BAB 36

47.1K 1.3K 10
                                    

"Sayang nak pergi mana?" tanya Ray yang menutup mukanya dengan bantal akibat silauan lampu.

"Sayang nak pergi mana?" tanya Ray yang menutup mukanya dengan bantal akibat silauan lampu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Erm, nak balik rumah." Takut-takut aku jawab. 

"Hah!" terduduk Ray. Aku pula terkejut dengan reaksi yang menjerit sebegitu.

"Ray, izinkan?"

"Nak buat apa balik rumah? Habis budak-budak yang masih tidur pun sayang nak bawa sekali ke?"

Jelingan tajam Ray membuatkan aku menggigit bibir takut dan gelisah. Dia bangun dari katil. Kakinya mendekati aku yang berdiri di depan cermin dan kaki aku pula terpaku disitu memerhati badannya yang mengancam. Six pack dia dah ibarat roti kentang yang dikeluarkan panas-panas dari oven. Wah, rasa nak ngap sahaja. 

"Sayang, asyiknya." bisik dia ditelinga. Aduhai, Aira asyik sangat sampai tak sedar yang dia dah dekat sangat. Dekat depan mata dan dekat di hati. 

Bibirku diragutnya lembut. Selepas beberapa minit kami lemas dalam kucupan, badannya aku tolak. Nafas diambil dalam. "Tak mandi lagi cium-cium kita." Aku mengesat bibirnya dengan tisu basah bila kelihatan gunci merahku melekat dibibirnya.

"Balik kepada soalan abang, kenapa sayang nak balik rumah? Please stay sini. Abang tak puas hati lagi luangkan masa dengan kembar 4." pujuknya.

"Please. Sekejap sahaja Aira balik dengan budak-budak tu." 

"Sayang, budak-budak kan masih tidur. Tak akanlah sayang sampai hati nak kejut diaorang semata-mata nak balik sekejap."

"Entah-entah sayang balik sana terus tak datang sini balik." tambahnya lagi.

"Hah, abang ada idea. How about abang follow sayang?" tanyanya pula.

Boleh tu memang boleh. Tapi aku tak nak lah si bunga tu cara pasal kembar 4 tu. Buatnya dia hasut budak-budak tu biar jadi mak tiri diaorang. Tak ke aku kecewa. Walaupun, hati ni masih ragu untuk berikan peluang kepada si pakcik ni. Tapi, aku masih cintakan dia dan ingin hidup bersama dia sebagai satu keluarga yang lengkap. Semestinya, kembar 4 pun dah mula selesa dengan abah mereka.

"Abang, jaga budak-budaklah kalau macam tu." kataku.

"Alaaa. Please, sayang. Kalau tak, abang akan ingat sayang akan bawa diri lagi tinggalkan abang dengan kembar 4. Dulu mungkinlah abang boleh jaga diri lagi sebab diri sendiri. Tapi, kalau abang dengan budak-budak. Sayang tak kesiankan kami ke?" drama sudah Ray.

"Ok, satu syarat."

"Anything for you, sayang." pinggangku dipeluk dan bahuku diletakkan dagunya.

"Melur tak dibenarkan sekali untuk dekat dengan Ariffin, Ariffudin, Iman dan Intan."

"Hahahahahahahahahaha." ketawa Ray bila dengar syarat isterinya. Kes cemburu semalam tak habis lagi ke semalam. 'Sayang, sayang.' bisik hati Ray.

"Abang...." aku geram sangat. Lantas, mencubit perutnya. Mengaduh sakit. Padan dengan muka.

Datuk or Dato'?Where stories live. Discover now