Bab 36

4.7K 221 83
                                    

"woi! Cepatlah sikit. Lembab betul!" Jerit Zaim.

Yumna mendengus kasar. Sesuka hati je suruh cepat. Lepas subuh dah ajak jogging.

"Kejaplah!" Jawab Yumna.

"Tulah kau. Tak pernah bersenamlah tu. Takde stamina. Lari tak sampai 5minit dah mengah." Bebel Zaim.

Yumna merenung tajam kearahnya. Mahu saja dia baling batu. Engkau bolehlah cakap. Kau tu naik basikal. Aku ni berlari. Guna kaki bukan tayar.

"Apa tengok aku macam tu? Tak puas hati?" Sengaja Zaim buat muka garang.

"Apa tengok aku macam tu? Tak puas hati?" Sengaja Zaim buat muka garang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Memang!" Jawab Yumna. Malas layan Zaim. Dia berlari meninggalkan Zaim sendirian.

Daripada layan Zaim lebih baik dia tengok pemandangan dari kaki bukit. Boleh tengok rumah mereka dari bawah.

"Wewitt awek jogging." Zaim mengayuh basikal perlahan di belakang Yumna.

Yumna hanya mendiamkan diri sambil meneruskan lariannya.

"Amboi sombongnya. Nanti kau." Sengaja Zaim biarkan Yumna jauh lari dari dia. Kemudian basikalnya dikayuh laju menghampiri Yumna.

PAP! Bontot Yumna dia tepuk dan kemudian dia mengayuh laju meninggalkan Yumna.

"Hoi!" Jerit Yumna terkejut.

Mengekek Zaim ketawa dari depan. Puas dapat sakitkan hati Yumna lagi.
Yumna pula rasa nak menangis. Rasa nak lempang je Zaim laju-laju.

Yumna balik ke rumah dalam keadaan berpeluh. Habis hampir 40minit dia berjogging. Dia mengelap peluh yang masih menitis di dahi. Tiba-tiba dia disapa oleh satu suara.

"Oi gigih berlari? Berapa kilo dah turun?" Pertanyaan itu seolah mengejeknya.

Yumna menyilangkan tangannya sambil mengetap rahang. Bahang semasa berlari tak hilang lagi dah terasa bahang di hati. Tak boleh ke sekali je dia ni menyenangkan hati.

"Apa? Tak puas hatilah tu?" Zaim tersenyum sinis. Belum sempat Yumna menjawab, Zaim sudah membuka bajunya. Woi tak malu ke?!

"Apa benda awak ni?" Yumna sudah menutup matanya dengn tangan.

"Hek eleh. Kau nak malu apesal. Aku nak tunjuk sixpack aku ni. Berkat senaman tau. Kau pun kena buat juga. Baru ada stamina baru sihat." Zaim terasa bangga dengan bentuk tubuhnya ditambah lagi dengan wajahnya yang kacak.

"Ya tahu tapi pakai jela baju tu." Jawab Yumna sambil menutup mukanya dengan tangan.

"Okay dah." Jawab Zaim sambil tersenyum. Perlahan-lahan Yumna mengalihkan tangannya dari wajahnya. Membulat matanya menahan air liur. Zaim tipu! Dia tak pakai baju lagi.

"Woi! Takkan kecur tengok body aku kot?" Soal Zaim sambil tersenyum.

Yumna mula mengelebah. Dia perlu mencari alasan. Dia melihat Zaim memegang kotak pizza.

TAKDIRKU | √Where stories live. Discover now