Bab 35

5.2K 239 109
                                    

Azzam meraup kasar wajahnya. Dia sangat terkejut dengan apa yang dia baru saja tahu. Cincin itu masih dia pegang. Cincin yang dia masih simpan lagi.

"Mana awak dapat cincin ni?" Soal Nia tiba-tiba.

Entah dari mana Nia datang menjengah ke dapur belakang. Tak jadi Azzam mahu makan. Baru sahaja dia jumpa cincin ni dekat dalam kotak-kotak semalam sewaktu mengemas barang arwah mertuanya.

"Kenapa? Cik Nia kenal ke cincin ni?"

"Cincin tu ada terukir huruf 'BN' kan? " Soal Nia penuh yakin.

Azzam membelek semula cincin itu dan ternyata benar ada ukiran huruf 'BN'.

"Itu cincin ayah saya. Mana awak jumpa?" Nia nampaknya begitu teruja dengan cincin ini.

"Cincin ayah awak?" Azzam semakin bingung.

"Cincin ni ditempah khas dari Paris tanda cinta ayah saya kepada ibu saya. B maksudnya Bakri. N maksudnya Normah. Itu nama ayah dan ibu saya." Tiba-tiba Nia terasa rindu pada ayah dan arwah ibunya.

"Ja.. jadi Pak Cik Bakri tu ayah awak?" Soal Zaim memohon kepastian. Nia mengiyakannya. Automatik segala maklumat dirungkaikan. Azzam begitu terkejut. Dia cuba meminta lagi kepastian dari Nia.

"Zam kenapa ni? Awak kenal ke dengan ayah saya?" Nia merasakan seperti ada yang tidak kena. Ada sesuatu yang Azzam tahu.

Tanpa menjawab soalan Nia, Azzam terus bergegas pulang ke rumah. Teriakkan dari Nia langsung tak dia endahkan.

Tangan Azzam menggigil sambil memegang cincin itu. Airmatanya mula jatuh berjujuran. Terus memorinya terimbas lagi pada wakt dia mahu membayar bil hospital.

"Cik saya nak bayar bil untuk mangsa yang kena langgar tadi tu." Azzam sudah memegang dompetnya.

"Maaf ya atas nama siapa?"

"Encik Manap."

"Oh semuanya dah dibayar cik."

"Dah bayar? Siapa yang bayar?"

"Orang yang langgar mereka. Dia yang bayar.

"Boleh saya tahu siapa dia? Cik ada maklumat tentang orang tu?" Azzam berharap dapat berjumpa dengan orang itu jika dia masih ada di Hospital ini lagi.

"Maaf tak ada tapi tadi dia tertinggal cincin dia dekat kaunter ni." Melihat Cincin itu, Azzam nekad mahu menyimpannya.

"Abah"

"Mak"

Hanya itu yang dia mampu sebut. Sedih mengenangkan mertuanya. Sedih memikirkan bagaimana nanti nasib Hana.

"Awal balik Zam?" Tegur Pak Bakri yang entah dari mana datang.

Azzam memandangnya dengan penuh kekecewaan. Hatinya bercampur baur.

"Apa ni?" Azzam menyuakan cincin itu pada Pak Bakri.

"Ma.. mana kamu dapat? Ni cincin pak cik." Terbeliak matanya.

"Jadi betullah. Pak cik orang yang langgar abah dan mak Hana. Pak cik orang yang tinggalkan mereka dan hanya bertanggungjawab dengan duit." Luah Azzam. Walaupun dia hanya menantu namun sakitnya tetap terasa.

"Maafkan Pak cik." Pak Bakri sudah terduduk lemah. Bagaimana dia boleh lupa tentang cincin itu. Dia ingatkan cincin tu dah hilang atau tercicir dekat mana-mana.

"Cik saya nak bayar kos perubatan mangsa yang saya langgar tadi." Pak Bakri sudah siap dengan dompetnya. Nia hanya memeluk tubuh sambil menunggu.

TAKDIRKU | √Where stories live. Discover now