


"Kalau macam tu kami minta diri dulu ye, cikgu."


Kaki aku melangkah keluar dari bilik pengetua dan pastinya Danny mengikuti aku dari belakang. 


"Nanti kau masuk kelas jangan lupa kenalkan diri. Lepas tu, sikap samseng mafia kau tu jangan bawa masuk dalam sekolah. Aku tahu kau cari gaduh, nahas kau aku kerjakan." bebel aku.


"Nenek."


"What do you say?"


"Aku cakap kau nenek. Kuat bebel." 


"Hey, baik sikit." Aku berpusing menuding jari tepat dihidungnya walaupun tidak sampai sebab pendek. Tapi, dia dari berjalan terus terkaku berdiri disitu.


Danny menepuk dahi Intan. "Kau tu pun mafia. Jangan nak acah baik sangat."


"Sakit gila." 


"Sorry lah." Danny mengusap lembut kepala Intan yang dibaluti tudung.


"Dah. Jom, nanti aku yang kena marah teruk dengan cikgu sebab masuk lambat. Kau pelajar baru bolehlah dimaafkan lagi."


Aku berdiri di depan pintu kelas 5 Karisma. Pelajar 5 Karisma yang tadinya fokus terhadap pengajaran cikgu Qistina di depan terganggu apabila melihat aku dan Danny. "Tok, tok."


"Eh, Intan. Ada apa-apa ke?" tegur cikgu Qistina apabila melihat aku.


"Maaf, cikgu. Saya diarahkan oleh pengetua untuk menghantar pelajar baru ni ke kelas dia. Maklumat semua sudah saya letakkan atas meja cikgu Qistina. Tidak pula saya tahu cikgu ada kelas dengan 5 Karisma."


"Tak apa. Mari masuk, siapa nama pelajar baru ni?"


"Saya panggil dia Danny je."


"Danny, bolehlah awak kenalkan diri kepada semua kawan kelas awak." kata cikgu Qistina.


Dingin sahaja Danny masuk ke dalam kelas sambil tidak lepas mata-mata pelajar perempuan dalam kelas itu melihat dia. Siapa sahaja tak tertarik dengan wajah tampan Danny. "Panggil aku Danny. Korang kenal budak kecik dekat luar tu?"

Datuk or Dato'?Where stories live. Discover now