BAB 33

45.8K 1.3K 12
                                    


"Amboi, subuh-subuh ni lawa begini. Kau nak pergi mana?" Gayah menegur aku yang sedang menuruni tangga. Tangan mengusap dada. Terkejut, dengan muka diletakkan bedak sejuk, rambut kusut gerbang dengan kaftan putih. Rupa adik-beradik langsuir.

"Gayah!"

"Apa dia?"

Eh-eh buat muka tidak bersalah pula. "Kau kalau nak tegur aku pun, cubalah bagi salam. Ini pergi terjah begitu. Kalau aku jatuh tergolek dari tangga, mahu arwah pagi-pagi subuh Jumaat ni."

"Mulut tu aku cabaikan karang." Ugut Gayah.

"Jangan ubah topik, kau ni nak pergi kemana lawa-lawa ni?" tambahnya lagi. Aku melihat pakaian yang tersarung ditubuh. Hanya jog pants kelabu dipadankan dengan hoodie kelabu, kepala pula disarungkan dengan tudung plain shawl jenamaku warna hitam. Outfit sport.

"Aku nak pergi jogging."

"Jogging. Hmm." Gayah bangun. Perlahan-lahan berjalan mengelilingi aku. Tangan pula didagu. Aku dah cuak.

"Ok, fine. Aku pergi rumah Ray sekejap. Nak pergi tuntut quadruplet." Aku akhirnya membuka pekung di dada. Nasib baik semalam aku lena tidur walaupun risaukan keadaan kembar 4 itu. Sudahlah Ray seorang, larat dan mampu ke dia layan baik budak-budak itu. Sudahlah mereka itu pelbagai ragam.

"Amboi, jauh berangan. Ada dekat rumah Ray dah ke tu?" sakat Gayah.

"Mana ada! Aku gerak dulu. Nanti aku balik, tapi tak tahu pukul berapa lagi."

"Kalau stay situ terus pun aku tak kisah. Lagi aku suka."

"Gayah, tak membantunya." Aku mencampak bantal sofa tu tepat dimukanya. Habis berdebulah. Melihat muka Gayah yang akan menyinga, membuatkan aku terus berlari masuk ke dalam estima."

Kini, mataku memandang rumah yang dulunya menyimpan seribu kisah suka duka antara aku dan Ray. Tangan aku sedikit menggeletar kerana masih takut dengan bayangan semalam. Ketukan di tingkap menyentak aku kembali ke dunia. Aku menurunkan tingkap.

"Cik, nak cari siapa ya?"

"Ini rumah Rayyan kan?"

"Maksud, cik. Dato' Sri Putera Rayyan?"

Aduhai, nak juga guna pangkat tu. "Yup. Saya nak jumpa dia."

"Tuan Ray tak nak sesiapa ganggu dia." Beritahu pengawal itu kepada aku.

"Tapi."

"Tak perlu tapi-tapi. Cik, sila pergi dari sini."

"Eh, puan."

"Farid, alhamdulillah. Beritahu guard ni buka pintu sebab saya nak jumpa dengan Ray."

"Maafkan dia, dia pekerja baru. Ahmad buka pagar."

"Eh, tak mengapa. Saya faham." Aku memakirkan kereta di ruang kosong garaj.

"Maaf puan. Saya tidak tahu yang puan, puan." Pengawal yang bernama Ahmad itu sudah tunduk meminta maaf kepada aku.

"Eh, tak mengapa. Panggil sahaja saya Xen. Saya faham awak hanya menjalankan tugas. Ahmad, Farid saya masuk dulu."

"Baik, Puan."

Pintu utama yang tidak kunci itu aku buka perlahan. Sudah seperti pencuri sahaja tingkahku. Keadaan rumah sahaja sepertimana aku tinggalkan. Perabot juga masih dalam keadaan dan susunan yang sama. Aku masuk kedalam lif yang membawa aku naik ke tingkat atas. Rumah bangle 3 tingkat itu masih sama. Suasana juga sepi seperti tidak berpenghuni.

Master bedroom tu aku masuk. Kosong. Ish mana pula orang dalam rumah ni. Tak akan dia culik budak-budak tu bawa pergi tempat lain. Tiba-tiba, aku dengar suara budak-budak dengan Ray. Terus aku baringkan badan dalam posisi push up. Apabila tombol pintu dibuka, aku menggulingkan badan menyorok bawah katil saiz king itu.

Datuk or Dato'?Where stories live. Discover now