BAB 10

39.1K 1.5K 3
                                    

Pagi ini rutinku jalan seperti biasa. Kejut Ray bangun solat Subuh kemudian siapkan pakaian kerja ni dan sediakan makan paginya. Tapi, terasa ada sesuatu tak kena. Sebab?

Subuh berjemaah macam biasa lepas doa aku salam dan cium tangannya tapi tiada balas ciuman di dahi. Senaman pagi di gym tidak dilakukan,kemusykilan mencengkam diri. Aku cuba abaikan. Pakaian yang aku letakkan diatas tilam dibiarkan dan dia menyarungkan kemeja lain. Tambah kecewa, bila dia terus berlalu pergi ke pejabat tanpa menyentuh sarapan yang aku sediakan dan tidak sempat aku iring dia ke kereta.

Assalammualaikum, awak ok? Kalau saya ada buat salah, saya minta maaf. – Aira

Dia hanya membiarkan whatsapp ku bluetick. Sabar je lah wahai hati.

Sedang aku duduk disofa memikirkan apa salah yang telah aku lakukan terhadap si suami. Terbit satu idea di kepala untuk memujuk pakcik tu. Ideanya, masak nasi arab kambing dan kek cawan red velvet sebagai pencuci mulut. Aku membuka telefon dan mencari nombor Kayla. Nasib baik Kayla memberitahu yang suaminya itu free daripada pukul 12 tengah hari sampai 4 petang.

"Saya rindukan awak." Kataku sendiri ketika menghias kek cawan. Perkataan 'I AM SORRY' ditulis disetiap kek cawan.

"Puan cakap dengan siapa?" tanya salah seorang pembantu rumah yang bernama Gayah.

"Eh, kak Gayah. Xen buatkan Tuan kek cawan. Nanti tengah hari, Xen pergi pejabat Tuan untuk makan tengah hari di pejabat. Gayah dengan yang lain jangan lupa makan ye. Xen ada masak lebih, in sya Allah cukup untuk semua." Panjang lebar aku jawab pada Gayah.

"Susahkan Puan je. Kenapa tak minta kami tolong? Baiklah puan. Saya faham. Terima kasih ye puan." Gayah sangat rasa beruntung kerana isteri majikannya sangat baik dan peramah. Malah, seorang yang sangat rendah diri.

Aku melihat wajahku dipantulan cermin di dalam lif. Berdebar hatiku menunggu pintu lif terbuka. Tak sabar nak bertemu dengan Ray tapi dalam masa yang sama rasa tidak sedap hati terpa di jiwa. 'Eh hati, kenapa pula semakin nak dekat dengan pejabat Ray, semakin kuat debaran hati aku.' Bisik hatiku yang tidak sedap.

Keluar dari lif aku lihat meja Kayla kosong. Mungkin ke tandas atau pun pantry. Pintu pejabat Ray terbuka kecil. Aku mengintai dari luar.

"Puteri..." suara lembut Ray memanggil seseorang.

"Do u miss me, sayang?" Suara perempuan itu seperti aku kenal. Macam suara puteri yang berlagak dari kayangan. Aku membuka pintu pejabat itu luas. Kelihatan si puteri berlagak dari kayangan itu sedang bermain tali leher Ray. Sungguh rasa sakit di dada macam kena tikam.

"Xen." Kayla menegur dari belakang.

Matanya memandang ke arahku dan aku hadiahkan senyuman manis. Walaupun, terasa kelat senyumanku.

"Aira." Ray memanggil.

"Saya minta diri dulu. Tadi, Qalesya call ajak jumpa." Aku membawa diri. Bekalan aku hulurkan kepada Kayla.

"Nanti awak tolong sediakan makanan ni pada boss. Saya minta diri dulu."

Aku duduk termenung di dalam kereta. Kini, kereta aku parking berhadapan tasik. Nak keluar, malas. Mataku kini melayar semula apa yang aku mimpi beberapa hari lepas. Puteri tu dulu bekas tunang Ray. Mana tidaknya, beberapa hari sebelum pernikahan mereka berdua keluarga Ray dikhabarkan dengan kehilangan Putri. Atas sebab itu, aku diminta oleh tok ayah untuk menggantikan tempat Putri. Pada mulanya aku menolak, tapi disebabkan tidak sampai hati melihat kekecewaan yang terbit dimuka tok mak dengan tok ayah aku pun menerima untuk menjadi seorang isteri kepada Putera Rayqal, cucu kesayangan tok ayah dan tok mak.

"Assalammualaikum, Aira." Salam diberi dari corong telefon.

"Waalaikumussalam."

5 minit kami masing-masing membisu. Aku mengurut kepala yang sudah berdenyut. "Awak ada nak cakap apa-apa ke?"

"Dengar dulu penjelasan aku."

"Balik nanti kita bincang ye. Saya ada hal kejap dekat luar."

"Qaleesya ada dekat klinik. Kau ada dekat mana?" Aduhai macam mana pula pakcik ni tahu.

"Saya ada dekat rumah."

"Jangan tipu aku boleh tak!" suara guruh pakcik tu dah keluar.

"Sa..saya."

"Saya apa? Aku ada dekat rumah. So, lebih baik kau start enjin kereta tu balik rumah sekarang." Katanya. Tapi kata-katanya tu satu arahan dan agak-agak kalau aku ingkar, mahu pegang title isteri nusyuz. Selepas panggilan dimatikan aku menghidupkan enjin kereta dan memandu pulang ke rumah.

-CKK-

DON'T FORGET TO VOTE AND COMMENT. ALSO PLEASE READ MY OTHER STORY. 

Datuk or Dato'?Where stories live. Discover now