Bab 19

4.5K 218 60
                                    

Hana diam menunduk di tempat duduk belakang bersama adiknya Yumna. Dia malu dan kesal dengan kejadian pagi tadi. Dia sedar dah banyak menyusahkan semua orang. Layakkah dia dimaafkan? Dia bukan isteri yang baik.

Azzam masih lagi dingin dengannya dan mungkin dengan kejadian tadi juga akan menjadi semakin dingin. Sesekali Azzam melihat belakang dari cermin atas. Untung ada Pak Bakri untuk menemaninya siang ini ke mahkamah.

"Setelah mendengar keterangan dari saksi dan pengakuan dari tertuduh, mahkamah menjatuhkan hukuman 8 tahun penjara dengan 5kali sebatan." Setelah Hakim menjatuhkan hukuman kepada Faizal, Mak Kiah seperti orang hilang akal.

"Anak aku tak salah! Dia tak salah!" Mak Kiah terjerit-jerit apabila melihat Faizal dibawa oleh pegawai polis. Meraung Mak Kiah melihat anak lelakinya hingga akhirnya dia jatuh pengsan.

"Mak! Mak bangun mak!" Dee mula panik.

Marian sudah menarik tangan Zaim supaya tidak masuk campur. Khai juga mengarahkan mereka terus pulang ke rumah. Cukuplah sekali anak mereka terpalit dalam masalah rumah tangga Hana dan Azzam.

Hana cuba datang mendekat untuk membantu namun ditepis oleh Dee.
"Jangan kau sentuh mak aku! Kau memang jahat Hana! Kau bukan buat aku hilang kerja tapi kau buat abang aku masuk penjara. Kau musnahkan keluarga aku. Aku takkan maafkan kau!" Tengking Dee. Dia sangat marah pada Hana.

Yumna menarik kakaknya supaya jauh dari Dee. Dengan emosi dan keadaan yang panas lebih baik kakaknya tak masuk campur kerana mungkin akan menambah kekecohan lagi.

Sebaik bantuan tiba, Mak kiah diusung keluar dan sebelum Dee meninggalkan mereka semua dia memandang Hana dengan penuh benci. "Kau akan terima balasan atas apa kau dah buat Hana." Amaran itu membuatkan Hana terkedu.

Azzam yang dari tadi diam terus meninggalkan mereka. Malu, sangat malu. Suami macam apa hingga sebegitu teruknya isterinya dikecam. Sebagai suami dia merasakan dia adalah suami yang gagal.

Sampai saja dirumah, Azzam terus keluar dari kereta selepas mematikan enjin. Dia tak menunggu semua orang keluar. Terkejut. Hana, Yumna dan Pak Bakri.

Azzam terus mandi untuk menyegarkan dirinya. Sebenarnya dia mahu menyurutkan amarahnya. Selesai mandi dia duduk di meja makan untuk mengisi perut. Namun seleranya termati ketika Hana menghulurkan segelas air sejuk padanya. Ditenung seketika gelas itu kemudian dia bangun dan meninggalkan meja makan.

Azzam langsung tak bercakap dengan Hana. Sebegitu marahkan Azzam padanya. Azzam kini sudah pergi kerja. Hana duduk ditempat Azzam tadi. Dilihatnya roti yang suaminya makan. Hanya beberapa gigitan saja. Sedikit sekali suaminya makan padahal dia tak bersarapan langsung pagi tadi hanya kerana untuk menghadiri perbicaraannya.

Tiba-tiba airmatanya bergenang. "Maafkan Hana bang, selama ni Hana abaikan tanggungjawab Hana." Dulu kalau dia marah, Azzam selalu menenangkan dia dan kalau dia sedih , Azzam selalu ada untuk menghibur dia.

Saat Hana lagi marah-marah, Azzam datang membawa segelas air sejuk lalu diberikan kepada Hana. Habis diteguk Hana. Kemudian Azzam memeluknya sambil berkata, "sayang, jangan marah-marah, Allah suka orang yang sabar." Lembut suaranya meniti ditelinga Hana.

Memori itu makin membuat Hana menyesal. Masihkah ada kemaafan untuk aku, seorang isteri yang nusyuz.

Bahu Hana ditepuk lembut sambil ditegur, "Sabarlah, mak yakin semuanya akan baik-baik nanti. Mak tahu anak mak kuat orangnya jadi Hana jangan risau ya." Mak Piah mengukirkan senyumannya. Hana tahu mak mertuanya mahu menenangkan hatinya.

"Terima kasih mak sebab masih anggap Hana ni menantu mak. Hana minta ampun minta maaf dekat mak. Hana tahu Hana banyak buat salah dekat mak." Tiba-tiba hatinya sebak.
Dia memeluk Mak Piah sambil menangis.

TAKDIRKU | √Where stories live. Discover now