BAB 6

42.9K 1.5K 0
                                    

"Sorry sangat. Mummy hari ini ada hal dengan kawan-kawan mummy dekat persatuan. If you don't mind, mummy ingat nak ajak Xen ikut mummy sekali." Ajakan mummy buat aku serba salah untuk menolak. Ingat tadi datang rumah mummy bolehlah duduk-duduk berbual atau buat aktiviti antara mak mertua dan menantu. Malangnya, mummy dah ada aktiviti sendiri. Sepatutnya aku call mummy sebelum bertenggek disini.

Panggilan dari pakcik tu aku jawab, "Sekejap ye mummy. Ray call." Beritahu aku pada mummy.

"Assalammualaikum."

"Datang office aku sekarang. Jangan lupa, bawa lunch sekali." Talian dimatikan. Bertuah punya laki, salam tak dijawab terus keluarkan arahan diktaktornya. Tapi bagus juga kerana ini boleh dijadikan alasan untuk aku mengelat dari ikut aktiviti persatuan mummy. Walaupun, aku ni pun pangkat datin macam mummy tapi aku masih tidak berminat dengan aktiviti persatuan datin-datin ni. Sebenarnya, tak adalah teruk mana persatuan datin-datin ni, mereka semua duduk berbincang dan berbual tentang aktiviti-aktiviti amal yang boleh mereka lakukan. Maklumlah, kejayaan suami itu terletak pada seorang isteri. So, if the wife give a bad impression to the world, the husband also will get the bad impression.

"Mummy, Ray call suruh pergi office dia. Xen minta maaf sebab tak dapat ikut mummy. But, if anything just call me. Xen minta diri dulu ye. Nak masak tengah hari untuk Ray." Tangan mummy aku salam dan cium. Mummy pula mencium kedua belah pipi aku dan dahi. Sayang sangat pada menantu dia ni.

"Hati-hati, Xen. Bila-bila datanglah rumah mummy. Bawa datang sekali anak bertuah mummy tu, asyik sibuk sahaja. Macam daddy dia juga." Beritahu mummy. Kesian tengok muka mummy yang sayu dan sunyi. Suami sibuk dengan tugas di pejabat. Samalah dengan Ray. Bapak borek, anak rintik. Nasib baik mummy ada kawan-kawan untuk buat aktiviti lain.

"Bye mummy." Aku melambai mummy.

Kereta aku laju meluncur di jalan menuju ke rumah. Nak sediakan juadah buat suami tercinta.

-CKK-

Don't forget to vote and comment.

Datuk or Dato'?Where stories live. Discover now