BAB 25

40.5K 1.3K 10
                                    

Pejam celik, pejam celik tak sangka yang dia kini sudah berada di Malaysia genap sebulan. Kepulangannya masih tidak diberitahu kepada tok ayah. Nasib menyebelahinya bila pihak media juga masih belum menghidu kepulangannya. Mana tidaknya, dia lebih banyak menguruskan perniagaannya dari rumah sambil menguruskan perihal anak-anaknya. Manakala, HQ nya diuruskan oleh Gayah.

Lagipn, pelancaran koleksi XOXO's yang baru jugak akan diadakan pada minggu hadapan. Sungguh dia rasa berdebar menanti majlis pelancaran itu. Malah, butik pakaian kanak-kanak itu diilhamkan daripada nama anak-anaknya. Xavia Iman, Xavia Intan, Omar Ariffin dan Omar Ariffudin. Huruf pertama setiap anak-anaknya diambil.

Telefonnya bergetar menandakan ada yang menelefon. Tapi, tiada nama. Jarinya menekan punat hijau. "Assalammualaikum."

"Waalaikumussalam. Bertuah sungguh budak ni, balik tak beritahu. Tahu-tahu je dah sampai dekat Malaysia."

"Erk, tok ayah." Suara guruh itu memang turun temurun Ray. Macam mana pula tok ayah boleh tahu.

"Erk, erk. Itulah kamu."

"Sorry, tok ayah. Sorry sangat-sangat." Aku dah merayu-rayu.

"Tok ayah akan maafkan kamu jika kamu datang makan malam rumah tok ayah esok."

"Ok, Aira datang." Aku berjanji.

"Jumpa esok. Jangan lupa."

"Tak lupa. Sampaikan salam Aira pada tok mak. Rindu."

"Rindulah sangat. Kalau rindu pasti kamu sampai-sampai terus jumpa tok ayah dengan tok mak."

"Erk, jangan risau. Aira akan bawa surprise special untuk tok ayah. Harap tok ayah suka. Bye." Panggilan dimatikan bila si Ariffin datang menekan punat end call. Aduhai, anak terunaku yang seorang ini.

"Ariffin, please behave. Ibu tengah on the phone dengan tok knyang tadi." Aku mengusap rambut lebat itu. Wajahnya mirip sekali dengan ayahnya.

Dia keliru sama ada dia masih menantu dalam keluarga itu atau tidak. Apa pula pandangan orang kampong jika melihat dia yang tiada hubungan apa-apa dengan keluarga itu datang berkampung disitu. Aduhai, serabut kepalanya memikirkannya.

Pada mulanya, ingin sahaja dia menolak ajakan tok ayah. Tapi, ajakan tu lebih kepada arahan. Atuk dengan cucu lelaki dia yang seorang itu sama sahaja. Ada lembut dalam ketegasan mereka. Bila angkat bendera putih, maka putihlah ia. Kalau hitam, hitamlah ia.

Pada masa yang lain, tok ayah sedang merencana sesuatu. Sesuatu yang boleh memperbaiki hubungan cucunya dengan cucu menantu kesayangannya. 

-CKK-

Datuk or Dato'?Where stories live. Discover now