BAB 9

39.5K 1.5K 9
                                    

Pantang sahaja mereka berkumpul. Pasti keluar semua sifat-sifat macam budak remaja melepak. Padahal semua umur dah boleh dah jadi bapak orang.

Fairuz menepuk bahu Ray, "Mana pergi skill buaya kau?"

"Uhuks." Tersedak Ray dibuatnya. Ish, sejak bila pula dia pegang title buaya. Selalu jadi buaya ni Rafqal sahaja. Sebab semua dah berkahwin.

"Dah guys. Kesian Dato' Sri ni kena sakat, kalau orang luar tahu. Boleh jatuh saham macho dan hot dia. Back to the topic guys." Kata Najmi meredakan suasana.

"What is the plan?" tanya Ray.

"How about a bouqouet of roses and ferrero roche?" cadangan Rafqal.

"How about a set of Habib jewel?" cadangan Fairuz.

"What about a big teddy bear and a romantic candle light dinner?" cadangan Nik.

"Apa kata kau buat macam mana husband cik epal buat dekat dia? Dengan kereta sebiji, lepas tu naik helicopter pusing Putrajaya and last but not least candle light dinner." Cadangan Najmi.

"Mana kau rembat idea tu, Najmi?" tanya Nik.

"Isteri akulah rajin sangat stalk insta tengok anniversary pasangan lain. Tu belum lagi kau dengar cerita macam mana romantiknya Mawar Rashid kena lamar." Beritahu Najmi. Tiba-tiba, Najmi teringatkan isterinya di rumah. Rindu.

"Dah, aku pun rindu isteri aku. Kesian dekat rumah sorang-sorang. But, guys idea korang semua aku reject kaw-kaw." Kata Ray.

"Why, bro?" tanya salah seorang dari mereka.

"Datin tu bukan jenis suka dilambak dengan harta. Kau orang lupa, pasal kes sofa 2 minggu lepas." Pecah ketawa Najmi, Rafqal, Fairuz dan Nik.

"Okay. Kau nak yang terbaik Ray? Lebih baik idea tu datang sendiri dari kau. Sebab kau lebih kenal siapa isteri kau."

"Aku sokong Fairuz." Yang lain semua angguk setuju.

"So, kosongkan schedule korang hujung minggu ni."

"Eh kenapa pula? Bukan ke tu event privacy?" tanya Najmi.

"Birthday dia hujung minggu ni. So, mula tu sambut birthday dia. Malam tu pandai-pandai aku luahkan dekat dia." Beritahu Ray.

"Amboi malam." Senyum meleret si Rafqal. Gatal.

"Dah lewat ni. Gerak dulu, guys." Ray menyalami semua sahabatnya dan berlalu pergi. Semua pun turut bangun meninggalkan port mereka.

-CKK-

DONT FORGET TO VOTE AND COMMENT.

Datuk or Dato'?Where stories live. Discover now