Prolog

41.9K 1K 187
                                    

Kepada pembaca baru, jangan segan untuk berikan komen dan vote anda.

---------

Waktu hampir menunjukkan jam 10 malam. Terasa bayu malam menusuk ke dalam tulang. Azzam Muqris membuka topi keledarnya. Dia duduk sebentar di atas motor ex5 nya. Sebelum dia ke arah warung satay Pak Manap, dia melihat cermin motornya dan membetulkan rambutnya dahulu.


"Ok Azzam kau dah kacak." Sempat dia mengenyitkan matanya sambil melihat cermin motornya.

"Hah! Zam. Kamu datang tepat pada masanya. Boleh jaga warung ni kejap tak dengan Yura? Pak cik dengan Mak cik nak balik kejap Tengok Nuna, dia demam tu." Begitu bercahaya wajahnya sebaik melihat Azzam.

"Ala Pak Manap ni macam tak biasa je. Kan Zam selalu tolong kat warung ni hah." Azzam sudah membuka jaketnya dan mengambil kipas dari tangan Pak Manap. Sempat dia menjeling ke arah Hana Yusra yang sedang menceduk kuah kacang untuk dibungkus.

"Hah elok la tu. Terima kasih ya Zam. Yura! Abah dengan Mak balik dulu." Selepas bersalaman dengan Azzam, Pak Manap dan isterinya terus menunggang motosikalnya untuk pulang.

Sambil mengipas-ngipas satay, Azzam masih lagi curi-curi pandang ke arah Hana. Comel betul anak Pak Manap ni. Untung Pak Manap kalau dapat menantu macam aku. Dia mula tersengih sendirian. Tangannya masih mengipas-ngipas satay.

"Hah! Tengok apa tu?" Sergah Hana. Azzam yang terkejut dengan sergahan Hana terketuk muka Hana dengan pengipas satay. Terketuk ok.

"Adoi! Sakitlah!" Hana sudah menjeling tajam kearahnya.

"Sorry. Zam tak sengaja. Hehe." Terus pengipas tadi diletak di atas meja. Serba salah bila melihat ada kesan merah pada wajah Hana.

"Itulah berangan lagi. Mata tu sampai tak berkerdip langsung. Rasa nak cucuk je dengan lidi satay ni." Hana sudah memuncungkan mulut. Geram apabila mukanya diketuk dengan kipas satay padahal niatnya mahu membuat Azzam terkejut.

Azzam mula rasa bersalah. Hana kini sibuk mengemas barang-barang dan tidak bersuara.

"Lariskan jualan malam ni?" Azzam cuba memecah suasana. Namun Hana tetap mendiamkan diri. Merajuklah tu.

"Malam ni sejukkan?" Dia cuba sekali lagi supaya Hana bercakap dengannya. Namun tiada respon.

Azzam mula mencebik bila Hana memulaukannya.

"Saaaayaaang." Sengaja Azzam memanggilnya seperti itu dengan nada sedikit berbisik.

"Nak abang peluk ke?" Azzam menjongketkan keningnya sambil tersenyum nakal apabila Hana memalingkan wajahnya.

Serta-merta Hana mengeliat kegelian. "Azzaaaaam!" Hana sudah menjeling tajam.

"Okay okay. Sorry." Azzam tertawa kecil. "Habis dah orang cakap dia buat senyap je dengan kita." Azzam sudah mencebik.

Hana menarik nafas apabila melihat Azzam seolah merajuk dengannya. "Yelah, Hana minta maaf ok. Ok Azzammm." Sengaja dia memanggil nama Azzam lebih panjang.

Azzam masih mendiamkan diri. Sengaja mahu melihat Hana memujuknya.

"Gedik! Sudahlah malas layan. Hana nak balik lagipun dah gerimis. Azzam duduklah sorang kat sini. Tu kawan dengan katak tu." Hana sudah selesai mengemas dan bersedia untuk dengan kereta proton saga ayahnya.

"Sampai hati! Ok Azzam pun nak balik. Kita balik sama-sama ok." Dia sudah tersenyum sumbing. Tahu Hana malas melayannya.

Azzam mengikut kereta Hana dari belakang bagi memastikan Hana pulang dengan selamat. Lagipun bahaya dia membiarkan Hana sendirian memandu pada lewat malam macam ni. Sebagai bakal menantu Pak Manap yang kacak dan baik hati, dia kenalah menjaga anak Pak Manap ni supaya tak terjadi apa-apa.

TAKDIRKU | √Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα