BAB 1

83.2K 2.3K 48
                                    


Terasa bagai dunia terhenti apabila melihat tubuh basah itu keluar dari laut naik ke darat menuju ke arahnya. Seksi dan seksa mata ini melihat. Aku menundukkan wajahku, malu. Tiba-tiba, aku rasa bahuku basah. Aku menoleh dan kini wajahnya hanya beberapa inci sahaja di depanku. Matanya yang hitam seperti membawa aku ke alam yang lain. Perlahan-perlahan mataku meliar diwajahnya. Hidung mancung itu, bibir merah itu. Wajah jejaka ini mirip sekali dengan Hrithik Roshan pelakon Hindustan yang boleh dikategorikan kacak itu.

"Puas dah tilik muka anak teruna orang ni?" bibir itu berkata. Aku terkebil-kebil.

"Nah air." Tanganku menghulurkan sebotol mineral kepadanya. Mesti penat menghabiskan tenaga berenang membelah laut. Maklum sahaja, minat lelaki itu dan dia sama sahaja terlalu suka sesuatu yang berkait dengan air.

"Terima kasih." Bibir lembut itu mengucup ubun-ubunku. Hanya Tuhan sahaja tahu bertapa lajunya degup jantungku dengan tindakan selambanya.

"Nak berenang juga." Pinta aku.

"No, you can't" Tegahnya.

"Why?"

Dia merengus. Geramlah tu. Tak tahu kenapa dia berkeras tidak membenarkan tubuhku ini menyelam dalam air laut itu. Dari tadi aku menahan godaan ombak pantai yang memanggil aku.

"Jom balik. Panas dah ni, burn pula kulit putih melepak kau nanti." Dia mengenggam jari jemariku. Aku hanya menurut langkahnya.

Pintu rumah dibuka. Dia membaringkan tubuhnya di sofa. Terlalu penatlah tu dan aku membawa bakul picnic tadi ke dapur. Ingin mengemas apa yang patut. Apabila aku sudah selesai tugas di dapur, tubuh itu masih lena diulit mimpi kerana kedengaran dengkuran halus. Apalagi, aku pun melucut pakaianku dan melangkah ke kolam di belakang rumah.

1, 2 dan 3. Terjunku dalam kolam luas itu. Terasa sejuk air kolam tapi memberikan aku ketenangan. Pandanganku kini mengarahkan ke bumbung langit. Awan-awan mendung berarak menanda hujan akan membasahi bumi. Tapi, aku mengendahkan masih mahu berendam lama di dalam kolam. Titisan hujan terasa diwajahku. Lalu, aku menyelam tubuhku kedalam kolam. Hujan yang semakin lebat aku hiraukan. "Xendra Aira!" Aku membeku di dalam kolam. 'Oh my God, masak kau Xen.' Bisik hatiku.

Aku mengangkat lambat wajahku ke dasar. Jari menunjukkan simbol 'peace'. Tangga kolam dipanjat. Tubuhku menggeletar. Dingin dengan angin kuat dan hujan. Tubuhku didukung olehnya dan dibawa masuk kedalam rumah. Kini, kami terbaring disofa yang dibaringnya tadi dan aku dalam pelukannya. Terasa hangat tubuhnya mengurangkan rasa dingin yang membaluti tubuhku sebentar tadi. "Awak."

"Hmm."

"Basah sofa ni."

"Hmm." Dia mencium rambutku. Uish, dup dap dup dap jantung ni.

'Ya Allah, aku ni lama-lama macam ni boleh dapat sakit jantung sebab degupan jantung yang tak seimbang bila dekat dengan dia.' Kata aku dihati.

"Dato Sri Paduka Putera Rayqal." Kataku.

"Ye, Datin Sri Paduka Xendra Aira?" Matanya aku tatap berani. Tapi, sekejap jelah sebab lama-lama buat aku rasa sesak nafas.

"Let me go. Badan saya ni basah, so sofa ni dah mula basah."

"Buang je sofa ni nanti." Pergh, ciskek betul mamat ni.

"Ok, tapi sampai bila awak nak peluk saya macam ni sekali?"

"Kenapa awak terjun dalam kolam?"

'Ya Allah apa kena dengan suami aku ni.'

"Suka."

"Tanpa beritahu saya?"

"Ya Allah, sayang, intan payung, jantung, hati, limpa. Saya nak mandi. Lepaskan saya jap. Nanti awak nak peluk ke, ulit ke, suka hati. But now, I wanna take a bath." Aku mencubit pipinya, geram.

Perlahan-lahan aku mengangkat tangannya yang merangkul pinggangku. Berdesup laju aku masuk kedalam lif, naik ke bilik untuk bersihkan badan.

-CKK-

Don't forget to vote and comment.

Datuk or Dato'?Where stories live. Discover now