BAB 3

54.1K 1.9K 10
                                    

Aku menggosok mataku. Sedapnya tidur. But, wait. Mata yang kuyu tadi celik seluasnya. Dada siapa lak ni? Diusap-usap dada tersebut rasa berketul-ketul pula. "U ni nak goda I ke subuh-subuh ni?" suara husky mana pula datang ni. Aku mendongak dan dagunya berlaga dengan kepala kerasku. "Auch!"

"Sorry. Sorry." Aku menggosok-gosok dagunya. Tiba-tiba, tanganku ditangkapnya dan kini kami bertentang mata.

"AllahuAkbar! AllahuAkbar!" azan subuh berkumandang menyedarkan merpati dua sejoli tu.

"Xen naik dulu bersihkan diri untuk solat." Aku pantas melarikan diri masuk lif, tapi kali ini dia sempat mengejar langkahku. Belum sempat aku keluar dari lif untuk masuk ke bilik, dia mencium pipiku. Kakiku terpaku. Mata terkebil-kebil. Dia menghadiahkan senyuman yang paling manis sehingga menampakkan lekuk lesung pipit itu.

"What just happen?!" Aku menekan butang buka. Aduhai, sang suami kenapalah awak buat saya semakin lama, semakin jatuh cinta pada awak.

Selesai sahaja menunaikan solat subuh, aku menukar pakaian untuk bersenam. "Wait!" Dia menahan langkahku yang ingin keluar dari pintu. Seperti tidak biasa sahaja dengan rutin aku. Aku memandang ke arahnya. "Ni, ni dan ni. Tukar!" Arahnya. Telunjuk menunjuk ke arah betis ku, dadaku dan rambutku.

"Kenapa pula?"

"Tak akan awak nak keluar dengan berpakaian seksi macam ni. Betis ini, dada ni dan rambut ni hanya saya sahaja boleh lihat." Pandangan matanya tajam. Mana tidaknya tubuhku tersarung dengan bra sport dengan seluar tight yang mengikut garis lekuk tubuhku. Jahat gelak dalam hatiku.

"Awak tak nak masuk gym ke hari ni?"

"Tukar baju awak, Xendra Aira. Before I change it for you." Menguggut tak sudah pakcik ni.

"Awak pergi tukar dulu baju awak. Kemudian, saya." Kataku. Mana tidak, selalunya rutin kami adalah bersenam. Tapi aku lebih memilih memusing keliling pantai mengambil angin. Manakala, Ray lebih suka bersenam di rumah dalam bilik gym nya. Setiap kali aku mengajak dia keluar pasti sahaja alasan. So, ini salah satu cara untuk menghabiskan masa dengan si suami. Dia sengaja berpakaian begitu kerana ingin bersenam di gym bersama Ray sebab dia tahu tingkat atas khas untuk mereka berdua sahaja. Auratnya terlindung dari mata-mata lelaki.

Bukan tak boleh fikir logik suaminya itu, dapat pangkat Dato Sri Paduka tapi. Ish, ish, ish. Sis mampu geleng kepala. Isteri yang bertudung tapi boleh expect yang aku nak keluar seksa macam ni. Lainlah dia, suka sangat tayang six buns dia tu pada mata-mata perempuan dekat luar sana. Cemburu tahu tak!

"Hah, mulut tu duk nyot nyet nyot nyet. Mengata I la tu." Terkejut aku bila batang tubuh itu tegak berdiri di depanku.

"Mana ada. Jom!" Aku menarik tangannya.

"Tukar baju! Baru saya ikut awak keluar jogging." Arahnya sekali lagi.

"Abang sayang intang payung." Aku menolak badannya dari belakang. Tapi, dia tegak keras berdiri. Aduhai, pakcik ini.

"Awak, hari ni saya nak spent time dengan awak dekat gym. Saya tak keluar jogging." Beritahu aku.

Terjongket keningnya. Nampak hensem dan menarik.

"You sure, Aira?"

"Xen la, bukan Aira." Geramku.

"No. I wanna call you as Aira. No objection." Laju je langkah pakcik tu menuju ke gym dia.

Memang lengkap bilik gym ni dengan perkakasan gym. Dinding bilik itu pun hanyalah cermin semata. Untung baginya kerana bilik itu juga merupakan satu tempat dia melakukan minatnya iaitu menari. Tanpa pengetahun, Dato Sri Paduka ni. Dia sangat rasa seronok bila menari dalam bilik ini. Selesa dan sejuk.

"Hah, apa sengih-sengih." Ray menepuk tangannya di depan muka. Tersentak dibuatnya. Haish, sempat pula aku berangan.

"Now, warming up. Then, naik tu lari 2.5 km." Arah Ray sambil menunjuk kearah treadmill.

Dia ni memang kaki mengarah sahaja ye. Aku mampu berdoa yang anak-anak buah yang bekerja dibawahnya bersabar dan tabah dengan sikap ketua yang sebegini rupa. Back to reality.

Boleh tahan lasak warming up dia. Berkriak kriuk tulang aku bunyi. Maklumlah, sebelum ni hanya buat basic je. Tak tahan tu, ingat

"Sebelum, kita lari. Kau baring dulu." Aku pun turut je lah arahannya.

Dia memegang kemas kakiku. Sekarang aku dalam posisi sit up. "1" Aku naik dan wajah kami rapat sangat. Kemudian, aku turun.

"2" Naik balik. Makin rapat.

"3" Tambah rapat.

"4" Hidungku dan hidungnya bertemu.

"5" Aku cuba mengalih wajahku, tapi bibirnya bertemu pipiku. Geram dengan tingkahnya. 'Geram ke suka?' tanya hati.

"6" Aku menggeleng. Dia menjongket kening sama seperti tadi.

"Aira, cepatlah. 6."

"I don't want." Bantahku. Dada aku ni dah dilambung-dilambung tsunami tahu tak. Dia boleh buat muka rilek dan cool dia. Ingat hensem ke? 'Tapi, memang hensemkan.' Bisik hatiku. Sungguhlah hati ni suka murka dengan tuan dia. Dia melunjurkan kakiku.

"Why?" Dia dalam posisi planking. Pergh, ini lagi buat aku semput. Matanya bertentang mataku. Terasa sudah lemas dalam pandangannya. Pandangan redup. "I love you, husband." Bisikku perlahan.

"I know." Dia kenyitkan matanya.

'Ohhhhhhhhhhhhhh my Gooooooodddddddddddd, what just happen? Did I say it loud?!' jerit hatiku. Ini baru betul, ingat bisik dengan hati tapi rupanya berbisik dengan dia. Aduhai.

Terasa cepat pula masa berlalu bila dia bangkit dari posisi itu. Sempat menghadiahkan kucupan dibibirku. 5 minit planking tu memang rutin dia. Macam mana aku tahu? Dah nama pun isteri, mestilah aku kena dan ambil tahu. Dia set kan treadmillku dan dia, sehari selepas kami kahwin perkakasan dalam bilik ini semue ditambah lagi satu. Terkejut aku bila pagi tu lori besar parking di depan rumah. Rupanya, itu semua ideanya. Aku tidak mampu menegah dan hanya mendiamkan diri. Aku memakai headfon di telinga dan berlari di treadmill.

Ray melihat isterinya yang lincah berlari diatas treadmill. Rambut yang hitam ikal mayang tu diikat ekor kuda tinggi sehingga menampakkan leher jenjang yang putih. Bibir yang sedang menyanyikan lagu itu merah delima tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Sesuai terlekap dibibirnya. Senyum nakal terbit di bibir Ray. Dia terkejut apabila isterinya itu tiba-tiba pusing memandangnya. Matanya melilau ke arah lain, tidak mahu ditangkap terlalu asyik melihat wajah itu. "Awak."

"Apa?"

"Tolong setkan lagi 2.5 KM. Boleh tak?" pintaku. Maklumlah, mana pernah guna menatang ni.

Ray berhenti dari lari. Boleh tahan pantas juga isterinya. Tanpa amaran, aku terkejut bila benda tu bergerak. Tubuh yang tidak seimbang jatuh gedebuk ke belakang. "Aduh."

"Ya Allah." Terkejut Ray. Dia mendukung tubuh itu dan meletakkan disofa yang ada dihujung bilik itu.

"Ada cedera mana-mana tak?" rasa terharu pula bila pakcik ni care tentangnya.Aku menggeleng. Terjatuh je pun.

"That's all for today. Jam nak dekat pukul 9 dah ni." Katanya dan mendukung aku semula menuju ke bilik kami. Tubuhku dia letakkan di birai katil. Lalu, masuk ke dalam bilik air untuk bersihkan badan.

Aku yang terbaring terus bangun. Ada ke patut badan yang berpeluh ni letak atas katil. Busuklah katil kalau macam ni. Terdapat banyak kemeja yang bergantung di dalam closet, semua sudah digosok olehku. Sebab, aku dah tegah mana-mana pembantu rumah yang dibayar Ray menyentuh tugasku sebagai isterinya. Antaranya, menyediakan makan minum dan pakai tuan mereka. Selagi masih ada kudratku, akanku melakukan tugas seorang isteri kepada Dato Sri Paduka Putera Rayqal. Pakaian kerja aku letakkan di katil. Kemudian, aku turun ke dapur untuk menyediakan sarapan.

Ray keluar dari bilik air dengan bertuala diikat dipinggang. Kelibat isterinya yang sepatutnya berada diatas katil hilang. Tapi, melihat pakaian kerja yang telah disiapkan tahulah dia bahawa Aira berada didapur menyediakan sarapan untuknya sebelum bekerja. Terbit senyum bahagia dibibir itu. Sungguh dia bertuah memliki Xendra Aira sebagai peneman hidupnya.

-CKK-

Don't forget to vote and comment.

Datuk or Dato'?Where stories live. Discover now