Bab 1

16.5K 584 83
                                    

Barang terakhir baru sahaja diturunkan dari lori dan duit upahnya sudah pun di serahkan. Hana memandang Azzam dengan senyuman. Terasa lega apabila mereka kini berada di rumah baru dan akan memulai kehidupan baru bersama adiknya Nuna dan ibu mertuanya.

Hampir 4jam mereka membersihkan rumah baru mereka. Dari mengecat hinggalah mencuci lantai. Mereka juga dibantu oleh Nuna. Alhamdulillah ini permulaan yang baik bagi mereka.

"Terima kasih abang." Hana mengelap peluh pada dahi Azzam.

"Ini tanggungjawab abang dan abang dah janji dengan arwah abah." Azzam memegang tangan Hana yang mengelap peluhnya tadi. Mereka berdua saling tersenyum.

"Ehem! Pengantin baru kalau ya pun habiskanlah kerja dulu. Tak kesian ke dekat Nuna yang bujang ni." Yumna sudah mencebik melihat akak dan abang iparnya bermesra. Dia meletakkan dulang berisi minuman untuk mereka.

"Amboi, abang tengok Nuna ni. Bukan main jeles tengok kita." Makin galak Hana mahu mengusik adiknya.

"Abang haus ya. Ala kesiannya hubby kita." Hana mengambil gelas yang dibawa oleh Nuna tadi sambil tersenyum mengejek.

"Menyampah!" Nuna mencebik dan terus masuk ke dapur. Hana mula tertawa melihat reaksi adiknya.

"Suka betul sakat orang ya. Nanti abang sakat sayang pulak ya malam ni." Azzam memandang Hana sambil tersenyum nakal.

Serta-merta muka Hana mulai memerah dan pipinya terasa bahang. Dia mulai merasa gugup.

"Dah abang nak mandi. Nak maghrib dah ni." Azzam dengan pantas mencium pipi Hana dan terus masuk ke bilik meninggalkan Hana sendirian di ruang tamu.

Hana masih termangu di ruang tamu sambil memegang pipinya yang dicium oleh Azzam tadi. Wajahnya masih memerah namun terukir senyuman di hujung bibirnya.

Azzam yang memandang Hana di sebalik daun pintu tertawa kecil. Makin galak nanti dia mahu menyakat Hana. Dia sudah tersenyum sendirian.

"Abah jangan risau, menantu abah yang baik ni akan jaga anak abah macam bini dia sendiri." Bisik hatinya. Tak menyangka dia akan menjadi menantu pilihan.

"Hah buat apa?" Tiba-tiba Hana menyergahnya.

"Hah? Apa? Tak ni hah pintu ni lawa pula design dia." Serta merta Azzam membelek-belek pintu biliknya.

"Jangan nak mengada. Kata nak mandi, dah kenapa tercegat kat sini?" Soal Hana kehairanan.

"Abang tunggu sayanglah. Kata nak mandi sesama." Azzam sudah tersenyum miang.

Hana memukul bahu Azzam dan menjegilkan biji matanya. "Abang ni! Malu tau kalau Nuna dengar. Mengada betullah." Sengaja Hana marah bagi menutup rasa malu dan gugupnya.

"Hahaha yelah. Orang gurau je. Ni abang tak tahu awak letak tuala dekat mana." Azzam masih lagi tersengih sambil menggaru-garu belakang kepalanya yang tidak gatal.

Hana terus membuka pintu almari dan mengambil sehelai tuala bewarna biru dan memberikannya pada Azzam.

"Dah pergi mandi. Baju nanti saya gantung dekat pintu almari. Saya nak tengok Nuna dekat dapur kejap." Segera Hana keluar dari bilik. Dia perlu menenangkan dirinya. Dari tadi jantungnya berdegup kencang. Terasa sangat berdebar.

"Ya Allah, kenapalah aku rasa macam ni. Kenapa aku rasa malu dengan suami aku." Dia menarik nafas dan memejamkan matanya untuk menenangkan dirinya.

Sebaik masuk waktu magrhib mereka semua solat berjemaah. Aisyah, ibu kandung Azzam duduk dikerusi roda kerana lumpuh akibat dari kemalangan yang meragut nyawa suaminya dulu.

Selesai bacaan doa, Hana bersalaman dengan Azzam dan mencium tangannya.

"Ya Allah sweetnya sampai Nuna rasa nak kahwin je." Tegur Nuna yang sedang tersengih melihat abang ipar dan kakaknya.

"Auchh! Sakitlah!" Yumna menyapu pehanya yang dicubit oleh Hana.

"Tak habis-habis. Baru je lepas baca doa." Hana menjeling tajam pada Yumna.

Azzam tersengih melihat gelagat dua beradik itu. Mungkin ada hikmah disetiap apa yang terjadi. Dia tahu dia kini bukan saja memegang tanggungjawab pada ibunya tapi juga pada isteri dan adik iparnya.

🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿

Bakri masih termenung di pejabatnya. Dia masih kesal kerana telah melanggar orang pada malam itu.

Nia masih marahkannya atas kejadian itu dan kini kurang bercakap dengannya.

"Ayah nak tengok buat apa lagi? Sekarang ni lepas keadaan ayah dah ok kita akan balik." Marah Nia.

"Ayah kena bertanggungjawab. Ayah dah langgar mereka." Bakri tetap merasa bersalah.

"Kita dah bawa mereka ke Hospital dan dah bayar bil dorang. Jadi nak tanggungjawab apa lagi? Boleh tak ayah dengar cakap Nia? Sebab kedegilan ayah nilah kita dapat susah!" Bentak Nia. Dia lantas meninggalkan Bakri sendirian di dalam wad. Bengang barangkali.

Bakri terpaksa akur. Dia tak mahu memperkerohkan lagi keadaan. Perlahan-lahan airmatanya mengalir di tubir matanya. Mungkin terkesan dengan Nia yang membentaknya tadi.

Bakri mengeluh lagi.

"Boleh saya masuk?" Kata pengurus restorennya. Bakri dan Nia sama-sama mengusahakan restoren mewah yang sebelumnya hanyalah restoren biasa.

"Silakan Sarah." Wanita yang dalam lingkungan 40-an itu duduk dihadapan Bakri.

"Encik, kenapa ni? Akhir-akhir ni saya tengok Encik banyak termenung?" Sarah begitu mengambil berat pada Bakri. Dia sudah menggangap Bakri seperti ayahnya sendiri.

"Hidup saya kosong. Saya merasa sunyi. Anak-anak saya semua dah besar dan ada kehidupan sendiri. Abang dan kakak Nia masing-masing dah jarang tengok saya." Luah Bakri dengan sedih.

"Saya dah kerja dengan Encik dah lama. Saya dah anggap Encik macam ayah saya. Kalau saya boleh cadang, sebaiknya Encik kahwin lagi dan bina kehidupan baru." Sarah berharap Encik Bakri boleh pertimbangkan cadangannya.

"Saya rasa saya tak perlukan semua tu. Tak apa Sarah. Saya rasa saya nak berhenti dan serahkan kerja saya ni pada Nia. Saya nak pulang ke kampung. Saya rasa saya hanya akan susahkan anak saya." Mungkin itu yang terbaik itu semua.

"Anak-anak memang patut jaga Encik dan merasa sedikit susah kerana Encik juga dah merasa susahnya menjaga anak-anak dari mereka kecil." Sarah mula merasa agak geram dengan anak-anak Encik Bakri. Masing-masing dah besar tapi tak ada seorang pun yang peduli dan kesah pasal ayah mereka sendiri.

"Tak apalah Sarah, saya nak bersendirian. Awak keluarlah dulu ya." Encik Bakri cuba kelihatan gembira dihadapan Sarah dan tak mahu dia risaukan masalahnya.

Setelah Sarah keluar, dia bangun dan melihat jendela. Jujur hatinya hiba. Dia mengeluh berat.

Apa yang dirindukan oleh semua ibu bapa terhadap anak-anaknya yang sudah mempunyai keluarga sendiri dan mampu berdikari adalah masa dan kasih sayang mereka. Sama seperti apa yang anak-anak perlukan dari ibu bapa sewaktu mereka kecil.

Ketika anak-anak masih kecil dan sangat bergantung pada orang tua, mereka tidak ada orang lain selain ibu dan ayahnya. Akan menjadi sangat bererti buat anak-anak adalah semangat dan kasih sayang dari orang tua mereka. Begitulah sebaliknya ketika ibu bapa pula yang memerlukan anak-anak mereka kerana selama mereka berjuang hidup, anak-anaklah semangat hidup mereka.

"Normah, saya rindukan awak. Saya rindukan kehidupan kita dulu." Bakri mengesat airmatanya sambil menatap foto arwah isterinya.


_______________________________________

Happy reading guys! Vote and comment okay :)

TAKDIRKU | √Where stories live. Discover now