BAB 38

43.3K 1.1K 34
                                    

Aku melangkah masuk ke dalam gedung yang dipenuhi dengan buku. Terlalu banyak buku yang disusun. Bau-bau kertas terasa wangi dihidung.

"Oh my God, abang. I love it."

Aku menarik satu buku di almari. 'Klik. Klik. Klik.'

"Ish, abang. Stop it." Aku menutup mukaku.

"Sayang, cuba tengok gambar ni. Lawa sangat."

Serius lawa sangat gambar yang diambil oleh Ray

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Serius lawa sangat gambar yang diambil oleh Ray. Korang mesti terkejut jika aku beritahu yang dia ni juga ada kemahiran dalam bidang photographer dan dia mempunyai galeri sendiri di beberapa buah negeri. So, memamg tak boleh sangkal lah gambar yang ditangkap cantik dan fotogenik belaka.

"So, ada mana-mana buku yang berkenan?"

"Kalau sayang cakap ada?"

"Ambillah. Abang bayarkan. Kalau nak gudang ni sekali pun. Abang mampu beli."

"Gudang ni abang beli. Tutuplah rezeki taule gudang ni. Sayang ambil yang mana nak baca je dulu. Nanti nak lagi, abang bawa sayang datang sini lagi. Tau-tau."

"Auch, mulut tu tak pernah tak tajam dengan abang kan." Aku mengelak daripada dia yang ingin mencubit bibirku. Adegan kejar mengejar pasangan suami isteri itu berlaku. Tanpa mereka sedar, ada yang melihat dengan senyuman sinis. 'Tahulah nasib kau Dato Sri Paduka Putera Rayyan.'

Gudang buku tadi telah ditinggalkan kami. Estima terparkir di hadapan sebuah kafe. Pintu aku dibuka dari luar oleh Rayyan. Acah gentleman gitu. Kami berpimpin tangan masuk ke dalam kafe tersebut. Susunan kerusi dan meja sangat teratur. Hiasan pula sangat unik dan hijau. Eco-friendly style.

Aku duduk di satu kerusi. Sementara, si suami membuat pesanan di kaunter. Tak jemu-jemu pelanggan wanita serta pekerja wanita di dalam kafe cuba bermain mata dan mencuri pandang Rayyan. Siapa sahaja yang tidak tertarik dengan lelaki yang cukup pakej seperti Rayyan. Usahawan muda yang sudah berpangkat Dato Sri Paduka dan mempunyai beberapa perniagaan. Semua hasil yang diperolehnya hanyalah daripada mulanya dia mengambil diploma sambil berniaga. Kemudian, menyambung degree dengan penghasilan keuntungan berniaga sebelum ini dia membuka kedai yang mennyediakan pakej percutian di pulau dan tempat-tempat menarik sekitar Perak. Atas nasihat daddy, Rayyan menyambung pengajian yang lebih tinggi di luar negara sambil mengendalikan syarikat ibu saudaranya yang tidak mempunyai zuriat. Akhirnya, setelah syarikat itu berjaya dikendalikan. Ibu saudara Rayyan telah mempertanggungjawabkan beliau untuk mengurus segala urusan syarikat itu. Kelebihan yang telah diberi ibu saudaranya telah membuatkan Rayyan bertungkus lumus menempakan syarikat itu di persada dunia. Sekaligus, memberi kelebihan kepada perniagaannya di Malaysia yang pada tika itu diuruskan oleh rakan baiknya.

"Jauh termenung. Teringatkan siapa sayang?" tersedar aku bila ada sesuatu mendarat di pipiku. Rupa-rupanya, Rayyan mencium pipiku. Dia berpindah duduk berhadapan denganku. Matanya tidak lepas dari memandang aku. Segan dibuatnya.

Datuk or Dato'?Where stories live. Discover now