BAB 16

37.9K 1.4K 80
                                    

Sebulan dah berlalu, Ray yang dulunya ambil berat dan bertanggungjawab dengan tugas seorang suami hilang entah ke mana. Pagi keluar terlalu awal tanpa menyentuh sarapan, malam pula kadang balik kadang tidak. Teringat pergaduhannya semalam dengan Ray. Bagai terlayar semula dimata.

"Awak." Aku menegur Ray yang baru sahaja pulang pada pukul 2 pagi.

"Aku penat, aku nak tidur." Lengannya aku pegang menahan daripada pergi. Tapi, ditepis kuat olehnya.

"Kau tak faham ke, perempuan?! Aku cakap, aku penatkan!" Jeritnya seoktaf. 'Kenapa awak marah macam ni sekali? Mana perginya kelembutan awak dalam berbicara.' Bisik hatiku kecewa.

"Awak lapar? Saya ada masakkan nasi tomato kegemaran awak hari ni. Saya siapkan ye." Aku masih cuba berlembut. Renungan tajam Ray aku lawan.

Aku menarik tangannya dan melangkah kearah meja makan. Tudung saji diangkat dari meja. Terhidang nasi tomato dan lauk ayam merah serta jelatah timun. Aku senyum memandang Ray. Tapi hanya dibalas dengan senyuman sinis. Sungguh aku tak sangka bila dia menolak semua hidangan atas itu menyembah lantai. "Awak." Aku cuba menahan suara.

"Aku tak akan sentuh makanan dari tangan seorang perempuan yang murah macam kau."

"Awak!" Terjerit kecil aku.

"Apa?!"

"Saya sayangkan awak."

"Aku hanya sayang dan cintakan Puteri." Kata-katanya ibarat sebilah belati yang menusuk terus kedalam hati. Patutlah kebelakangan ini dia berubah, rupa-rupanya cinta hati sudah pulang ke pangkuan semula. Nampaknya tugas aku sebagai isteri kepada Dato' Sri Paduka Putera Rayqal akan dilepaskan tidak lama lagi.

"Apa yang ada pada dia? Dia tak layak untuk dapat cinta awak!" Jerit aku kepadanya.

Sungguh aku terkaku bila tangan yang selalu mengusap rambutku, tangan yang memeluk aku kini terlepas di pipiku. Aku rebah dengan tamparan yang dihadiahkan.

Dia seperti terpempan sendiri dengan tindakannya. Tapi, aku berdiri semula dengan kudratku sendiri. Tangan aku naik mengusap pipinya. "Terima kasih untuk kasih sayang yang awak telah berikan sebelum ini. Terima kasih juga kerana mengajar saya erti cinta." Air mata mengalir. Hati yang lara aku bawa memijak satu demi satu diatas tangga itu dan masuk kedalam bilik.

Pagi ini aku bangun dengan azam yang baru. Selagi lafaz cerai tidak dilafazkan oleh Ray, selagi itu juga aku harus menjalankan tugas sebagai isteri. Perut yang masih belum nampak itu aku usap. "Maafkan ibu, sayang. Terhasilnya kamu merupakan bukti cinta ibu kepada ayah. Tapi, jangan risau. Kehadiran kamu merupakan kekuatan ibu untuk terus mencintai ayah. Jom kita cari makan, kesian anak ibu lapar." Aku duduk termenung di counter table. Tiba-tiba, Gayah menepuk dari belakang. "Ya Allah, terkejut saya Gayah." Gayah sudah gelak, suka kerana dapat mengenakan aku. "Puan, nak makan apa hari ni? Biar saya yang masakkan untuk puan hari ni." Ibarat disorong bantal pula. "Saya nak makan nasi tomato dengan ayam masak merah."

"Eh, bukan puan masak dah ke semalam." Aku tersenyum sahaja kepada Gayah. Tidak perlulah dia tahu tentang pergolakan rumah tangga majikannya. "Please, Gayah." Memek muka kesian aku hadiahkan kepada Gayah. Gayah mengangguk dan aku memeluk bahunya. "Saya naik atas sekejap. Ke bilik gym, kalau ada apa-apa call sahaja." Setiap bilik dalam rumah ini sudah dipasangkan telefon. Macam hotel yang ada telefon servis tu, hah macam tu lah.

Speaker dicucukkan di telefon. Jari meng'scroll' akhirnya lagu kegemaranku dipilih. Faizal Tahir, Sampai Syurga. Baru sahaja ingin aku bangun memanaskan badan, aku teringatkan kandungan yang dibawa. Lantas aku duduk bersandar di cermin dan memeluk lutut. Aku rindukan dia. Rindukan senyumannya, usikannya, gelak tawanya, kenakalannya dan semua berkaitan dengan dirinya. "Awak, saya sangat-sangat cintakan awak." Kataku perlahan.

Datuk or Dato'?Where stories live. Discover now