Bab 9

5.4K 279 125
                                    

Sejak kejadian mereka diserang Mak Kiah, Yumna tak banyak bercakap. Dia tak seceria dulu yang suka bergurau dan menyakat. Yumna lebih suka berkurung di dalam biliknya.

"Nuna, ikut akak jom." Hana mahu membawa Yumna keluar membeli barang dapur. Siapa tahu dengan begitu Yumna akan melupakan kejadian buruk itu dan tak bersedih lagi.

"Ermm malaslah." Dia menekup mukanya dengan bantal.

"Ala jomlah. Jom sayang." Hana sudah memeluknya dengan kuat.

"Eiii gelilah! Pergilah manja dengan suami sendiri." Marah Yumna yang kegelian.

"Ok. Takpelah. Baru nak manja dengan adik sendiri dah kena halau macam ni. Keluar berdua pun tak nak." Makin mendatar suara Hana. Dia bangun ingin meninggalkan Yumna sendiri.

Yumna mula merasa bersalah.

"Okay. Nuna ikut." Yumna menarik nafas sambil memejam matanya. Sabar jela dengan akak sorang ni.

"Yeay! Ok siap cepat akak tunggu dekat depan."

Yumna bangun dengan malasnya dan membetulkan rambutnya. Tiada apa yang nak disiapkan kerana semua dah siap.

Ketika mereka di pasar, Hana menyuruh Yumna menunggunya sebentar kerana dia mahu membeli sayur.

"Semua dah beli, tinggal sayur je. Nuna tunggu sini akak pergi kejap je." Hana menyerahkan beberapa beg plastik kepada Yumna untuk dipegang.

Dari jauh kelihatan Mak Kiah dengan beberapa orang Mak Cik sedang berbelanja barang dapur.

"Hah ni lah budak yang aku cakap tu." Tiba-tiba Mak Kiah menunding jari ke arahnya.

"Eh eh kiah betullah. Ishh takutlah aku nak makan dekat kedai satay tu." Kata salah sorang Mak Cik tersebut.

"Tulah aku cakap korang tak percaya. Tengok sendirilah. Dah lah hodoh. Entah-entah dia dah serah tubuh pada jin pelaris tu." Kata Mak Kiah sambil memandang sinis pada Yumna.

"Ish seramlah. Jom lah pergi dari sini nanti ada pulak yang mengikut kita." Ajak sorang lagi kawan Mak Kiah.

Mak Kiah nampaknya masih belum berpuas hati menghinanya. Dia mengambil buah oren yang dibelinya lalu dilempar pada Yumna.

Yumna sudah menutup mukanya. Namun mengapa tak merasa seperti dilempar. Mak Kiah dah pergi ke?

Saat dia membuka mata dia melihat seorang lelaki sedang menghadang dirinya supaya Yumna tak terkena buah yang dibaling oleh Mak Kiah.

Lelaki itu tersenyum sambil menahan kesakitan apabila buah oren tadi terkena belakang badannya. Mak Kiah dan kawan-kawannya sudah pergi. Barangkali takut dimarahi orang ramai. Lempar buah sembunyi tangan. Dasar Mak Kiah!

"Awak okay?" Soal lelaki itu.

Serta merta Yumna menangis. Sedih dihina dan hampir dilempar buah.

"Lah tak kena kan buah tadi tu. Janganlah nangis." Lelaki tadi duduk disebelahnya.

Yumna masih tetap menangis.

"Cantik, janganlah nangis." Lelaki itu mengusap airmata Yumna.

Saat itu Yumna terkedu. Belum pernah mana-mana lelaki mahu mendekatinya apa lagi mengusap airmatanya.

"Nuna tak cantik." Kata Yumna perlahan.

"Hey cantik, Look at me. Biar orang nak kata apa tapi awak jangan cakap diri awak macam tu. Saya tak rasa pun yang awak tak cantik." Pujuk lelaki itu.

Yumna hanya memandang lelaki itu tanpa berkata apa-apa. Dia sudah pun berhenti menangis. Entah mengapa lelaki ini seperti berjaya memujuknya.

"Hah macam tula. Jangan nangis lagi ok cantik? Senyum sikit and awak dah nampak sempurna di mata saya."  Dia mengenyitkan matanya.

TAKDIRKU | √Onde histórias criam vida. Descubra agora