BAB 26

40.9K 1.3K 12
                                    

Ariffin mencabut putting daripada mulut Intan. Intan apalagi, pastinya menangis. Ariffudin pula pergi menyakat kakaknya Iman dengan menarik rambut yang ditocang ekor kuda. Gayah yang memerhati dari pintu bilik hanya menggaru kepala yang tidak gatal. Aira yang masih belum bersiap tegak berdiri melihat karenah anak-anaknya. Tidak pasti sama ada mahu marah ataupun ketawa. Keletah itu menghiburkan hatinya.

Gayah geram sahaja melihat Aira yang melepaskan ketawanya. Manakala, anak-anak Aira sudah tegak melihat ibu mereka yang tiba-tiba ketawa begitu. Aira mengusap rambut anak-anaknya. Putting yang berada ditangan Ariffin diambil dan disumbat semula kedalam mulut Intan. Rambut Iman yang kusut dibetulkan semula ikatannya. "Aduhai, anak-anak ibu. Lain kali jangan naughty macam ni. Adik-beradik tak boleh gaduh-gaduh. Tak elok." Pesan Aira lembut kepada quadruplet itu. Terus anak-anak kecil itu serbu memeluknya. "Ok ibu. We love you, ibu." Walaupun pelat, tapi tetap Aira faham maksudnya. "I love you too, anak-anak ibu."

Sedang dia bersiap, Gayah menjaga anak-anaknya. Segak bergaya sahaja anak-anaknya memakai pakaian yang direkanya. Comel, hensem dan cantik. "Aduhai mak dengan anak-anak sama segak." Puji Gayah.

"Kalau lelaki diluar sana lalu tepi kau. Mesti fikir yang kau bawa adik-adik berjalan." Tambah Gayah lagi. Amboi kemain pujinya.

"Dah-dah. Mari kita naik kereta." Semangat semua berlari. Tidak sabar keluar agaknya. Maklum sahaja dia jarang sekali keluar rumah. Kalau ada urusan penting pun mesti Gayah akan menggalas tugas melihatkan anak-anaknya.

Seorang demi seorang diangkat letak dalam babychair. Nampak keterujaan di wajah anak-anaknya. Tidak sabar mahu berjumpa dengan moyang mereka mungkin. Sebalik dengannya kerana yang dia rasa sekarang hanya debaran laju di dada seperti akan berlaku sesuatu sahaja. "Bye-bye mummy." Mereka semua melambai kearah Gayah. Sengaja dia membahasakan Gayah sebagai mummy kepada anak-anaknya. Biar mereka sayang dan layan sahabat baiknya itu seperti ibu mereka sendiri juga. Penat lelah dia dalam membesar keempat-empat anak itu banyak dibantu dan diringan oleh Gayah. Maka, tak salah jika mengajar anaknya untuk menyayangi gadis itu.

Berbalik kepada perasaannya tadi. Andaikata dia membatal makan malam itu pada saat ini, agak-agak apa yang tok ayah akan lakukan.

-CKK-

Datuk or Dato'?Where stories live. Discover now