BAB 40

38.2K 1K 2
                                    

Aku terjaga waktu Subuh. Rayyan tiada disebelah. Bilik air juga tiada bunyi yang menandakan dia berada di dalam. Aku bangkit membersihkan diri bagi menunaikan solat Subuh.

Pukul 8, masih pagi tiada tanda-tanda Rayyan. Aku cuba menelefonnya tapi tidak dapat. Tak akan semalam cuma mainan Rayyan untuk menguji hati aku. Aku bingkas bangun keluar dari bilik menuju ke bilik mummy dan daddy. Pintu diketuk tapi tiada balas. "Mana pula pergi semua orang?" Telefon bimbit dikeluarkan dari kocek seluar. Nombor mummy didail.

"Assalammualaikum, mummy."

"Waalaikumussalam, Xen. Kenapa call mummy?"

"Erm, mummy dekat mana yea? Sebab pergi bilik mummy tak ada orang."

"Laa, kami semua dah checkout pagi tadi dalam pukul 7 lebih. Rayyan suruh mummy dengan daddy bawa balik budak-budak dulu."

"Hah?!"

"Kenapa terkejut sangat? Ray cakap kamu tak kisah, jadi mummy ikut kan je lah."

Aku tidak mahu mummy risau jadi aku meminta diri daripada mummy. Panggilan dimatikan. Sempat aku meminta maaf kepada mummy kerana telah menyusahkan dia menjaga keempat-empat anakku. Anak kena angkut dah balik KL. Laki pula dok tahu hilang mana.

Kini panggilan aku ditolak terus oleh Ray. Ini menambahkan lagi kerisauan dan membuatkan aku berfikir macam-macam yang buruk. "Rayyan, apa yang awak rancangkan kali ini?"

Aku turun ke lobi. Langkah dibawa kearah kaunter. "Selamat datang, cik. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

"Boleh saya tahu bilik 418 didaftar atas nama siapa ye?"

"Maaf cik. Maklumat itu tidak boleh kami berikan sesuka hati. Melaikam cik ada surat menyurat yang boleh saya dedahkan maklumat itu kepada cik." Terang jejaka itu.

"Kalau macam tu, ini buktinya. Saya ada kad bilik 418 tapi saya nak tahu sama ada bilik ini waktu check out nya pukul berapa?"

"Bilik 418, VVIP suite milik Dato Sri Paduka Putera Rayyan. Memang itu bilik khas beliau. Bagaimana cik boleh dapat kunci bilik tersebut?" Dia tanya aku pula. Kad bilik pun aku cabut dari soket khas.

"Cik ni perempuan simpanan Dato Sri ye?" Amboi, mulut jantan ni boleh tahan capui gak. Tibai sat gi.

"Sekejap, saya panggil pengurus saya. Mungkin, ada yang berikan salah kad kepada cik. Sekejap ye. Encik Ismail sila datang ke kaunter lobi sekarang, ada masalah berkaitan dengan bilik Dato' Sri." Dia memanggil ketua pengurusnya melalui walkie talkie.

Setelah 2 minit, berdiri melangut disitu. Datang seorang lelaki mendekati aku. Mungkin inilah Encik Ismail yang dihubunginya. "Puan Xendra."

"Iye saya." Jawab aku. Kenal kula Encik Ismail ini dengan aku.

"Awak kenal saya?"

"Kenal pagi tadi. Itu pun sebab gambar puan terpampang di surat khabar."

"Gambar saya?! Surat khabar?!"

"Bertenang, puan. Sekarang ni Dato Sri di dalam Diamond Hall." Aku merampas surat khabar yang berada di tangan Encik Ismail dan berlalu pergi mencari Ray di Diamond Hall.

"Eh, Mail. Perempuan tu perempuan simpanan Dato' Sri yea? Ish, tak padan dengan umur muda pikat orang kaya macam boss besar kita tu." Tanya jejaka yang menjaga kaunter lobi, Halim.

"Sedap kemain kan mulut kau tu? Dia tu Puan Xendra Aira pemilik XOXO's." Jawab Ismail.

"Ala setakat XOXO's tu. Dato' Sri boleh beli semua lah." Halim masih berlagak dan memandang buruk ke arah Aira.

"Fyi, for your information. Puan Xendra Aira is Dato' Sri wife. Datin Sri Paduka Xendra Aira."

Tercengang Halim bila Ismail memberitahu siapa sebenarnya Aira. "Tu lah kau. Padan dengan muka. Sedap-sedap je tuduh Puan Xendra tu mistress Dato' Sri. Aku dengar Kompleks Flower Garden punya staff nyaris dipecat sebab gelar Puan Xendra sebagai puan. Agak-agak, kalau sampai ke telinga Dato' Sri yang kau gelarkan isteri dia perempuan simpanan apa tindakan yang dikenakan? Mungkin dipecat direct. Chaw dulu."

"Eh, sekejap. Yang kau tu boleh pula panggil Datin Sri tu Puan."

"Jangan jeles yea sotong. Puan tu kalau boleh dia nak orang panggil dia Xen je. Tapi, Dato' Sri cakap hanya yang dibenarkan panggil puan, Xen sahaja dibenarkan memanggil puan. Kalau tidak, kekalkan dengan bahasakan dia sebagai Datin Sri."  Senafas Ismail menerangkan kepada Halim dan berlalu pergi ke arah Diamond Hall semula. Niatnya datang ke lobi pun untuk menjemput Puan Xendra tapi tak sempat jelaskan semua. Gadis itu sudah pun pergi sendiri.

-CKK-
Agak-agak apakah tajuk yang terpapar di surat khabar? Sis akan sambung esok. Nantikan. Jangan lupa untuk vote dan comment. Amacam bab 39 sebelum ini? Bab 40 harap best lah untuk korang. Love you guys.
Selamat malam. 😴

Just nak share gambar ni. Sebab sis adore dengam fanart. Lagi2 this 2 character. So cute. 😍

Datuk or Dato'?Where stories live. Discover now