BAB 17

35.7K 1.3K 3
                                    

Selepas kejadian Ray membawa pulang Puteri ke rumah. Hidupnya terasa sunyi. Suami yang ada sibuk bermain cinta dengan Puteri. Cuba ditegur tapi dibalas dengan kata-kata nista. Semua masakannya tidak lagi disentuh. Pakaian yang disediakan sentiasa tercampak di lantai. Setiap kali apa yang dilakukannya pasti dibalas teruk oleh Ray. Namun, dia masih cuba bersabar. Walaupun, hati seringkali bertanya sampai bila harus dia menelan kepahitan dalam memperoleh cinta sang halal.

"Puan, puan buat apa ni?" Bayangan semua yang berlaku dalam 4 minggu ni hilang bila ditegur Gayah.

Gayah yang melihat senyuman yang tiada seri itu cuba menahan sebak. Bukan dia tidak sedar dan peka dengan apa yang berlaku pada rumah tangga majikannya. Si isteri menagih cinta dan si suami pula menyemai cinta dengan perempuan lain. Ingin sahaja dia menegur, tapi dia sedar akan kedudukannya sebagai orang gaji membuatkan dia tidak berani menyuarakan kata-katanya. "Eh, Gayah. Dia pula berangan entah ke planet mana."

"Maaf puan. Ni kenapa puan duk sidai pakaian dekat ampaian belakang tengah terik panas ni."

"Cepat sikit kering."

"Ish, puan ni. Kalau suruh saya kan boleh. Puan jatuh pengsan siapa nak tanggung? Siapa nak jawab dengan tuan?" bebel pula si Gayah.

"Beritahu sahajalah yang saya sidai pakaian dekat belakang ni. Apa la awak ni. Lagipun, tuan awak tu ada banyak lagi hal yang dia nak uruskan berbanding saya." Kata akhir itu seperti berbisik. Walaupun begitu, Gayah masih mendengar kata isteri majikannya.

"Dah-dah jom kita masuk. Kesian baby kalau ibu dia jemur dia tengah panas."

"Ga..Gay... Gayah. Macam mana Gayah tahu?" hanya aku sahaja yang tahu tentang kandungan ini. Waktu pergi klinik buat check up pun hanya rahsia aku dengan Farid. Tak akan Farid beritahu pula.

"Erm... Sebab arwak nenek saya tok bidan. Adalah sikit ilmu yang dia turunkan pada saya." Tersengih Gayah. "Patutlah. Saya harap awak tolong rahsiakan buat sementara pada tuan."

Aku sedar dengan menidakkan hak Ray, aku boleh menjadi isteri yang derhaka. Tapi, aku tidak mahu menarik kebahagiaan dia bersama Puteri begitu sahaja. Cukuplah dengan menggantikan tempat Puteri, aku dah menyeksa hidup dan jiwanya. Apa yang berlaku antara aku dan dia hanyalah untuk menutup malu dari orang kampong dan orang luar. Malah, aku juga sudah berhutang terlalu banyak budi daripada keluarga Ray. Biarlah cinta tidak kesampaian ini menjadi galang ganti kebahagiaan Ray. Harapan aku juga jika anak ini dilahirkan, dia akan faham dengan tindakan ibunya.

"Dah 3 bulan, puan mengandung. Tapi pandai puan menyorok dari tuan tentang kandungan ni." Gayah menahan gelak melihat tubuh kecil itu tersarung t-shirt besar. Melihat ketawa puannya, dia berasa lega. Kerana perempuan muda ini tabah hidup berdikari menjaga diri.

"Puan tak nak baring tidur di sofa ni. Naiklah bilik, lebih selesa." Kata Gayah.

"Farid!" jerit aku. Suka pula melihat Farid yang kelam kabut itu.

"Iya puan."

"Suruh anak-anak buah awak tolong saya angkat sofa ni ke bilik saya, boleh?" Farid ternganga.

"Sofa ni?"

"Iya Farid. Ala...Tak akanlah bodyguard yang ada size sado-sado ni tak larat bawa ke atas. Lagipun, kita ada lif kan."

"Tapi, puan."

"Susahlah. Mari Gayah, awaklah tolong saya angkat ke atas sofa ni."

"Eh, sabar puan. Iya-iya, saya angkat." Farid memanggil dua anak buahnya. Sekejap sahaja mereka mengangkat naik ke bilik. Itupun sebab ada lif. Kalau tak ada, mesti sakit pinggang deme mengangkutnya.

"Ok la Gayah. Saya naik atas dulu. Kesian baby nak tidur." Aku kelip-kelip mata ke arah Gayah. Dia boleh balas dengan mencubit pipiku kuat. Mesti merah teruk ni.

"Gayah!!!" jerit aku apabila Gaya melarikan diri daripada aku.

Baring sahaja aku disofa itu sambil memeluk Mr. TeddyBear tidak sampai beberapa minit. Akhirnya terlelap.

-CKK-

DONT FORGET TO VOTE AND LEAVE YOUR COMMENT. 

Datuk or Dato'?Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα