BAB 51

33.1K 1K 22
                                    

Aku tersedar. Tanganku dalam genggaman Ray. Kasihan pula melihat dia tidur dalam keadaan duduk. Badanku cuba dibangun dalam keadaan duduk secara perlahan tidak mahu menganggu tidurnya. Nampak sangat letih.

Tangan kanan memegang kepala yang berdenyut. Dahi pula pedih. Kenapa aku rasa aku di dalam hospital? What happen to me? Anak-anak terbaring di sofa dan dilantai. Siap bentang comforter lagi. Amboi, mentang abah hang jutawan Malaysia. Wad pula VVIP berkampung pula disini.

"Abang..." aku membelai rambut Ray.

"Abang...." sekali lagi aku cuba.

Ray menggosok matanya. Silauan cahaya lampu pedih menusuk ke dalam mata. "Eh, sayang dah bangun. Do you need anything? Ada sakit dekat mana-mana?"

Kenapa lain pula reaksinya? Adakah aku disahkan berpenyakit kritikal? "Sakit kepala sikit. What happen to me?"

"Sayang tak ingat apa-apa?" Ray sudah risau. Tak akan isterinya hilang ingatan pula. Lagi risau, bila Aira menggeleng menandakan tidak.

"But..."

"I remember that I went to your office and then I left. Before I left, I meet you and Puteri. You guys plan to settle some business outside the country." Kataku. Aku ingat Puteri keluar dari pejabat  Ray dan dia kata ingin mengemas pakaian. Mereka berdua merancang untuk berjumpa di lapangan terbang.

"Sayang, I can explain about that."

"Kenapa Aira ada dekat dalam hospital? Kenapa anak-anak tak balik tidur di rumah?"

Ray meletakkan jarinya di bibir Aira. Mematikan kata-kata dan persoalan. "Sayang, I'm so sorry for everything. Please, jangan stress nanti bagi kesan dekat pur baby."

"How do you know that I'm pregnant?" Haish, tak akanlah Gayah report dekat Ray.

"Sayang tahu yang sayang pregnant?"

Aku mengangguk.

"When?"

"2 days before your birthday." Berita gembira yang ingin aku sampaikan pada hari jadinya tertangguh kerana sikapnya yang berubah. Malah, akibat dari arahannya yang menyuruh aku tidur di bilik lain mematikan niatku untuk memberitahu kepadanya.

Ray meraup wajahnya. Patutlah dia tidak tahan dan kurang senang dengan bau Aira. Rupa-rupanya, alahan isterinya ditanggung oleh dia. Itu merupakan salah satu punca kenapa dia menyuruh Aira tidur di bilik lain selain daripada kepala dia yang pusing dan pening dengan memikirkan hal Puteri.

Tangan isterinya yang digenggan dikucup. Bibirnya merungkai segala apa yang berlaku dalam minggu ini dan mengakibatkan Aira terlibat dalam kemalangan. Nasib baik hanyalah kemalangan kecil yang tidak menganggu kandungan isterinya. Aira tidak sedar kerana badannya yang kurang tenaga dan lemah.

"I'm sorry sayang. Puteri dah diberikan amaran untuk tidak lagi muncul di depan keluarga dan keturunan kita. Kalau dia berani-berani muncul juga, she mess with the wrong person."

Aku bersyukur mendengar penjelasan Ray. Bersyukur kerana hatinya masih mencintai aku. Tersenyum suka aku apabila Ray mengucup dahiku. Terasa syahdu. Getaran jantung ketika dekat dengannya, ketika menghadapi sikap romantiknya masih lagi sama. Tidak pernah lebih dan tidak pernah kurang.

-CKK-
Nah belanja lagi satu sebelum sis tidur. Aduhai, esok tak tahu lagi akan update ke tak, sebab nk setelkan hal berkaitan kemasukan sem baru. Uhuks. Jangan lupa tinggalkan komen anda dan vote. Sayang korang 😘.

Datuk or Dato'?Where stories live. Discover now