Bab 49

9.1K 274 69
                                    

"Mana anak saya?" Soal Hana apabila dia sudah berada di dalam sebuah bilik.

"Duduklah dulu." Lelaki itu menolak perlahan tubuh Hana supaya duduk di atas katil.

Hana mula merasa gelisah. Dia rasa seolah ditipu. Puas dia melihat sekeliling namun anaknya tak kelihatan. Lebih baik dia pergi dari sini. Mungkin lelaki ini berniat mahu menipunya.

"Eh nak pergi mana?" Tangan Hana dipegang kuat. Mana mungkin dia lepaskan Hana. Setelah bertahun tak berjumpa dan kerana Hana dia menderita.

"Mana anak saya? Saya nak cari anak saya." Hana mula gelisah. Dia cuba meronta untuk melepaskan diri.

"Sayang kenapa resah macam ni? Tak rindu abang Faizal ke?" Dia mulai tersenyum. Faizal memeluk Hana lalu menyedut kuat pipi Hana. Makin kuat bunyi nafasnya.

"Lepaslah!" Hana menyiku dada Faizal.

Faizal memegang dadanya yang terasa sakit. Walau apa pun terjadi dia takkan lepaskan Hana. Dah lama dia nantikn saat ini. Apa yang dia rasa bukan untuk melampias nafsu semata tapi ianya ditambah dengan dendam yang membara.

"Kau nak pergi mana?" Faizal memeluk belakang Hana lalu menolak tubuh Hana ke atas katil. Baru saja Hana nak bangun, pipinya ditampar oleh Faizal.

"Kau takkan boleh lari. Hari ni badan kau semua aku santap. Kejap lagi kau rasa nikmat yang aku sendiri simpan." Ucap Faizal. Dia sudah duduk di atas Hana lalu mengoyakkan baju Hana.

"Aku tak nak! Tolong!" Jerit Hana.

"Jeritlah tak ada siapa akan tolong kau." Faizal tersenyum sambil menjilat bibir apabila terserlah tubuh putih Hana.

Hana sudah menangis. Dalam fikirannya hanya teringatkan Azzam, suaminya. Abang tolong Hana. Hana takut. Tolong Hana abang.

Baru saja Faizal mahu mencium tubuh Hana, dia sudah menjerit kesakitan.

ZAPPP!

"Bertuah punya budak!" Mak Kiah datang sambil melibas penyangkut baju pada belakang Faizal. Faizal terduduk sambil memegang belakangnya.

"Dijah kau bawa Hana keluar dari bilik ni. Call Azzam." Arah Mak Kiah.

Matanya tajam memandang anak lelakinya. Baru keluar penjara dah nak buat hal.

"Kau nak malukan aku lagi ke apa hah?!" Tengking Mak Kiah.

ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!!

Habis patah penyangkut baju ditangan Mak Kiah disesah pada Faizal. Kalau bukan anak dia mungkin lagi teruk. Dah dia cuma dapat capai penyangkut baju. Kalau ada getap paip memang lagi sedap dia libas anaknya ni.

"Ampun mak! Sakit! Adoii!" Faizal sudah terkulat-kulat memegang badannya yang sakit dilibas oleh Mak Kiah. Memang terbantut nafsu yang dah menegang tadi.

Mak Kiah duduk di atas katil sambil memandang Faizal yang terbaring mengerekot sambil menangis. Jantung Mak Kiah berdegup laju. Dia pegang dadanya menahan sabar dan marah.

"Kenapa Jai? Kenapa kau buat aku macam ni?" Mak Kiah mula terasa sedih. Faizal satu-satunya anak lelakinya. Rasa kecewa sangat. Kalau dulu dia tak terasa sangat tapi sejak dia cuba untuk berubah, dia rasa sedih tengok anak-anaknya. Sebagai ibu dia gagal membesarkan dan mendidik anaknya dengan baik.

"Mak minta maaf dekat Jai. Mak gagal didik Jai dengan baik. Mak bukan ibu yang baik tapi mak tak nak Jai buat kesalahan yang sama lagi. Jai satu-satunya anak lelaki mak. Harapan mak. Berubahlah. Mak sayang Jai." Mak Kiah bangun lalu meninggalkan Faizal sendirian di dalam bilik. Dia selalu berdoa untuk anak-anaknya.

TAKDIRKU | √Where stories live. Discover now