BAB 22

40.5K 1.4K 34
                                    

"Maaf Datin Sri Paduka, fitting room kami cuma ada satu sahaja. Kerana yang lain masih dalam proses sedang dibaiki." Tunduk seorang perempuan yang menguruskan baju malam resepsi pernikahan kami.

"Butik punya besar. Satu sahaja fitting room. Kalau macam ni, saya cancel."

"Maaf Dato'."

"Apa Dato'?! Aku ni Dato' Sri Paduka." Marah benar suaranya.

"Maaf Dato' Sri Paduka."

"Eh tak apa dik. Nanti akak dengan abang kongsi fitting room." Kerutan dahi Ray aku pandang. Walaupun, pandangan tajamnya sudah beralih kearahku tapi aku hanya biarkan. "Nanti kami keluar." Tambahku lagi.

Budak itu hilang dari situ. "Kenapa? Apa pandang-pandang tak puas hati?" Aku memandangnya tajam.

"Ish kau ni. Buat sakit hati aku sahajalah. Dah, makin lama dekat sini, makin panas hati pula." Tangan aku ditarik masuk ke dalam fitting room. Kenapa aku rasa sempit pula fitting room ni. Senyuman sinis terbit di bibir itu. Kenapalah aku sendiri mencari pasal.

"Kau nak sangat kan share fitting room dengan aku. Apalagi, tukarlah sekarang." Gila apa pakcik ni? Pervert gila.

"Erk."

"Kenapa, ada yang tergigit lidah sendiri ke?" Lesung pipit dia tu bukan memberi amaran tapi lebih kepada mengancam jiwa aku.

Apa dia ingat, dia sahaja yang licik. Aku tersenyum manis, nampak wajahnya yang terpaku. Apalagi, tanganku yang gatal terus membuka selak pintu fitting room dan menolak tubuhnya keluar. Terjatuh tubuh itu dilantai. Aku menghamburkan ketawa kuat. Terus pintu itu ditutup sebelum sempat lelaki itu menahan.

Ray yang diluar menggosok hidungnya. Nasib baik hidung mancung tak tersepit di pintu. Kalau tak, naya sahaja berbalut malam resepsi. Dia menahan senyuman nakalnya. Tunggu sahajalah, dalam 10 saat pasti gadis itu akan teriak minta pertolongannya.

1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10 "Ada sesiapa tak diluar?"

"Hmm." Dingin sahaja. Aku dah menggaru kepala yang tidak gatal.

"Awak, tolong."

"Hmm."

Terjengul kepala Aira di celah pintu. Ray cuba menahan senyum. "Kau nak apa?"

"Tolong zipkan." Aku memusingkan badan. Terasa dingin aircond menyentuh kulit belakang badanku. Terasa lagi sejuk bila tangan lelaki itu meliar.

"Awak!" Aku menjerit kecil. Tapi, hanya dibalas dengan "Hmm."

"Tak apalah. Saya panggil budak tadi." Ray berhenti. Dia perlahan-lahan menarik zip itu keatas. Kemudian, dia mengucup dahiku sebelum tubuh itu hilang dalam fitting room. Sungguh lelaki ini tahu mencuri dan mengambil hatinya.

Teringat semula bagaimana dia boleh terkahwin dengan Dato' Sri Paduka ni. Rasa kelakar pula apabila diingat semula.

"Tok ayah nak kamu gantikan tempat pengantin perempuan."

"What?!" Baru balik kebun dengan comot lumpur di muka dipandang sinis oleh Ray.

"Apa ni, tok ayah." Ray dah mengada-ngada. Aku hanya memandang dato' muda ni. Selama ini aku dengar-dengar cerita pasal dia dari mulut tok ayah dengan tok mak sahaja. Kini, baru nampak wajahnya. Mana tidak, aku lebih banyak menghabiskan masa di asrama berbanding disini. Setiap cuti sekolah mahupun cuti umum, mana pernah lelaki itu menjejak pulang ke kampong. Terlampau sibuk dengan urusan kerja di pejabat. Bila ada masalah macam ni baru nak tunjuk muka minta tolong tok ayah.

"No! Ini keputusan tetap tok ayah. Sama ada kahwin dengan Xendra ataupun kamu tanggung malu pengantin perempuan hilang dan majlis dibatalkan." Pertama kali tengok muka tok ayah yang tegang.

"Yelah, yelah." Dia akhirnya redha bila mendengar ugutan dari tok ayah.

"Dengan syarat." Semua memandang kearah aku.

"Siapa kau nak letak syarat bagai? Hanya budak baru habis sekolah yang berasal dari kampong sahaja." Pakcik ni sukalah keluarkan suara mikrofon dia. Kami ni bukanlah jauh 1 batu nak keluarkan suara macam tu.

"Abaikan dia." Daddy menyebelahi aku.

"Akad nikah buat dekat surau sahaja dan lepas tu kita buat kenduri kesyukuran dekat rumah tok ayah. Itupun, kalau tok ayah tak keberatan."

"Tok ayah setuju. Kalau macam tu, akad nikah malam esok. Lagipun, majlis resepsi sahaja yang kamu ajak orang-orang media."

"Alhamdulillah." Syukur aku. Tapi, rasa tercekik bila tengok pandangan tajam pakcik tu.

"Hah! Berangan." Bahuku ditepuk oleh Ray mengejutkan aku dari bayangan. Terpaku aku melihat Ray yang segak bergaya dengan tuksedo berwarna royal blue dipadankan pula dengan busana dress muslimah warna pastel ditubuhku.

"Wow. Sama cantik, sama padan." Puji budak perempuan itu.

"Aku nak baju ni sudah ada di hotel 2 jam sebelum majlis. Kalau tak, aku akan saman butik ni." Ugut Ray mematikan senyuman budak perempuan itu.

"Baik, Dato' Sri Paduka."

Selepas selesai mencuba baju itu. Ray meninggalkan aku sendiri di butik itu kerana perlu berjumpa dengan klien dari Jepun. Nasiblah diri perlu balik sendiri.

Alhamdulillah, majlis resepsi yang diadakan keesokannya berjalan dengan lancar sekali tanpa ada masalah. Makanan dan servis juga terbaik. Itupun kerana masakan dimasak dari chef yang bekerja di hotel milik Ray. Pihak media tak habis-habis menangkap gambar mereka berdua untuk dipaparkan di majalah dan surat khabar. Maklum sahaja, kini dia menjadi isteri kepada orang yang ternama dan dipandang tinggi oleh masyarakat diluar sana. Pelbagai soalan ditembak antaranya perkenalan mereka, bagaimana tertukarnya pengantin perempuan pada saat-saat akhir dan sebagainya.

Ray memicit kepalanya. Hanya kenangan sahaja menjadi peneman hari-harinya dalam mengingati Aira. Dulu tubuh itu dibencinya, tapi kini dia mendambakan tubuh itu berada dalam pelukannya. Sungguh dia merindui isterinya itu.

-CKK-

DON'T FORGET TO VOTE AND COMMENT. 

SENGAJA SIS UPDATE 2 BAB LAGI. UNTUK BACKUP HUJUNG MINGGU NI. HARAP KORANG ENJOY BACA STORY NI.

Datuk or Dato'?Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ