Bab 23

4.8K 225 76
                                    

"kak! Abang! Nuna pergi dulu." Jerit Yumna dari luar rumah. Mencicet dia lari ke kereta Nufayl.

"Wah you look so beautiful." Nufayl sudah sedia membuka pintu kereta.

"Aww thanks awak." Yumna masuk ke dalam kereta dengan hati yang gembira. Belum apa-apa dah rasa bahagia. Jujur, Nufayl sangat pandai menghargai perempuan.

"Kita nak pergi mana ni?" Soal Yumna sambil berkerut kening.

"Tempat yang istimewa." Jawab Nufayl sambil tersenyum.

Yumna juga sudah tersenyum. Mungkin Nufayl nak bawa dia pergi makan ke tempat yang istimewa atau bawa ke tempat kegemaran dia. Lepas tu Nufayl bawa bunga mawar merah sambil nyanyi lagu yang romantic. Oh indahnya.

"Awak? Cantik?" Nufayl menggerakkan tangannya di wajah Yumna.

"Uh hah. Apa?" Yumna tersedar dari lamunannya.

"Amboi mengelamun lagi. Macam mana nak jadi isteri saya kalau nanti mengelamun je." Terhibur Nufayl melihat wajah polos Yumna. Dia ada kecantikkan tersendiri yang orang lain tak ada.

"Hah? Apa tadi?"

"Tak ada apa. Jom! Kita dah sampai." Nufayl keluar dan membukakan pintu untuk Yumna.

Dihadapan mereka sebuah bangunan besar tersergam megah dan kedengaran suara anak-anak kecil ketawa dan bermain.

"Yayasan Qaseh Aurora." Yumna membaca nama bangunan tersebut.

"Jom."

Yumna hanya mengikut sahaja. Dia melihat Nufayl bersalaman dengan pengurus yayasan tersebut dan anak-anak di sana datang sambil memeluknya apabila melihat kehadirannya.

"Awak marilah sini." Yumna melangkah perlahan dengan banyak persoalan dalam fikiran.

"Kak Azah, kenalkan ini Yumna Fariha." Yumna dan kak Azah bersalaman setelah Nufayl memperkenalkan mereka.

"Abang Fayl ini awek abang ke?" Soal salah seorang budak di situ.

Erkk. Nak cakap awek ke tak. Kalau cakap awek takut nanti Nuna tak selesa tapi kalau cakap tak rasa tak sanggup pula.

"Kami kawan je lah." Jawab Yumna sambil tersenyum. Nufayl menghela nafas lega.

Barulah Yumna tahu bahawa Yayasan Qaseh Aurora ni dibuka oleh Aunty Marian untuk anak-anak gelandangan dan juga anak-anak yatim. Murni sungguh hati keluarga ini. Yumna jadi malu bila fikirkan yang dia sempat berangan tentang makan dan sesuatu yang romantik.

"Abang, kakak jom main dengan kami." Belum sempat mereka menjawab, tangan Yumna dan Nufayl sudah ditarik.

"Kita main permainan nenek si bongkok tiga lah." Ajak mereka semua.

Mereka semua membuat bulatan dan saling berpegangan tangan dan Yumna disuruh menjadi nenek. Matanya ditutup dengan kain dan dia berdiri di tengah.

Maka berpusing lah mereka sambil menyanyikan lagu nenek si bongkok tiga.

Nenek nenek si bongkok tiga
Siang malam asyik berjaga
Dimana ada mencari cucu
Nenek nak kahwin dengan raja

Sebaik lagu tersebut habis dinyanyikan. Yumna pula menyanyi.

Cucu-cucu tak dapat lari
Nenek tua banyak sakti,
Sekarang juga nenek mencari
Siapa kena dia yang menjadi.

Sambil itu tangannya mengapai-ngapai dengan mata tertutup. Masing-masing cuba mengelak apabila Yumna sampai dekat mereka. Mata yang tertutup menyukarkan Yumna tapi telinganya peka mendengar tawa kekek anak-anak ini.

TAKDIRKU | √Where stories live. Discover now