Bab 37

5.1K 213 92
                                    

Wajah Hana masam mencuka taktala melihat Azzam disuap mertuanya. Dia merasa tersisih. Sejak akhir-akhir ini Azzam selalu luangkan masanya bersama Mak Piah dibanding isterinya sendiri. Dia merasa seperti tidak wujud dihadapan mereka. Seperti dia ini adalah penghalang antara mereka.

"Asyik mak je!" Getus Hana dalam hati.

"Sayang kenapa termenung ni? Makanlah nanti sejuk pula makanan tu." Tegur Azzam dan kemudian dia membuka mulut apabila Mak Piah mahu menyuapnya.

"Mak. Mak masak tak pernah tak sedap. Kalau hari-hari mak suap mahu tak gemuk Zam ni." Kata Azzam dengan mulut yang penuh dengan makanan.

"Zam! Mulut penuh jangan cakap. Kunyah dulu makanan tu." Mak Piah menepuk lembut lengan anaknya.

Azzam hanya tersengih dengan pipinya yang kembung kerana mulutnya masih penuh dengan makanan.

"Aku memang jadi tunggul ke apa kat sini?" Rungut Hana dalam hati. Geram melihat Azzam yang mengada sangat nak bersuap bagai.

Seleranya termati apabila melihat mereka bermanja. Entah mengapa perasaan ini boleh hadir tapi dia tak dapat menolak apa yang dia rasa. Kadang dia rasa mahu menangis. Azzam seperti dah tak memperdulikannya. Azzam dah tak sayang dia lagi.

"Uit sayang. Berangan apa tu? Makanlah." Tegur Azzam sedari tadi melihat Hana tak menjamah makanan.

"Kenyang." Dia bangun lalu menolak kerusi kebelakang.

"Eh nak kemana tu?" Soal Azzam hairan. Berangin semacam bininya ni.

"Sejak bila abang kesah Hana nak pergi mana." Hana terus meluru masuk ke dalam bilik. Malas berhadapan dengan suami dan mak mertuanya.

"Abang tak sayang Hana." Airmatanya mula mengalir. Biarlah dia menangis sendirian di dalam bilik. Dia tak nak mengganggu kebahagiaan suami sendiri. Mungkin dia memang tak diperlukan lagi.

Tak lama dalam 10 minit, Hana tertidur. Wajahnya sembab kerana menangis. Sedang lena tidur dia terasa wajahnya dioles lembut. Perlahan-lahan kelopak mata dibuka.

"Sayang." Azzam tersenyum namun senyuman itu langsung tak memberikan apa-apa kesan pada Hana.

"Awak nak apa?" Soal Hana dingin.

"Kenapa marah-marah ni? Cuba cerita dengan abang." Azzam masih lembut memujuk.

"Mana ada marah. Saya tak marah. Tak ada apa yang nak dicerita jadi boleh tak awak pergi je kerja jangan kacau saya." Hana menutup mukanya dengan selimut.

Azzam menghela nafasnya. Apa kena dengan Hana ni. Asyik nak marah je. Lepas tu bila tanya tak nak cakap pula. Nanti alasan orang perempuan mesti akan cakap 'awak pikir sendirilah'. Dia tak nak bagitahu tapi dia nak kita tahu. Macamlah orang lelaki ni alert sepanjang masa.

"Okay kalau saya ada buat salah saya minta maaf tapi awak jangan macam ni boleh tak? Macam budak-budak awak tahu tak." Azzam mula merasa geram dengan tingkah Hana.

Hana membuka selimut sambil menjeling tajam.

"Hah yela. Saya kan budak-budak. Awak sorang je yang matang. " Hana mula merasa sebal. Mula-mula Azzam tak peka dengan perasaan Hana. Lepas tu Azzam gelar dia budak-budak. Orang lelaki kalau cakap mesti tak fikir perasaan orang!

Azzam rasa mahu menghentak kepalanya ke dinding. Dia tak bermaksud nak kata Hana macam budak-budak. Eii kenapa ke situ pula dia pergi fikir.

"Okay maaf. Sekarang ni cuba Hana beritahu apa yang Hana tak puas hati sangat tu." Selagi masalah ini tak selesai selagi itu dia akan terus memaksa. Kalau dibiarkan berlarutan akan terjadinya drama dilwale dalam bilik ni.

TAKDIRKU | √Where stories live. Discover now