Bab 28

4.4K 229 91
                                    

Bayu pantai mengelus lembut wajah Azzam dan Hana. Setelah macam-macam dugaan yang mereka lalui dalam rumah tangga mereka, ketika ini mereka merasakan cinta itu semakin bertambah.

"Ya Allah, aku bersyukur atas segala hikmah ini. Aku bersyukur dikelilingi dengan orang-orang yang aku cintai." Hana memeluk dirinya, angin pantai terasa dingin.

"Sayang, buat apa sorang-sorang dekat sini?" Azzam memeluknya dari belakang.

"Saja. Hana suka tengok pantai ni. Tenang je. Macam abang." Tak lekang wajahnya dengan senyuman.

"Pandai betul dia ambil hati kita. Dah jom masuk. Semua orang dah masuk bilik tapi sayang pulak merayau dekat sini." Azzam sudah menarik lengan Hana.

"Tapi sayang tak puas lagi tengok pantai ni." Hana mencebik sambil mengikut langkah Azzam.

"Umi dengan abah dekat bilik hujung sana. Jangan risau kami semua takkan ganggu korang. Kalau ada apa-apa call je kami." Kata Marian sambil mencium dan memeluk Yumna dan Zaim.

"Okay umi. Jom sayang kita masuk." Zaim membawa bagasi barang-barang Yumna dan dia ke dalam.

Yumna duduk di katil sambil melihat sekitar bilik mereka.

"Cantik kan bang bilik ni." Tegur Yumna sambil tersenyum.

"Ha'ah. Lagi cantik dari kau." Zaim duduk sambil merenung Yumna. Riak wajah Yumna mula berubah. Kata-kata Zaim menyentak hatinya.

Perlahan-lahan Zaim menghampirinya lalu duduk disebelahnya. Yumna masih kekal kaku. Zaim mendekatkan wajahnya ke telinga Yumna. Mata Yumna sudah terpejam rapat. Tangannya digenggam kuat.

"Ya Allah, aku tak sedia lagi." Bisik hati Yumna.

"Tolong sedar sikit diri kau tu. Jangan berangan aku nak layan kau macam isteri." Bisik Zaim. Terbuka mata Yumna. Terkejut dengan apa yang baru Zaim bisikkan.

Dia memandang wajah Zaim meminta penjelasan. Tiba-tiba Zaim seakan naik angin. Dia menggenggam rambut Yumna dan membawanya ke meja cermin.

"Orang kata biar hodoh jangan bodoh tapi kau ni dua-dua ada." Herdik Zaim.

Tangannya masih mencekak kuat rambut Yumna. Makin dekat wajah Yumna dihalakan ke arah cermin.

"Sakit bang. Rambut Nuna." Yumna memegang tangan kepalanya kerana Zaim menggenggam kuat rambutnya.

"Tengok cermin tu! Tengok diri kau. Aku nak cium kau pun tak lalu. Jadi tolong sedar diri. Faham? FAHAM TAK?" Jerkah Zaim.

"Faham." Yumna mula menangis. Dia merintih kesakitan. Zaim menolak Yumna ke atas katil.

"Satu lagi. Aku tak nak dengar kau sebut nama kau Nuna dekat depan aku. Aku geli. Dah macam nama alien je. So, biar aku panggil kau Yuna baru nampak manusia. Dan aku tak nak kau panggil aku abang bila kita berdua. Bila depan semua orang kau boleh tapi tak bila kita berdua."

Yumna hanya mendengar sambil menangis. Kenapa tiba-tiba Zaim berubah. Kenapa tiba-tiba dia dilayan seperti ini.

"Satu lagi. Kau baring dekat sofa sana. Aku tak nak baring satu katil dengan kau." Di mata Zaim dia seakan membenci Yumna. Hatinya sakit melihat Yumna.

"Kenapa awak buat saya macam ni?" Luah Yumna ingin tahu.

"Sebab kau memang layak dapat semua ni. Kau hipokrit."

"Sa-saya tak faham."

"Apa perlu aku panggil kau bodoh lagi? Dah aku nak rehat. Kau boleh duduk dekat sofa tu tak pun pergilah memana pun." Zaim sudah membuka bajunya tanpa memperdulikan Yumna.

TAKDIRKU | √Where stories live. Discover now