"Siapa suruh kau buat muqadimah? Dah cerita cepat. Nanti cikgu masuk pulak." Bebelnya. Aku pandang ke kiri, okay Adam belum masuk lagi.

"Hari tu kan..."


*FLASHBACK*


"Sarah awak dah siap ke?" Tanya Adam.

"Lagi sikit." Hishh bencinya aku nak buat benda ni. Leceh nak buat stuktur pembahagian sel ni.

"Wow, nice. Cantik awak buat, macam orangnya jugak." Puji Adam.

Cantik? Hmm ya memang boleh tahan. Tak pernah pernah aku buat kerja sekemas ini.

"Biasa je."

"Sarah, saya nak tanya something boleh?"

Kening aku bertaut.

"Tanyalah."

"Awak, ada boyfriend?"

Whatttt???! Wow dah lama rasanya orang tak tanya aku soalan tu. Aku agak terperanjat.

"Kenapa kau tanya?"

"Aku saja je tanya. Sebab aku rasa macam..."

Adam seperti sengaja menggantungkan ayatnya.

"Macam?"

"Kalau aku cakap kau mesti tak percaya."

"Kenapa pulak kau rasa aku tak akan percaya?"

"Kita kan baru kenal." Jawab Adam. Bergetar jugaklah jiwa aku.

"Then?"

"Sebenarnya saya suka awak Sarah. Saya suka Awak." Kata Adam bersungguh sungguh.

Watdeeeee?!!! Wow. Aku dah lama tak dapat situasi macam ni. Macam mana nak react ni?

"Wow funny. Hahahaha" Aku ketawa palsu.

"This is serious. Saya suka awak sejak pertama kali kita jumpa."

Pertama kali kita jumpa? Tu dah beberapa tahun lalu! Yang suka sejak pertama kali tu aku. Aku yng suka kau dulu. Tapi kau yang reject aku mentah-mentah.

"No you don't." Jawab aku pendek.

"Apa maksud awak?"

"Takde, er aku pergi dulu. Benda ni nanti aku buat final touch." Aku terus kemas beg aku.

"Sarah saya minta maaf. Saya bukan nak buat kita awkward tapi saya cuma nak luahkan. Look, saya takkn expect apa apa pun dari awak. Kita masih kawan kan?"

Adam bersungguh sungguh menahan aku. Aku?Error 404.

"Jumpa nanti Adam." Aku terus pergi dengan senyuman tampal. Aky nampak riak kecewa pada muka Adam, tapi apa boleh buat. Kau yang reject aku dulu!


*FLASHBACK TAMAT*

"WOW..You play drama you get karma. Selamba je kan kau reject dia?"

"Oi aku mana ada reject dia." Aku membetulkan fakta Medina.

"Dah kau blah macam tu je. Kira reject lah tu kan?" Medina menompang dagu.

"Hello, aku tak..." Percakapan aku terhenti apabila Medina menyiku aku. Adam dah masuk kelas.

"Hai." Tegur Adam ramah.

Medina menyambut teguran Adam namun aku cuma senyap. Berat mulut aku nak bercakap, lagi lagi dia ada di sisi aku. Awkward!

Medina menyiku aku. "Wei janganlah act awkward sangat."

"Aku takbolehh move on dari kejadian tu. Yang aku cerita tadi tu baru episode satu, lepasni ada sambungan" Aku berbisik kepada Medina di mana aku yakin cuma kami berdua sahaja yang mendengar.

Sepanjang cikgu mengajar aku rasa macam Adam asyik perhatikan aku. Tapi bila ku toleh ke sisi, dia tgh kusyuk buat kerja dia. Aku perasan lah ni ya?

Lupakan lupakan! Adam cool je kau yang acting lebih padahal dia yang confess kan? Chill lah Sarah.

"Hari ni kita akan buat eksperimen. Bahagi kumpulan suka hati. Yang penting 5 orang satu group. Bergerak sekarang." Arah Teacher Mel.

Yaay! Buat eksperimen lah best! Aku dan Medina terus bergerak ke arah Fikri dan Aizul. Kami memang selalu group kalau ada eksperimen.

"Sorang lagi. Adam jomlah sekali dengan kitorang." Aizul terus memanggil Adam.

WWoow, tak ada spesies homo sapiens lain ke dia nak ajak? Aku ok tapi aku rasa awkward lah. Tak pasal pasal aku senyap sepanjang eksperimen nanti. Dahlah masa maths tadi aku duk perasan dia pandang aku.

Dan ya, kami pun berkumpulan. Sepanjang eksperimen aku diam. Fikri pula asyik tanya aku ok ke tak.

"Kau merisaukan aku dengan tak cakap apa apa macam ni. Kau ok ke?" Pertanyaan Fikri aku balas dengan anggukan dan senyuman.

Sepanjang eksperimen tu pulak aku cuma jadi tukang hulur hulur barang je. Dah aku malas nak bazirkan carbon dioksida kan.

Tiba tiba Aizul tersiku jam randik yang ada di bucu meja dan jam tersebut pun mulai jatuh ke bawah. Tindakan refleks aku terus cuba menyambut jam tersebut. Dapat! Tapi er....

"Eh maaf Sarah. Saya tak sengaja."

Beberapa orang classmate aku yang nampak kejadian live tadi mula bersorak.

"Apa jadi? Apa jadi?" Aizul kecoh tiba-tiba.

"Sarah dengan Adam berpegangan tangan guys!" Terus semua orang bersorak. Aku cuma buat muka cuak. Ada juga yang cuba buat flashback kejadian tadi.

Apa yang jadi? Masa aku cuba nak tangkap jam randik tadi kebetulan Adam pun nampak jam tu nak jatuh. Serentak kami cuba menangkap jam tu. Tapi aku lebih pantas. Disebabkan itu tapak tangan Adam melekap di belakang tangan aku. Haih susahnya aku nak explain.

"I ship! I ship!" Aizul mula menjerit bila dah dengar cerita dari meja sebelah.

Ramai yang turut bersorak. Terus aku lempar pandangan membunuh aku. Terus senyap mereka semua. Dan yang pasti, bukan Aizul.

Bola semua orang diam aku buat bodoh macam takde apa jadi. Padahal dalam hati, nak meletup je jantung aku ni dibuatnya. Dup Dap.

Fikiran aku terus melayang. Shah Adam.


*Flashback*

+60 14 XXX XXXX - Sarah, this is me Adam.

Kening aku bertaut. Dari mana dia dapat nombor telefon aku?

Sarah - Ya?

+60 14 XXX XXXX - Sorry pasal tadi.

Sarah - Nah it's okay bro.

Sengaja aku tulis perkataan 'bro' di hujung.

+60 14 XXX XXXX - Saya tak patut confess kan? Really sorry.

Sarah - Kita jangan cakap lagilah eh pasal ni?

I feel uncomfortable.

+60 14 XXX XXXX - Sorry. Sarah kau kenal Farizal kan?

Iz? Kenapa dengan Iz?

Sarah - I was. Kenapa?

+60 14 XXX XXXXX - Nah just wondering.

Sarah - Kau kenal ke?

+60 14 XXX XXXX - Tak.

Dahi aku berkerut lagi.

Sarah - Habis, dari mana kau tahu nama tu.

+60 14 XXX XXXX - Adalah.





Update lah satu bab. Sorry bab ni tak banyak content sangat. Pardon my typos xD

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now