BAB 37

44.1K 1.2K 18
                                    

"Abang, simpang rumah kita belah sana." Beritahu aku apabila stereng kerete dipusing arah lawan.

"I know."

"So?" Aku dah pelik.

"Sayang."

"Iye, abang."

"Kita dating dua je hari ni boleh tak?"

"How about quadruplets?" Risau mencengkam diri. Sejak bergelar ibu ini susah untuk aku berpisah dengan anak-anak. Kalau berpisah sekejap atas sebab urusan butik pasti akan aku cepat-cepat selesaikan tugas untuk bertemu dengan mereka. Tidak pun aku akan juga angkut mereka berempat sekali untuk ada di depan mataku.

"Wati kan ada. Please sayang." Puppy eye dia dah keluar. Aku mengangguk perlahan terpaksa mengalah.

"Ok, good. I love you, sayang." Jari aku bersilang dengan jarinya. Tangan aku dibawa ke bibirnya dan dikucup lembut. Tipulah kalau aku katakan yang aku tidak cair dengan tindakan romantisnya.

Kini, kami di dalam kompleks beli belah miliknya. Pelbagai kedai berjenama berbaris megah di dalam kompleks ini. Kebanyakan pengunjung juga tidak kurang hebat dengan berbusana mahal merelip dengan batu swavaroski di baju dan tudung. Tangan menggalad beg tangan berjenama seperti Bonia, Gucci, Prada dan banyak lagi. Kaki pula tersarung kasut-kasut mahal dan berkulit. Lelaki pula bergaya dengan tuksedo dan ada juga kemeja. Jam ditangan bukan sebarang jam. Pendek kata, pemakaian pengunjung menunjukkan bahawa hanya sebilangan orang sahaja dibenarkan untuk masuk membeli belah di dalam kompleks ini. Pastinya orang-orang yang sama taraf dengan Dato' Seri Paduka Putera Rayyan.

"Selamat datang. Ada apa-apa yang boleg kami bantu?" Tanya seorang gadis yang bernama Melati (bunga lagi). Itupun kerana terlekat didadanya nametag.

"Kau budak baru ke?"

"Maksud tuan?"

Sempat aku mencelah sebelum dia mengamuk. Aduhai, lelaki ini kan pantang jika tiada orang yang hormat dan kenal dia. Haish, sampai bila perilaku dia yang satu ini akan berubah. "Maafkan suami saya. Suami saya tanya, awak pekerja baru ke?"

"Iye cik."

"Kau siapa cik kan isteri aku? Dia ni puan, dah berkahwin. Malah pangkat dia ialah Datin Sri Paduka tau!" Mata-mata ada yang memerhati sinis. Ada juga yang pandang simpati.

"Maafkan saya tuan, puan."

"Eh tak apa. Maafkan suami saya sekali lagi."

"Dato Sri, selamat datang. Dia pekerja baru Dato Sri. Dia tak tahu yang Dato Sri ialah Dato Sri." Datang seorang pemuda yang berpakaian seperti pengurus. Mungkin supervisor gadis ini.

"Eh, kau kerja dekat sini. Tak akan kau tahu siapa boss besar kau?" Aku mengusap dada Ray menenangkan dia.

"Abang, kita bincang elok-elok please. Tak pun biarkan aje. Lagipun, Melati ni tak sengaja. Sudah, jom." Aku menarik tangannya. Tapi, tubuh itu tetap berkeras disitu. Dasar keras kepala.

"Saya nak awak uruskan isteri saya. Dari rambut, tudung, pakaian, kasut dan aksesori. Jika ada yang tidak kena pada mata saya, serta-merta awak dipecatkan." Seoktaf suaranya. Bapak naga betul. Aku terus menarik tangan Melati dan berlalu pergi tempat yang dikhaskan.

Ray terpempan bila isterinya sempat berlari semula ke arahnya dan mengucup pipinya. Senyuman terukir di bibir. Senang dengan tingkah manja dan pandai jaga hati Aira. Sikap Aira masih lagi tidak berubah. Suka menegurnya sesuka hati di depan khalayak ramai. Tapi, masih dalam keadaan menjaga air mukanya.

"Puan, saya betul-betul minta maaf." Melati dah menangis. Aduhai, lemahnya.

"Dah tu. Panggil sahaja saya, Xen. Jangan risau, saya tak akam biarkan suami saya senang-senang pecat awak."

Datuk or Dato'?Where stories live. Discover now