Bab 38

4.9K 228 106
                                    

Azzam duduk dibangku Hospital menanti berita tentang keadaan ibunya. Hatinya terlalu sakit lebih-lebih lagi lepas apa yang baru dia saksikan tadi. Tergamak Hana lakukan semua ini. Hatinya remuk sekali.

"Ya Allah, kau selamatkanlah mak aku." Airmatanya masih mengalir lagi. Dia terlalu sedih. Dia takut akan segala perkara buruk yang sedang hebat menerjah fikirannya.

"Assalamualaikum. Mak, sayang." Azzam melangkah masuk ke dalam rumah. Terkejut apabila saat dia masuk yang dia lihat Hana sedang menarik tongkat ibunya dan Mak Piah jatuh ke lantai. Kepalanya terhantuk pada bucu meja. Hana? Dia hanya memerhati sambil memegang tongkat mak mertuanya. Patutlah dia rasa tak sedap hati sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Mak!" Azzam meluru ke arah ibunya. Kepala ibunya dipangku atas ribanya. Darah sudah mengalir pada tempat yang terhantuk tadi.

"Mak, bangun mak!" Azzam menggoncang perlahan tubuh ibunya namun tidak ada respon.

"Mak." Hana seakan tersedar dari rasa tergamamnya. Dia memegang tangan Mak Piah.

"Puas hati Hana? Abang tak sangka Hana sanggup buat mak macam ni. Abang tahu Hana cemburukan mak tapi abang tak sangka sampai macam ni sekali Hana buat mak." Luah Azzam penuh emosi.

"Abang, bukan macam tu. Apa yang abang nampak tadi tu.." Belum sempat Hana menjelaskan padanya, Azzam sudah menolaknya kebelakang hingga terduduk. Azzam mengangkat ibunya lalu membawa ke dalam kereta. Dia tinggalkan rumah tanpa menunggu Hana. Hatinya terlalu takut dan risau.

"Abang." Hana datang menerpa padanya. Dengan airmata dia cuba menyentuh bahu Azzam. Dia datang ke Hospital bersama Zaim dan Yumna.

"Aku benci kau! Sampai bila-bila aku tak maafkan kau!" Azzam menepis tangan Hana. Matanya masih sembab dengan airmata.

Hana juga masih terpukul dengan kejadian itu tapi dia memang tak buat macam yang Azzam katakan.

"Abang dengar dulu apa yang Hana nak cakap." Rayu Hana. Tolonglah beri Hana peluang untuk menjelaskan semuanya.

"Hana pernah bohong abang dulu. Abang dah bagi Hana peluang. Tapi sekarang kenapa mak yang jadi mangsa? Kalau Hana tak suka sekalipun lebih baik Hana bunuh abang je." Semakin meruap-ruap emosi Azzam. Fikirannya berkecamuk.

"Abang.." Hana kehilangan kata-katanya. Dia tak kuat. Kenapa harus diungkit kesilapan lamanya. Dia dah berubah.

"Encik, Puan, ini Hospital. Tolong jangan bising di sini." Tegur salah seorang jururawat di situ.

Azzam menjeling Hana penuh dengan emosi. Emosi yang bergejolak. Sedih, marah dan kecewa. Bagaimana dia harus tenang ketika di dalam sana ada ibunya yang sedang dirawat. Dan bagaimana dia boleh tersenyum ketika dihadapannya ada orang yang cemburu dengan ibunya sendiri. Perlahan-lahan dia meninggalkan Hana. Dia perlukan udara segar. Dia perlu bersendirian.

"Abang." Semakin remuk hati Hana. Kenapa abang tak nak percaya Hana. Jahat sangat ke Hana sampai apa yang jadi pun abang tak nak dengar penjelasan Hana. Hana mahu mengejar Azzam namun di tahan oleh Yumna.

"Kak sudahlah. Biarkan abang. Dia tengah emosi tu. Dia tengah susah hati." Yumna memeluknya bagi menenangkannya. Tak semena Hana tak sedarkan diri. Dia pengsan dalam pelukan Yumna.

Dia dibawa ke ruang rawat dan dibiarkan berehat. Yumna duduk di sisinya sambil memegang tangan kakaknya. Tak menyangka akan ada badai lagi dalam rumahtangga mereka.

"Jangan risau. Nanti dia sedarlah tu." Zaim memegang bahu Yumna sambil tersenyum.

"Saya sedih. Kenapa semua ni boleh jadi." Yumna mengeluh perlahan.

TAKDIRKU | √Where stories live. Discover now