BAB 35

42.5K 1.3K 21
                                    

"Puan, puan buat apa dekat dapur ni?" tegur salah seorang dari orang gaji Ray. Soalan pun agak-agaklah. Terang lagi bersuluh yang tangan ni tengah pegang sudip tak akanlah repair kereta. 

"Saya tengah masak untuk makan malam." 

"Eh, tak perlu puan. Saya dengan yang lain akan uruskan. Puan pergi je naik berehat sana." Maka bermulalah sesi tarik menarik sudip antara aku dengan orang gaji ini.

"Tak apa. Biar saya."

"Jangan puan. Nanti tuan nampak kami pula kena marah."

"Eh, pandai-pandailah saya explain dekat tuan awak." Aku masih lagi tidak mahu mengalah.

"Melur, Aira." tegur Ray dari belakang. 

"Ray."

"Tuan."

Belum sempat aku berkata, si Melur sudah pun mengadu "Ni tuan. Saya nampak puan tadi di dapur. Puan kata nak masak. Jadi saya cubalah nak tolong, tapi puan tak mahu."

'Eh, sejak bila pula si bunga Melur ni offer nak tolong aku. Rasanya ayat dia tadi lebih kepada menghalang aku masak dan dia yang beriya nak masak.' bisik hatiku bengang. Tabah je lah bila kena tuduh macam ni. 

"Lah, Aira biarlah kalau Melur nak tolong awak. Tak adalah awak penat seorang." kata si Ray percayakan kata-kata si Melur. Sudah tak akanlah orang gaji ni ada hati dekat si Ray. 

Aku jeling Ray. Ray pula mengjungkit kening bertanya kenapa. 

"Nothing. Nah." Aku hempaskan senduk diatas para dapur dan berlalu pergi. Dah lah tadi janji dengan budak-budak tu yang nak masakkan mashed potato with chicken grill. Tapi, sebabkan si bunga Melur tu kesian anak aku berharap. Haish.

"Sayang."

"Sayang..." derapan langkah Ray yang mengejar aku abaikan. 

"Apa?" Aku memusing. Terkejut bila dia betul-betul di depan muka dengan senyuman memikatnya. "Erk."

"Sayang..." mendayu-dayu pula.

"Nak apa?" aku masih buat muka beku. Padahal dalam hati dah senyum sebab cair dengan senyuman memikatnya. Aduhai, Aira wake up. Ingat sebelum ni apa yang Ray buat dekat kau.

"Kenapa marah sangat?" Dia usap pipiku. Bibirnya mengucup pipiku pula. 

"Ray."

"Iye sayang." Husky sungguh suara pakcik ni.

"Jom, naik atas. Aira nak mandi. Sebab ada orang tu menangkan orang gaji kesayangan dia."

"Jom tu ajak kita mandi sekali ke?" dia mengenyit mata. Sebelum aku terkunci dengan kegatalan dia baik aku lari. 

"Sayang.... Pandai yea, dah goda kita lepas tu cabut macam tu." Ray mendengar ketawa isterinya. Terasa kesunyian rumah agam sebelum ini terhias dan meriah bila Aira dan anak-anak berada disini. 

Waktu makan malam akhirnya tiba. Aira dengan si kembar sudah lengkap dengan pyjamas. Senang Ray tengok kecomelan anak-anaknya dan yang tidak menahan keseksian isterinya menyarung pyjamas yang seluarnya pendek. 

Meja makan telah siap

Hoppsan! Denna bild följer inte våra riktliner för innehåll. Försök att ta bort den eller ladda upp en annan bild för att fortsätta.

Meja makan telah siap. Disiapkan siapa lagi kalau bukan si bunga tu. "Melur, awak masak apa?" tanya si Ray kepada Melur yang berdiri di sisinya dengan semangkuk nasi. Suka-suki je nak rembat tempat aku. Aku yang isteri dia ni pun tak tergedik-gedik macam tu.

"Saya masak tomyam seafood, telur dadar dengan ikan pari bakar." jawab Melur.

"Macam mana pula dengan makanan budak-budak?" tanya aku. Kemerahan tom yam tu nampak pedas termasuk juga ikan pari bakar yang sudah dituangkan sambal diatasnya. Telur dadar pula dicampur dengan bawang dan cili api. Haishhh. Kalau hanya tekak aku dan Ray yang menelan sahaja tak mengapa tapi si anak-anak.

"Ibu, lapar." beritahu Ariffin dan Ariffudin.

"But." Tak akanlah aku nak menghalang budak-budak ni. "Kenapa sayang?" tanya Ray. 

Melur menyendukkan nasi di pinggan Ray. Cemburu? Gila tak cemburu. Tapi, tidaklah mahu mencari gaduh di depan rezeki. "Nothing." 

"Bacalah doa." kataku yang mengalah. Tidak mahu memperbesarkan perkara yang remeh.

"Ibu, pedas." Intan dah mencebik. Kesian anak ibu. 

"Come, follow me." Aku bangun mengangkat pinggan. Intan memegang hujung bajuku. Merah sudah bibir anak bongsuku. Macam baru lepas telan Ramen Spicy je. Muka yang putih pun sudah merah.

"Sayang nak pergi mana?" tanya Ray yang masih lagi menghirup kuah tomyam. 

"Nak pergi dapur. Buatkan Intan mashed potato dengan salad." beritahu aku.

"Kami nak jugak salad." kata si Ariffin, Ariffudin dan Iman.

"Eh, are you sure dear?"

"Yes, ibu. Masakan cik Melur pedas sangat." beritahu Iman.

Anak-anakku memang makan pedas hanya Intan sahaja masih lagi belajar biasakan mulut menelan makanan pedas. Tapi, setiap kali aku masak makanan pedas pasti aku akan hidangkan dengan dessert seperti salad buah atau salad sayur. Sebagai cuci rasa pedas. 

"Haah, buat lebih lah sayang. Abang rindu sayang punya salad." kata Ray seperti memujukku. 

Tiba-tiba, si anak-anak yang lain bangun dengan pinggan. Mereka mengikut dari belakang menuju ke dapur. Pinggan ditangan mereka aku kutip dan letakkan di dalam singki. Kalau dekat rumah aku pastinya mereka akan membasuh pinggan sendiri kerana aku sudah sediakan kerusi kecil. Kerusi kecil itu memudahkan mereka menggunakan singki. "Ibu, along dengan angah keluarkan vegetable dari peti ais ye?" si anak teruna menghulurkan bantuan dan aku mengangguk senang.

"Wah, rajinnya anak abah." Ray menegur kami yang sedang sibuk di dapur. Geram sahaja aku melihat si bunga membawakan pinggan Ray ke dapur. 

"Nak saya tolong apa-apa ke puan?" baiknyalah orang gaji Ray yang baru ni. Rasa nak ditonyoh-tonyoh sahaja. 

"Eh tak mengapalah Melur. Awak dah banyak sangat buat kerja saya. Awak pergi je lah berehat. Malam ni biar saya yang uruskan suami dan anak-anak saya." kataku sinis. 

"Betul apa yang puan cakap tu. Banyak sangat yang awak dah uruskan dari tengah hari tadi." kata Ray pula. Aku sokong. 

Melur sudah membuat muka dan menjeling aku. Langkahnya mungkin dah berat tapi terpaksa juga kerana tuan besar dah bagi arahan. Kalau aku hanya dipandang ringan sahaja. 

"Haish sayang, muka puas hati sungguh." kata Ray. Aku pula yang mengangkat kening.

"Ingat abang tak perasan ke muka sayang yang kelat bila tengok si Melur tu cuba ambil tempat sayang." tambah Ray lagi.

"Erk, nampak sangat ke?"

"Melur ke, mana-mana perempuan lain yang datang untuk gantikan tempat sayang. Abang akan tepis kerana hanya sayang sahaja isteri kepada Dato' Seri Paduka Putera Rayqal dan ibu kepada kembar 4 iaitu Omar Arifffudin, Omar Ariffin, Xavia Iman dan Xavia Intan. Faham sayang?" Dia memeluk aku dari belakang. Merah muka ku segan kerana anak-anak melihat sikap romantik abah mereka. 

Malam itu, keluarga bahagia itu sama-sama menghabiskan masa di dapur dalam menyediakan pencuci mulut mereka malam itu. Pelbagai karenah dan ragam berlaku di dapur rumah agam itu.

-CKK-

Sorry guys sbb bru update entry. Please enjoy it. Dont forget to vote and comment.

Datuk or Dato'?Där berättelser lever. Upptäck nu