BAB 4

46.6K 1.7K 7
                                    

"Breakfast for you." Ray menghulurkan Tupperware kepada setiausahanya, Kayla.

"Thanks boss." Suka Kayla. Isteri bossnya itu pasti tidak ketinggalan menyediakan sarapan kepadanya. Walaupun, sudah ditegah tapi gadis bernama Xendra Aira itu tetap tekad. Siap ugut lagi, jika bossnya membawa pulang Tupperware yang masih ada isi, bossnya akan diarah membawa dia ke rumah mereka untuk lunch atau dinner.

"Jangan suka sangat." Ray tidak berpuas hati. Isterinya itu suka memanjakan pekerjanya. Bukan apa, dia tidak mahulah pekerjanya menjadi kaki kipas isterinya dan mengguna isterinya untuk dapatkan sesuatu. Susah hati dia dengan sikap mudah mesra isterinya itu.

"Boss, petang ni dalam pukul 4 petang ada meeting dengan klien dari Inap Desa Hijau."

"Stop!" Terdiam Kayla.

"Enjoy your breakfast first. Then, masuk bilik saya terangkan segalanya." Kata Ray lembut. Walaupun, ruang khas telah disediakan untuk setiausahanya tapi dia lebih selesa jika Kayla menerangkan jadual kerjanya di dalam bilik. Bukan apa, kadang-kadang ada informasi yang penting yang tidak perlu pekerjanya lain tahu.

"Sorry and thanks boss." Kayla tersedar dengan silapnya. Dia membuka penutup Tupperware dan terjamu dimatanya juadah spaggeti bolognaise. Aduhai, Datin Sri Paduka tak pernah mengecewakan dari menyediakan sesuatu makanan. Tak kiralah, breakfast, lunch, dinner atapun supper.

Selesai sudah perbincangannya bersama dengan wakil dari Inap Desa Hijau. Badannya disandarkan. Tali leher dilonggarkan. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. "Farid, iPad." Farid menghulurkan iPad ke arah belakang. Dalam hati tertanya-tanya, kenapalah bosnya ini tiap kali pukul 5 petang tepat pasti meminta iPad.

Ray memasangkan headphone ditelinganya. Berkumandang lagu The Shape of You by Ed Sheeran dicorong headphone tu. Langkah tarian gadis itu lincah dan cekap. Tapi, baginya tarian itu agak seksi dan menggoda. Bertukar pula lagu Swalla. Memang hari ni, pilihan gadis itu lagu yang seksi. Menyeksa jiwanya.

"Tuan, dah sampai. Esok Tuan masuk ofis ke?" Farid bertanya kerana esok merupakan hari hujung minggu. Jarang sekali majikannya itu memerlukan perkhidmatannya waktu hujung minggu. Tapi apa yang dia dapat sebagai balasan adalah bunyi pintu kereta ditutup. "Nasib badanlah. Sabar, Farid."

-CKK-

Don't forget to vote and comment.

Datuk or Dato'?Where stories live. Discover now