Bab 6

7.3K 326 133
                                    

Sejak kejadian malam itu Hana lebih banyak mendiamkan diri. Mungkin masih terkejut diperlakukan seperti itu. Dia duduk di tepi birai katil sambil termenung.

Tiba-tiba terasa dia dipeluk dari belakang. Dia menoleh kebelakang dan Azzam sudah pun meletakkan dagunya di atas bahu Hana. Seketika wajah mereka terlalu dekat. Hana terus memalingkan wajahnya. Wajahnya terasa membahang.

"Kenapa sayang? Ada yang mengganggu fikiran sayang?" Soal Azzam lembut.

Hana tersenyum tawar lalu menggeleng.

"Sejak bila sayang abang ni pandai simpan sendiri ni? Ermm tak nak cerita ke?" Makin lembut suara Azzam.

Jantung Hana mula berdegup kencang. Nafas Azzam di lehernya membuatkan dia tak keruan. "Abang jangan goda Hana please." Getus hatinya.

"Hana cuma teringatkan kejadian tu je." Jawab Hana ringkas. Dia cuba menghilangkan gemuruhnya. Tenang Hana tenang.

"Janganlah ingat lagi benda dah lepas tu. Cuba ingat abang ni hah. Tak sayang abang ke? Ermmm." Azzam menguatkan pelukannya sambil mencium pipi Hana bagaikan Hana ni seorang bayi. Azzam semakin geram melihat Hana menggigit bibirnya.

"Lemaslah Hana macam ni bang." Dia cuba melepaskan dirinya dari dipeluk Azzam.

"Kalau lemas abang bagi sayang cpr. Mana mulut tu meh sini abang bagi cpr." Azzam sudah pun memegang muka Hana.

Gatal sangat kenapa lahai suami aku ni. Rasa macam udang bakar dah muka Hana ni duk malu tapi mahu.

"Abangggg. Mengadalah." Hana sudah merengek kerana terus disakat Azzam.

Azzam tertawa kecil. Seronok woi layan bini. Kihkihkih.

"Sayang " Azzam memanggilnya lembut.

"Ermm." Hana lantas memandang wajah suaminya. Azzam sudah mula tersenyum gatal. Dari matanya fahamlah Hana pasti 'itu' yang diinginkan.

"Boleh, tapi pergi kunci pintu dulu nanti tak pasal Nuna terjah." Hana sudah tersenyum malu.

"Ok darling. Muah!" Azzam terus mencium pipinya dan kemudian mengunci pintu bilik.

Kemudian dia jalan seperti pencuri dengan hanya menjingkitkan jari kakinya. "Jaga-jaga rimau datang nak terkam. Aumm!!"

Hana sudah menarik selimutnya. "Kalau rimau tu seksi, mangsanya sanggup tadah body je. Ahaks!" Hana membalas kata Azzam.

Azzam sudah tersengih suka. Kihkihkih. Dia terus menerkam Hana di atas katil. Mata mereka saling bertentang mata.

"Can we start now sayang?" Bisik Azzam. Hana hanya mengangguk. Bini dah bagi greenlight apa lagi kita ngap! 

Selepas itu mereka membaca sepotong doa dan semoga hubungan ini diberkati Allah.

💋💋💋💋💋💋💋💋

Zaim Dayyan masih lagi terkenangkan wajah si gadis penjual satay itu. Wajahnya naif dan polos, Rajin bekerja, tak lekang dengan senyuman.

"Sayanggg." Tegur Nia manja.

"Hana." Terpacul keluar nama itu dari mulut Zaim. Terkejut tiba-tiba Nia menyentak lamunannya.

"Hana? Siapa Hana?" Nia sudah merenung tajam wajah Zaim.

"Err.. takde siapa." Jawab Zaim. Macam mana boleh tersasul nama dia ni. Kenapalah asyik ingat dia.

"You tipu! You ada perempuan lain kan? Baik bagitau cepat!" Nia sudah mula naik angin.

"Sayang, please jangan macam ni. I cuma sayang you. Kan kita nak kahwin." Zaim cuba memujuknya.

Sebut pasal kahwin Nia mula terdiam. Bagi wanita bekerjaya sepertinya, dia belum bersedia untuk berkahwin. Baginya dia mahu berjaya dan mencapai segala cita-citanya.

"Kenapa senyap? You tak nak kahwin dengan I?" Soal Zaim pula.

Nia mula mengeluh sambil memandang Zaim minta difahami.

"Sayang dah dua tahun tau I tunggu. Umi dengan Abah dah bagi I peluang untuk I tentukan pilihan I sendiri. You nak kecewakan mereka ke?" Tiba-tiba Zaim mula serius. Dia tak suka bermain-main dalam hal serius seperti ini.

"I nak kahwin dengan you tapi... Bagi I masa lagi ok sayang?" Nia pula memujuk.

"Sampai bila? Sampai umur I nak masuk 30 tahun ke?" Soal Zaim sinis.

"Sayang.." Nia mula kelu seribu.

"Dah lah. I nak balik. You fikirkanlah dan buat keputusan. I nak kata putus." Zaim terus meninggalkan Nia sendirian.

Apa yang akan dia katakan pada Umi dan Abah. Dia malu pada mereka. Umi dan Abah dah bagi dia peluang untuk tentukan pilihan hatinya sendiri tapi dia takut akan kecewakan mereka. Hai Nia kenapalah kau buat perangai.

Zaim duduk sebentar di dalam kereta. Belum mahu dia masuk ke rumah. Seketika dia teringatkan kata-kata Umi dan Abahnya.

"Abah bukan memaksa Zaim, abah cuma tak nak Zain jadi macam abah. Umur 30 baru nak kahwin. Tengok sekarang umur abah dah masuk 54 tahun tapi anak-anak baru nak dewasa." Lembut khai bercakap dengan anak sulongnya.

"Tapi abah tua-tua pon steady lagi. Body sado lagi apa. Abah kuat lagi apa silap-silap Zaim dapat adik lagi sorang ni. Hehehe." Dia menjeling ke arah uminya.

"Apa?" Marian menoleh pula ke arah suaminya. Khai merenung ke arah Marian. Serta merta Marian menelan air liurnya.

"Abang jangan nak macam-macam. Ingat umur bang." Serta merta muka Marian sudah memerah. Malu diperhatikan begitu apalagi bila anaknya cakap pasal adik lagi.

"Apa? Abang tengok bini sendiri tak boleh ke?" Khai sudah membuat muka tak bersalah namun dia cuba menahan diri dari ketawa akibat melihat wajah Marian yang sedang menahan malu.

"Hah Zaim jangan nak tukar topik pulak. Abah cakap pasal kamu boleh pulak dia cakap pasal kita." Bebel Marian bagi menghilangkan malunya.

Zaim sudah menggaru kepalanya yang tak gatal. Tahu mereka serius tentang hal yang satu ini.

Zaim kemudian melutut dihadapan abah dan uminya sambil memegang tangan mereka lalu dikucupnya.

"Zaim sayang abah dengan umi. Terima kasih sebab bagi peluang untuk Zaim tentukan pilihan hati Zaim sendiri." Terasa sebak hatinya.

"Abah dan umi tak nak memaksa tapi kalau boleh janganlah lama-lama. Tak manis ke sana sini dengan anak dara orang. Umi dengan abah dah beri didikan agama pada anak-anak kami." Tegur Marian lembut. Dia menggosok lembut bahu anaknya.

"Zaim minta maaf umi, abah. Nanti Im cakap dengan Nia pasal ni." Terasa bersalah dengan orang tuanya.

Zaim mengeluh berat. Dia meraup kasar mukanya. "Kenapa awak macam ni Nia. Awak nak kahwin ke tak dengan saya." Kesal dengan sikap Nia yang seperti bermain tarik tali.

Tiba-tiba dia teringatkan Hana. Teringat pada wajah dan senyuman manis Hana.

Dadanya berdebar-debar. "Ya Allah, kenapa dengan aku ni?"

"Siapa awak sebenarnya Hana?" Dia tersengih sendirian. Namun senyuman termati taktala teringatkan gadis disebelah Hana.

"Perempuan tu. Kenapa dia ada dengan Hana? Adik dia ke?"

Zaim malas untuk memeningkan kepala bagi persoalan yang dia belum dapat jawapannya. "Abaikan Zaim, sekarang ni masalah kau Nia. Susah sangat nak ajak kahwin."

Sekali lagi dia mengeluh berat.

_______________________________________

Huiii.. thanks bagi yang follow cerita ni. Happy reading, vote and comment ya guys :)

TAKDIRKU | √Where stories live. Discover now