Bab 34

4.6K 248 74
                                    

"Abang."

Hana mengeluh lagi. Azzam masih duduk sambil menonton tv. Dengan rasa geram, Hana mengangkat kotak-kotak lama dan letakkannya di atas meja depan Azzam.

"Tolong Hana pilih barang untuk hantar dekat Nuna." Tegas Hana.

"Abang mana tahu barang apa." Rungut Azzam. Dia nak tengok bola pun tak senang.

"Barang-barang arwah mak dengan abah lah. Dekat bilik ada lagi. Abang masukkan kat dalam kotak kosong yang ni. Lepastu ada lagi barang Nuna yang dia tak sempat bawa." Terang Hana panjang lebar. Orang lelaki ni kalau kita suruh itu, itu jelah yang dia buat.

"Yelah abang buat la ni." Azzam menjeling ke arahnya. Perlahan-lahan kotak dihadapannya dibuka. Satu persatu gambar-gambar lama di keluarkan.

Azzam tersenyum sendiri melihat gambar arwah mertuanya.

"Bah, Zam dah tunaikan janji Zam. Zam dah jaga Hana dan Yumna dah kahwin. Abah jangan risau okay." Dia mengesat airmata yang mengalir di tubir mata.

"Barang apa ni Zam? Berkotak-kotak pak cik tengok." Pak Bakri duduk bersamanya di ruang tamu.

"Barang-barang mertua saya. Nak hantar pada Nuna. Pejam celik dah nak dekat setahun arwah meninggal." Rindu pula nak sakat mertuanya ini. Selalu Azzam menyakat Pak Manap masa dia tolong menjaga satay. Nak mengorat anak Pak Manap punya pasal kenalah ambil hati abahnya dulu.

"Oh. Boleh saya tengok?" Setelah Azzam mengizinkannya, Pak Bakri melihat gambar dari tangan Azzam.

Dia seperti mengenali mereka yang ada di dalam gambar itu. Namun masih belum dapat dia mengingati dengan jelas.

"Zam, pak cik nak tanya. Dorang meninggal sebab apa ya?"

"Kena langgar. Sampai sekarang kami tak tahu siapa." Azzam menunjukkan wajah kesalnya.

Pak Bakri duduk termangu. Tangannya mula menggeletar. Memorinya mula terimbas pada kejadian malam dia melanggar pasangan suami isteri yang menunggang motor itu.

"Allah, tak mungkin." Bisik hati Pak Bakri. Macam mana takdir meletakkan dia hidup di sini. Dia dah langgar orang tua Hana tapi mereka menerima dia seperti sebuah keluarga.

"Pak cik? Kenapa ni?" Azzam semakin pelik melihat tingkah Pak Bakri yang aneh. Tangannya menggeletar memegang gambar itu.

"Ta.. tak ada apa." Pak Bakri berdehem bagi menghilangkan rasa gugup dan terkejutnya.

"Zam, kalau kamu jumpa dengan orang yang langgar kamu tu kan kamu akan maafkan dia ke?" Pak Bakri masih berkira-kira mahu berterus terang.

"Hana takkan maafkan dia." Hana tiha-tiba menyampuk entah dari mana. Dia datang membawa sekotak lagi barang untuk dihantar pada Yumna. Pak Bakri dan Azzam menoleh memandangnya.

"Sayang." Azzam tahu Hana ini orangnya suka memendam dan menyimpan perasaan itu hingga apa yang dia rasa tu terserlah dengan perbuatannya.

"Kalau dia bertanggungjawab, dia berani berdepan dengan kita. Bukan tinggalkan arwah mak dengan abah dekat Hospital macam tu. Dia fikir dengan dia bawa abah dengan mak ke Hospital dan bayarkan semua bil, segalanya akan berubah ke? Tak bang." Jelas hatinya masih sakit. Pemergian abah dan mak sangatlah tak dijangka.

Pak Bakri diam tak berkutik. Dia semakin rasa bersalah. Hatinya tak sanggup berterus terang. Bagaimana kalau Hana tak maafkan dia. Dia dah anggap mereka seperti anak dia sendiri.

"Shh.. dah sayang. Istigfar." Azzam cuba menenangkan dia. Belakang Hana digosok perlahan.

"Hana rindu mak dengan abah." Hana terus memeluk Azzam sambil menangis. Hatinya sakit kehilangan.

TAKDIRKU | √Where stories live. Discover now