BAB 21

40K 1.5K 80
                                    

"Kamu pasti ke, Aira?"

"Pasti, tok ayah. Lebih baik Aira pergi membawa diri. Aira tak sanggup mendengar lafaz cerai dari Ray. Tolong faham keadaan Aira. Please..." Aku merayu kepada tok ayah.

"Baiklah jika itu yang kamu mahu. Bila kamu nak pergi?"

Surat tawaran yang berada di tangan aku genggam. Sebenarnya berat hati meninggalkan Malaysia, tapi aku perlu kuat dan pergi juga. Demi anak yang sedang aku kandung. Tidak mahulah kerana kewujudan ini, Ray memungkiri janji untuk menikahi Puteri. Pasti Puteri akan kecewa. Yang lepas, biarlah lepas. Mungkin kali ini, jodoh antara mereka kuat.

"Aira dah book flight ticket. Petang pada hari pertunangan Ray dan Puteri."

"Awalnya, pendaftarankan lagi sebulan." Berat hatinya ingin melepaskan cucu angkat kesayangannya merangkap cucu menantu. Serba salah mencengkam diri apabila penyatuan Aira dan cucunya adalah atas kehendaknya. Kalaulah dia tahu akan jadi seperti ini, pasti dia sanggup lagi menanggung malu.

Keluhan dari tok ayah membuatkan aku pandang raut wajah tua itu. Tangan tua itu aku genggam, "Tok ayah, jangan risau. Pandailah Aira membawa di negaraa orang. Apa yang Aira nak sekarang, tok ayah jangan beritahu pada siapa-siapa dan biarlah ini hanya rahsia antara kita berdua. Restuilah Ray dengan Puteri."

'Kenapalah hatimu sungguh murni, Xendra Aira? Andailah ibu dan ayah kamu tahu pasti mereka kecewa dengan tok. Sebab tak mampu memnjaga amanah mereka dengan sebaiknya.' Bisik hati tok ayah.

2 minggu peristiwa dia dengan tok Ayah sudahpun berlalu. Kini, dia sedang menghadap Puteri. Ditangannya memegang cincin pertunangan suaminya dan bakal madunya. Sungguh cantik dan class ukiran cincin itu. Pasti ribuan ringgit habis begitu sahaja pada cincin ini sahaja. Belum lagi dengan gelang dan rantai yang dihadiahkan. Nampak raut wajah Puteri yang tidak suka dengan kehadirannya disitu.

Sudah banyak kali dia menolak permintaan Ray untuk menyarungkan cincin di jari Puteri. Tapi, sudah itu arahan Ray dia terpaksa akur dan ikut. Pelbagai alasan perlu dia cipta menolak segala soalan dari mummy dan daddy yang tak puas hati dengan Ray. Jari Puteri telah disarungkan cincin, maka dengan itu terikatlah hubungan antara Ray dan Puteri semula. Dia keluar dari bilik itu dan melangkah kearah tok ayah dan tok mummy.

"Tok ayah balik dulu. Ada urusan di rumah ketua kampong." Beritahu tok ayah pada Ray.

"Awal lagi tok ayah. Makan-makanlah dulu." Ray cuba menghalang. Tapi, melihat tok ayah yang hanya berdiam dia mengangguk.

"Awak, saya minta diri dulu. Saya tumpang tok ayah dengan tok mak." Tangannya cuba aku salam. Tapi, dia hanya biarkan dan aku menurunkan semula tanganku. Dada yang sakit cuba ditahan.

"Balik dengan aku sahaja." Katanya tapi kata itu lebih kepada arahan. Nasib menyebelahiku bila tok ayah meminta izin untuk menumpangkan aku. Pada hakikatnya, itu merupakan alasan sahaja untuk menutupi kepermegianku ke luar negara.

"Assalammualaikum. Saya minta diri dulu. Maaf sebab tak mampu cintakan awak sepertimana Puteri cintakan awak. Tapi, percayalah walau dimanapun saya berada, saya akan tetap mencintai awak hingga ke syurga." Aku berkata sejurus dia melangkah kearah Puteri yang memanggilnya.

"Dah lah tu, Aira. Mari kita pergi. Gayah mesti dah tunggu lama di airport. Lagipun, lagi beberapa jam sahaja lagi kamu punya flight." Tok mak menarik aku kearah kereta. Kini, kereta itu laju meluncur jalan menuju KLIA 2.

Selamat tinggal, suamiku. Andai ada jodoh diantara kita, pasti takdir akan menemukan kita. In sya Allah.

Ray memakirkan keretanya di garaj. Pekerja-pekerjanya tiada kerana diberikan cuti sempena majlis pertunangannya dengan Puteri. Kelihatan kereta Puteri masih di garaj tetapi kenapa rumah mereka gelap gelita seperti tidak berpenghuni. Selepas majlis pertunangannya, dia menghabiskan masa di apartmentnya 2 hari. Hari ini baru dia mempunyai keberanian untuk pulang ke rumah menghadap Aira.

Tombol pintu perlahan-lahan dipulasnya. Seperti pencuri masuk ke rumah, langkahnya senyap dan berhati-hati. Di ruang tamu tiada isterinya yang selalu menunggu kepulangannya dengan senyuman dan sedulang air untuk menghilangkan dahaga.

Lif yang sedang naik terasa lama. Ruang biliknya kosong dan gelap. Bilik pakaian yang menempatkan pakaian dia dan Aira kelihatan kurang di bahagian pakaian Aira. Akalnya menidakkan apa yang difikirkan sekarang. Kemudian, langkahnya laju pergi ke bilik sebelah. Tapi yang tinggal hanya beruang besar diatas katil. Dia duduk dibirai katil. Sehelai surat yang ditindih dengan satu set barang kemas perkahwinan Aira dipandang. Berat hatinya untuk melihat apa yang ditulis gadis itu tapi dalam masa yang sama hatinya meronta-ronta ingin tahu kandungan surat itu.

Assalammualaikum, awak.

Rasa kelakar je asyik panggil awak, awak. Kalau awak nak tahu, saya teringin sangat nak panggil panggilan manja kepada awak. Tapi disebabkan awak suka berbahasa aku kau dengan saya, saya tarik balik niat tu. Saya tahu aku kau tu membuatkan kita lebih rapat tapi manis lagi hubungan kita jika ada panggilan manja. Tapi, tak apa. Saya redha.

Dengan menulis surat ini, saya tidak tahu sama ada kesempatan tak untuk saya memanggil awak dengan panggilan manja. Aira pergi demi kebaikan abang dengan Puteri. Demi kebaikan hubungan kita. Lafaz cerai tidak mahu sekali Aira dengar dari mulut abang. Tapi, jika abang tekad juga untuk melepaskan Aira, Aira redha. In sya Allah jika tiada aral melintang Aira akan pulang membincangkan hubungan kita. Itupun jika diri ini masih lagi bernyawa.

Aira minta maaf dan ampun jika ada salah dan silap sepanjang Aira menjadi isteri kepada abang. Andaikata, abang terasa hati, terkecil hati atau berasa kurang dengan sikap dan layanan Aira, Aira betul-betul minta maaf. Aira juga minta maaf jika Aira punca perpisahan abang dengan Puteri. Kerana Aira tahu, tok ayah dan tok mak beriya-iya nak abang menikahi Aira tapi abang tolak dan memilih Puteri. Tapi disebabkan Puteri hilang tanpa jejak pada hari perkahwinan abang, Aira menggantikan tempat Puteri.

Pada mulanya perkahwinan kita, Aira sentiasa berdoa supaya terbitkan rasa cinta dan sayang abang kepada Aira. Tapi, mungkin Aira terlalu tamak selepas memiliki abang. Tapi hakikatnya hanya jasad sahaja yang menjadi milik Aira tapi bukan hatinya.

Halalkan makan minum pakaian Aira yang telah abang belanja dan berikan sepanjang Aira menjadi isteri. Selamat tinggal Dato' Seri Paduka Putera Rayyan yang dicintai. –Xendra Aira.

Mengalir air mata lelaki Ray. Sungguh dia sudah melukai hati seorang wanita yang terlalu tulus dan naif dalam mencintai dirinya. 'Aira maafkan abang.' Bisik hatinya sayu. Kini dia menyalahkan dirinya. Kenapa dia tidak menyambut salam Aira. Andai dia tahu itu perpisahan mereka pastinya tangan itu dia genggam, pasti tubuh itu dipeluk erat dan pasti juga dirayu untuk terus bersabar dan sentiasa ada disisi dia. Tapi, kini semua sesalan sahaja.

Dia merebahkan badannya dan memeluk beruang besar milik isterinya. Lekat wangian isterinya disitu. Tiba-tiba, dia terasa ada satu benda di sebelah beruang itu. Sebuah baling yang terisi dengan kertas warna-warni. Terlekat satu sticky note diatas penutup balang itu yang tertulis.

Aira harap abang jumpa baling ini. Andai abang jumpa, bukalah penutup ini dan bacalah satu setiap hari. Mungkin, ada kata-kata cinta ini yang Aira kopi pasta dari pakcik google. Tapi, percayalah ia juga satu luahan hati Aira. –si gadis yang masih berharap

-CKK-

DONT FORGET TO VOTE AND COMMENT. 

Datuk or Dato'?Where stories live. Discover now