Bab 16

4.6K 224 74
                                    

Azzam membawa dirinya jauh dari semua orang jauh dari hiruk pikuk kota. Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan. Fikirannya sangat kacau. Sesungguhnya dia hanyalah lelaki biasa yang sedang mengalami krisis rumahtangganya. Ketika dia ikhlas dan tulus mencintai, ketika dia percaya dan jujur terhadap isterinya dan ketika dia bersabar dengan segala sikap isterinya tapi kenapa seakan semuanya dibalas dengan penipuan dan pengkhianatan.

ARGHHHH! Azzam menjerit sekuat hatinya sambil menghentak tangannya pada stereng kereta.

"Aku tak boleh benci kau Hana. Aku tak boleh walaupun hati aku sakit sangat. Hina sangat ke aku di mata kau? Aku ni suami yang memalukan kau ke?" Segala persoalan ditanya didalam hatinya. Dia menekup mukanya pada stereng kereta. Perlahan airmatanya mengalir.

Tiba-tiba cermin tingkap keretanya diketuk. Segera Azzam mengesat airmatanya. Dia menoleh ke luar.

"Cik Nia?" Getus hatinya.

Azzam keluar dari perut kereta dengan mata yang merah. Dia menunduk ke bawah. Barangkali malu dilihat dalam keadaan seperti ini.

"Be strong." Nia menggenggam bahu kanannya sambil tersenyum.

Azzam hanya mendiamkan diri. Entahlah dia tak ada hati nak bercakap namun dia masih tertanya adakah Nia tahu tentang masalahnya.

"Maaf Zam, tadi saya ingat nak hantar balik bekal awak tapi masa saya datang saya dengar pergaduhan awak dengan isteri awak. Saya tak jadi nak masuk dan bila awak keluar dari rumah, saya terus ikut awak." Ulas Nia panjang lebar.

Azzam masih lagi mendiamkan dirinya. Hatinya terasa kosong. Melihat keadaan Azzam, Nia terus meletakkan plastik berisi bekal di tangan Azzam.

"Ambillah. Dalam tu saya ada letak roti. Saya tahu awak tak makan lagi. Saya tahu awak terluka dan saya tak nak ganggu awak." Nia terus menepuk bahu Azzam lalu meninggalkannya di situ.

"Azzam, saya bagi awak cuti. Datang bila masalah awak dah selesai."

Azzam masih mendiamkan dirinya hingga kereta Nia hilang dari pandangan. Dia kemudian masuk semula ke dalam keretanya. Enjin di hidupkan dan saja dia membawa diri. Jalan tiada bertuju, hati tiada berasa.

Hatinya membawa dia ke bukit belakang rumahnya. Bukit yang jarang dia jejaki selepas dia berkahwin. Azzam menghela nafas panjang. Dia duduk menghadap pemandangan di situ. Dia cuba menjernihkan perasaan dan fikiran dia sebelum dia kembali ke rumah.
Dulu tempat ini menjadi saksi janji mereka berdua. Sungguh dia rindukan suasana itu.

"Abang"

"Ya sayang."

"Abang sayang Hana tak?"

"Sayanglah. Kenapa Hana tanya?"

"Sayang banyak mana?"

"Sayang banyak-banyak. Lagi banyak dari ni." Azzam mendepangkan kedua tangannya dan sengaja dia menolak muka Hana ke belakang.

"Abang! Betul-betullah!" Hana memukul lembut bahu Azzam.

"Hehehe iyalah abang sayang isteri abang ni sangat-sangat." Azzam sudah memeluk Hana dengan kuat dan mencium dahinya.

"Abang! Lemaslah Hana." Hana sudah mengeliat untuk melepaskan diri.

"Abang lagi lemas dengan cinta sayang." Azzam dari tadi tak habis menyakat Hana.

"Abang kena janji cuma Hana je akan jadi isteri abang." Sengaja Hana memasamkan wajahnya.

Azzam duduk menegak dan mengangkat sebelah tangannya seperti orang berikrar.

TAKDIRKU | √Where stories live. Discover now