"Wah bestnya sembang. Kuat awak gelak Medina." Tegur Adam tiba-tiba.

"Tak best mana pun, dia sorang je yang gelak. Benda tak lawak pun." Aku menjulingkan mata melihat Medina yang gigih menahan tawa.

"Sembang kosong je. Awak tak balik lagi?" Tanya Medina.

"Sekejap lagi. Oh ya, Sarah, nak tanya something boleh?"

"Hah? Aku? Err tanyalah." Aku sedikit berdebar.

"Kenapa semua orang panggil awak pengawas gila? Betul ke awak ni garang macam rimau?" Tanya Adam dengan muka innocent nya.

Phew. Ingatkan apalah tadi.

"Ha'ah memang betul" Jawab aku selamba.

"Huh? Jadi betullah awak lempar lima orang pelajar lelaki masuk kolam ikan belakang blok ni?" Laju Adam bertanya. Aku cuma mengangguk.

"Wow.." Itu sahaja yang terkeluar dari mulut Adam.

"Kau tak takut aku lempar kau masuk kolam tu ke?" Aku saja bergurau.

"Tak. Saya tak buat salah pun. Sebab tu saya tak takut." Jawab Adam yakin. Aku cuma menayang senyum.

"Okaylah saya balik dulu dengan Aizul. Bye Medina. Bye Sarah." Adam melambaikan tangan kepada kami.

"Bye." Jawab kami serentak. Kami turut melambai Aizul. Aizul pula melemparkan senyuman kepada Medina. Dia senyum kat Medina je. Bila pandang aku dia buat muka Luqman Padolski. Menyampah siot! Malam ni aku bash kau kat dalam group whatsapp!

"Kau ngan Aizul?" Aku menjongketkan kening buat muka minta pelempang.

"Huarghhh penatnya! Rasa macam nak tertidur pulak." Medina menukar topik. Ish apa ni main mengelak?! Kata bestfriend!

"Hai." Satu suara muncul di hadapan kami.

"Ohh, hai Ad." Balas aku. Medina hanya tersenyum.

"Sarah, mari temankan aku makan." Ajaknya. Hmm lepas sorang tadi datang lagi sorang. Lepas satu, satu. Eh salah, lepas satu mestilah dua. Kaykay lawak hambar.

"Makan? Okay. Jomlah Med." Aku ajak Medina sekali.

"Aku sekali? Taknaklah kacau daun." Katanya selamba.

"Eh mana ada. Jomlah." Ajak Addrian pula.

"No takpe. Lagipun kejap lagi I nak balik." Balas Medina.

"U sure ke ni? Betul taknak ikut I ngan Sarah?" Tanyanya lagi.

"Yeah I sure."

Wow, masih ber I , U lagilah.

"Med, takkan kau balik sorang pulak? Balik sama-samalah. Harini mummy aku ambil."

"Aku bukan balik jalan kaki. Supir aku datang kejap nanti." Jawab Medina. Hui untunglah ada driver, orang berada gitu.

"Okay kalau camtu kitorang turun dulu." Ucapku. Medina hanya tersenyum.

"Ni kenapa tiba-tiba ajak aku pergi makan ni?" Aku bertanya sambil berjalan seiring dengan Addrian.

"Eh tak boleh ke?" Ad buat muka berkerut dia. Nak kata hensem tu memang hensem, tapi, hahahaha takde tapi, dia memang hensem. Ohh akak melting. Hahaha gedik je kau ni Sarah.

"Kalau tak boleh takdelah aku nak ikut kau." Balas aku pula. Aku jeling Ad sekilas, macam happy je dia ni. Kenapa eh?

Kami berdua melangkah ke luar sekolah. Warung kat depan sekolah jadi pilihan kami. Makanan kat sini sumpah best!

Aku dan Addrian memesan makanan masing-masing. Aku pesan nasi goreng ayam manakala Ad pesan nasi goreng daging.

"Ad, kau nak tahu tak?" Soalku.

"Ha, apa dia?"

"Aku dapat surat cinta." Kataku selamba.

"Hah?!" Addrian terkejut sampai bergegar meja. Hui melampau betul reaksi.

"Kau ni dah kenapa?" Muka aku berkerut seribu.

"Siapa yang bagi?"

"Entah, perempuan tu tak tulis nama pulak." Jawab aku selamba. Hati aku langsung tidak berbekas selepas menerima surat 'cinta' itu tadi.

"Perempuan?" Ad buat muka blur. Alahai comelnya.

"Yup, more to surat amaran lah. Tau tak apa dia tulis? Dia kononnya bagi amaran kat aku supaya jangan dekat-dekat kau lagi. Aku gelak je lah" Cerita aku.

Ya memang aku terkejut lepas jumpa sepucuk surat atas meja aku lepas rehat tadi. Ingatkan surat menang tiket perlancongan ke apa, rupanya surat sampah.

Medina yang geram terus mengoyakkan surat itu lepas tu dia terus sumbat dalam tong sampah. Medina geram sebab dalam surat tu ada jugak dia coretkan kata-kata makian khas untuk aku. Siap cakap aku ni perempuan murahan lagi sebab asyik nak goda Fir dengan Ad. Hahaha geli usus aku baca.

"Ish, merapu je lah. Kau tak payahlah nak ambil peduli sangat."

"Ingat aku kisah? Setakat sampah-sampah ugutan camtu, boleh blah lah."  Aku terus berpeluk tubuh.

"That's my girl." Ad senyum pandang aku.

Aku dapat rasakan bahang  kehangatan meja di sebelah kami. Oh ada beberapa pelajar form 4 yang pandang aku macam nak telan. Hahahaha. Ni mesti peminat Ad yang sedang frust nampak crush diorang tengah makan dengan pengawas perempuan paling cantik di SMK Megah. Hahahaha memanglah aku yang paling cantik sebab aku sorang je pengawas perempuan kat sekolah tu.

"Ad, 3 o'clock. Girls kat sebelah meja kita ni asyik pandang kita lah." Aku bercakap dalam nada berbisik.

Addrian terus memusingkan kepala melihat meja yang dimaksudkan oleh aku. Ish, toleh cover cover lah. Mamat ni pun.

Aku turut sama menoleh ke arah meja sebelah. Eh, senyum pulak diorang? Bukan main manis senyuman tu. Ini senyuman nak mengurat ni.

"Diorang senyum aje pun."

"Dengan kau memanglah senyum. Aku ni apa? Mestilah diorang rasa aku ni pesaing diorang." Aku mencebik.

"Tapi, berapa banyak pun peminat  aku, hati aku tetap terbuka untuk sorang perempuan je." Ad tersenyum pandang aku.

"Oh. Untunglah orang tu." Aku jawab macam orang bodoh. Sedar siapa yang Ad maksudkan sebenarnya.

"Kau tahu kan siapa?" Ad tersenyum sambil tanya aku.

"Aku tahu ke? Siapa ek?" Aku membuang pandangan ke arah lain.

"Tak tahu ke buat-buat tak tahu?"

"Both?"

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now