Bab 30

5K 235 66
                                    

Cuaca di pantai cukup mendamaikan siapa saja yang menikmati termasuk Zaim. Walaupun hatinya resah. Walaupun fikirannya serabut. Dia mengeluh lagi. Teringat kata-kata Nia waktu sebelum dia mengahwini Yumna dulu.

"Termenung apa? Mengenang nasib malang ke?" Nia tiba-tiba datang dari belakangnya sambil bertanyakan soalan yang lebih kepada perlian.

Zaim menjeling tajam sebagai tanda menjawab soalan Nia tadi.

"Wow. You dah pandai main jeling sekarang. By the way, tahniah ya. Tak sangka taste you macam tu." Nia tersenyum dan sekali lagi kata-katanya seolah mengejek.

"Apa masalah you ni? Tak payah nak perli boleh tak? Kalau nak sakitkan hati lebih baik you blah sana." Zaim mula rasa hendak marah.

"Chill lah. Sejak nak kahwin ni sentap je kerja. Tulah you masa I nak dekat you bukan main you tolak. Sekarang tak pasal kena kahwin dengan orang yang 'lebih cantik' dari I." Nia tahu perkahwinan ini takkan kekal bahagia kerana itu dia tak bertindak melulu. Dia biarkan mereka berkahwin.

"Serabutlah aku macam ni." Zaim meraup wajahnya dengan kasar.

Nia melihat telefonnya. Satu mesej masuk. Dia tersenyum membacanya.

"You rasa bakal future wife tu orang dia macam mana? Baik ke?" Soal Nia tiba-tiba.

Zaim mendongak memandang Nia. Dahinya berkerut cuba memahami maksud pertanyaan Nia.

"Okay I ada benda nak tunjuk. Ikut I." Zaim hanya menurut. Mungkin ada sesuatu yang dia patut tahu.

Nia membawanya ke sebuah taman. Cermin tingkap diturunkan.

"Tengok sana tu." Nia menunding jari tepat ke arah seorang perempuan.

"Yumna." Tutur Zaim perlahan.

Tak lama kemudian dia melihat Nufayl pula datang. Mereka berdua kelihatan mesra dan dengan adegan pujuk memujuk.

"Perempuan macam tu yang you nak kahwin sangat. Bercinta dengan adik tapi nak kahwin dengan abang. You tak rasa ke dia nak rosakkan hubungan keluarga you." Nia cuba memanaskan keadaan.

Zaim mengetap rahangnya menahan marah. Tak disangka betapa hipokritnya Yumna.

"I bukan nak hasut you tapi I cuma tunjukkan kebenarannya. Kalau dia kahwin dengan you, adik you yang sedih. Kalau dia kahwin dengan adik you mesti adik you takkan bahagia sebab dia tak cintakan adik you." Nia menambah lagi minyak pada api.

"Kalau dia nak bermain, baik I akan ikut rentak dia." Semakin melumat kebencian di dalam dirinya terhadap Yumna.

Nia hanya mampu tersenyum. Mudah untuk membuat Zaim marah. Tak ada yang perlu dirisaukan dan kedudukan dia tak akan tergugat kerana Yumna bukanlah saingannya.

Lamunan Zaim terhenti apabila dia mendengar sorakan dari gadis-gadis di pantai. Mereka bersorak untuk Nufayl.

"Gadis-gadis sekalian, terima kasih atas sorakan hebat korang. Kalau korang rasa abang hensem jerit ya." Nufayl dengan papan luncurnya tersenyum bangga.

" Nufayl dengan papan luncurnya tersenyum bangga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TAKDIRKU | √Where stories live. Discover now