BAB 44

33.3K 1K 10
                                    

"Eh anak siapa ni? Comel-comelnnya." Puji Amsyar bila melihat si kembar 4 berpimpin tangan dengan ayah mereka. Ah, sungguh segak melihat Rayyan tersarung baju melayu siap bersamping. Ariffin dan Ariffudin juga berpakaian sama seperti abah mereka. Manakala, Iman dan Intan berbusana baju kurung Johor yang direka oleh aku dan Gayah.

"Comelkan?" Kata Ray bangga.

"Ariffin, Ariffudin, Iman, Intan salam uncle-uncle." arahku. Perlahan-lahan mereka mendekati 4 jejaka itu.

"Who are they, ibu?" tanya Intan.

"Ibu?!!!" pekaklah telinga aku kalau diorang jerit banyak kali macam ni.

"Kenalkan, our quadruplets. Ariffin, Ariffudin, Iman dan Intan. Dear, this uncle are abah and ibu friends."

"What? Sejak bila hang beranak? Nope, sejak bila hang mengandung? Anak angkat kah? Kau angkut anak siapa dari luar negara, Xen?" bertalu soalan dari Nik.

"Dato, Puan, majlis dah nak mula. Bolehlah mereka mula masuk dengan Dato dan kemudia puan akan masuk diiringi body guard."

Dengar dari dalam pengacara majlis menjemput Dato Sri Paduka Putera Rayyan masuk ke dalam dewan. Aku tersorok di belakang.  Debaran aku mesti sama dengan debaran tetamu yang tidak sabar untuk melihat siapa sebenar isteri kepada jutawan Malaysia yang digosip-gosipkan kebelakangan ini. 

"Seterusnya,  marilah sama-sama kita mempersilakan pula orang yang dinanti-nantikan iaitu Datin Sri Paduka Xendra Aira." Kaki aku melangkah masuk bersama 4 sahabat Ray.

Mata-mata memandang terpaku terhadap aku. Tidak tahulah kerana aku sendiri atau rekaan yang tersarung ditubuhku."Wey, debar wey." aku berbisik antara mereka.

Nik membalas, "Tu ah siapa suruh hang lawa sangat."

Dia ni perli ke puji. Maklum sahaja keperlian dan kepujian yang keluar dari mulut mereka bereempat bukan boleh dipercayai sangat pun.

"Betul-betul." Amsyar meniru upin ipin.

Sampai sahaja di depan Ray, dia sudah pun menghulurkan tangan. Wajah-wajah kembar empat menunjukkan mereka menumpang gembira atas hubungan ibu bapa mereka yang sudah baik. Mummy, daddy, tok ayah dan tok mak juga seronok melihat kami.

"Sayang...
Andai ada permata dan kaca pasti manusia lebih memilih permata,
Tapi, manusia tetap manusia kerana mereka tidak tahu bezanya permata dan kaca,
Begitu juga dengan abang.
Kesilapan dan perpisahan yang terjadi antara kita 4 tahun yang dulu telah membuktikan abang bukanlah sempurna mana. Masih juga hamba Allah yang kecil dimata si Dia. Tapi, syukur kerana Allah telah menghadiahkan sayang sebagai isteri abang dan ibu kepada kembar empat kita.
Terima kasih. Terima kasih dan terima kasih." kata-katanya bergema dalam dewan.

Aku menekup mulut terharu. Anak-anak memeluk kaki kerana melihat aku menangis. Ray mengusap air mata yang mengalir dari tubir mata.

Spoil bila pengerusi majlis mencelah momen romantik anak-beranak ini. "Kita dengarkan apa yang ingi disampaikan oleh Datin Sri Paduka kita." Mikrofon yang dihulur aku sambut.

"Terima kasih. Jujur sayang kata sayang terharu. Untuk menjadi suri hati kepada jutawan Malaysia tak tercapai dek akal sayang selama ini. Hahaha. Rasa kelakar bila suami kita seorang yang berpangkat besar bukan Dato sebarangan dan bukan Dato Sri tapi Dato Sri Paduka. Wow extreme gitu. Tapi, alhamdulillah kepada Allah kerana ini semuanya datang daripada Dia. Abang... Yang lepas biarlah lepas. Semua itu kita ambil sebagai pengajaran. Kini, dengan adanya anak-anak, sayang harap kehadiran mereka dapat memeriahkan lagi keluarga kita."

Aku menarik nafas dan merapatkam semula mikrofon ke bibir. "Abang...
Dulu cinta, sayang dan rindu tak pernah muncul dalam hidup gadis bernama Xendra Aira,
Dia hanyalah seorang gadis yang menumpang kasih kepada tok ayah dan tok mak dari usia muda,
Walaupun ada banyak peluang untuk kita berjumpa tapi Allah lansung tidak menemukan,
Hinggalah waktu tangan abang saya salam dan dahi ini dicium.
Sayang ingin mengucapkan terima kasih kepada abang kerana mengajar apa itu cinta, rindu dan sayang."

Ray terkejut dengan tindakan berani Aira yang mencium pantas pipinya.

"Wow, patutlah Dato kita ni terpikat dengan Datin." gurau MC majlis. Aku tertunduk malu apabila sedar tindakan lepas laku ku. Ray merangkul pinggangku dan menarik rapat tubuhku dengan tubuhnya.

Ucapan tahniah tak lekang dari tetamu yang hadir pada majlis ini. Klien-klien Ray dari negara lain juga turut menghadirkan diri memeriahkan lagi majlis ini. Nampak wajah terkejut Ray bila aku mampu berbahasa Jepun, Rusia, China, Arab dan Itali. Dia berbisik di telingaku, "How can you speak so many language?"

Aku angkat kening ala Ziana Zain. Hahaha. "Belajarlah."

Tidak duduk diam Ariffin, Ariffudin, Intan dan Iman berlari dalam dewan. Kesian Gayah bekejaran dengan kembar empat. Tak mengapalah, belajar. Nanti kahwin tak adalah kekok. "Eh..."

"Kenapa, sayang?" Ray memandang Aira yang tiba-tiba menjerit. Tiada apa-apa balasan dari Aira. Lalu, matanya mencari apa yang dipandang isterinya. Gayah didalam rangkulan lelaki yang dikenalinya. Salah seorang kliennya, pemilik Rimba Inap Desa.

Kakiku laju melangkah kearah Gayah. "Gayah, kau okey tak?"

Tajam aku memandang anak kami. Intan menyorok di belakang Ariffin, Ariffudin dan Iman. Nak abang dan kakaknya backup lah tu.

Gayah membetulkan pakaiannya. Terkejut kerana ada lelaki yang menangkapnya dari tersadung ke lantai. Asyik sangat kejar Intan. Tidak sedar, sehingga terlanggar kaki kerusi.

"Erik, thanks for coming." ucap Ray.

"You know him?" Aku bertanya.

"Erik, owner Rimba Inap Desa."

"Nice to meet you, Erik. Thanks for helping my friend." ucapku bagi pihak Gayah.

"Perkara kecil je." jawab Erik dalam bahasa melayu membuat aku terkejut.

"You can speak Malay?" aku bertanya. Ray menahan gelak mendengar soalanku.

"Mix. Your wife, Ray?" tanyanya.

"Yes, my wife. Xendra Aira. Her best friend, Gayah and the quadruplet my lovely daughters and sons." jawab Ray.

"Lovely sangat... Naughty adalah." kataku disambut gelak dari mereka.

Tiba-tiba, tangan aku ditarik pergi. "Kenapa abang tarik? Nak pergi mana?"

"Sayang tak nampak ke yang Erik tu nak berkenalan dengan Gayah?" kata Ray.

Aku berpaling ke belakang. Gayah dan Erik sedang berbual senang sambil ditemani kembar empat. 'Boys, girls tengok mama korang tu untuk ibu.' bisik hatiku. Semoga perkenalan itu merapatkan mereka.

Senyum aku kepada Ray.

-CKK-
Sorry guys. Mampu update ni je dulu. K gerak lu, nk tengok bola. Malaysia vs Myanmar. #teammalaysia #supportmalaysia #bolasepak #bangkitbersama #risingtogether. Jangan lupa vote dan komen tau. Sayang korang. 😘

Datuk or Dato'?Kde žijí příběhy. Začni objevovat