BAB 24

38.3K 1.4K 54
                                    

Di dalam satu bilik seorang jejaka sedang duduk termenung merenung kearah siling. Waktu ini hanya wajah Aira yang bermain di matanya. Kini tidurnya sering terbayang wajah Aira. Malah, dia mengambil keputusan berpindah masuk ke rumah keluarganya bila kerap kali wajah Aira bermain di mata bila dia berada di rumah mereka.

Sebulan dia mencari Aira tapi masih tidak ketemui. Dalam masa yang sama juga dia mengupah seorang penyiasat untuk mencari dimana isterinya.

Sungguh dia menyesal dengan menangkan egonya tanpa memikirkan perasaan orang lain. Seminggu sebelum perkahwinannya dengan Puteri, datang seorang lelaki menemuinya di pejabat. Lelaki itu mengaku telah membuntingkan Puteri. Pengakuan dan bukti siap ditunjukkan kepadanya. Dia terpempan dan kelu seribu bahasa. Perempuan yang dia pilih untuk dicintai dengan meninggalkan perempuan yang mencintainya telah mensia-siakan sisa hidupnya. Sepatutnya waktu ini dia sedang bahagia dengan isterinya sambil mengulit anak-anak mereka.

Ray cemburu melihat sahabat-sahabatnya semua ada anak-anak untuk diusung sana sini. Kadang-kadang dia terpaksa menumpang mencurah kasih kepada anak-anak sahabatnya. Keputusannya memutuskan tali pertunangan membuatkan mak ngah dan Puteri mengamuk bagai puting beliung. Tapi, keluarganya rilek sahaja seperti tidak apa-apa berlaku lansung. Nasib baik berita pertunangannya tidak dikhabarkan meluas. Kalau tidak, mahu dia menanggung malu teruk dengan apa yang telah Puteri lakukan.

"Aira... Dimana awak sekarang? Saya sangat-sangat rindukan awak." Jejaka itu akhirnya tidur dengan bayangan isterinya yang dirindukan.

-CKK-


Datuk or Dato'?Where stories live. Discover now