Oh macam tu ceritanya. Haih Abang Er, suami yang aku cinta, kenapa kau pandai sangat mencuri hatiku? Sejak daripada dulu lagi. Kau takkan pernah berubah. Dan jangan sesekali berubah, abang.

Aku menoleh dan kelibat mereka hilang. Aku memandang Encik Daud dan membuat isyarat. Tanda persembahan akan bermula.

Encik Daud senyum. “Best of luck puan!”.

Aku melangkah ke pintu pejabat Abang Er. Nafas kutarik dalam-dalam. Lepas ni ada persembahan baik punya akan berlangsung. Tombol pintu kupulas dan pintu kutolak.

Kelihatan Bell sedang bermain-main dengan tai biru laut suami aku. Abang Er pula sedang menolak tubuh Bell jauh-jauh. Mereka kelihatan tergamam dengan kemunculan aku. Aku berwajah selamba.

“Eh kau perempuan! Kau lagi. Kau ni siapa hah? Main terjah je bilik CEO FA Company! Bukan aku dah halau kau ke tadi hah?” Bella mengamuk. Dia datang ke arahku. Aku memeluk tubuh. Berpura tenang padahal hati aku macam nak sagat muka minah ni dengan jalan raya.

“Sa...” aku menyuruh Abang Er senyap menggunakan bahasa isyarat tangan.

“Well well, Bella. Rasanya kau masih ingat pada aku kan? Aku nak sound kau sikit. Please jaga perangai kau. Jangan nak menggedik dengan suami orang. Tak tahu malu ke? Kau tak ada adab? Mana ciri-ciri wanita melayu kau? Baju ketat. Skirt terbelah. Kau ingat lelaki suka ke?” serang aku tanpa henti.

“Kau ustazah ke nak nasihat bagai kat aku hah perempuan? Kau siapa? Isteri Erwan ke? Haha, cerminlah diri tu sikit. Muka macam apa nak mengaku isteri Erwan! Akulah isteri dia,” Bella menepuk dadanya.

“Bella!” Abang Er yang menonton mula naik angin. Aku menghadiahkan senyum pada Abang Er. Abang Er berdecit dan duduk. Dia dah marah. Kenal sangat reaksi dia. Comel.

Eh Amy! Your opponent depan mata! Sempat lagi kau duk usha suami kau eh? Hatiku berkata nakal. Hei! Suami aku kan? Suka hati nenek moyang akulah.

“Kau? Suami kepada CEO FA Company? Kau mesti berguraukan? Ke aku terkena Wakenabeb ni? Mana kamera?” aku mencari. Muka minah ni dah merah. Marahlah tu. Aku ketawa kecil.

“Jangan nak perasan wahai Bella. Kau yang patut cermin diri. Jangan nak perasan diva sangat? Kau ingat kau tu lawa sangatlah? Ramai mengadu pasal kau dekat aku. Muka kau cantik Bell, but sikap kau tak secantik muka kau,” aku menolak Bella ke tepi dan berlalu ke arah Abang Er.

“Sayang, dah nak lunch time ni. Jom keluar. Sayang nak suap sweetheart sayang ni. Alolo, you’re too cute dear,” tanpa segan aku mengucup pipinya. Pada mula Abang Er terkedu. Akhirnya dia faham. Dia berdiri dan merangkul pinggangku. Aku tersenyum puas.

“Bell, I nak keluar makan dengan wife I yang comel ni. Ada apa-apa inform I okay?” kami melintas di hadapan Bella. Muka Bella cemberut tambah pucat. Mungkin tidak menyangka yang aku sememangnya isteri Abang Er.

“Ba.. baik boss.”

***

“Oh my wife, you’re just too amazing! Abang tak sangka sayang dapat tutup mulut Bell. Nak sebut nama pun abang tak sanggup sayang!”.

Aku tertawa. Pastinya suami aku tertekan. Abang Er bukan seperti lelaki lain. Kalau orang lain, pasti akan tertewas dengan godaan perempuan seksi seperti Bella itu.

Aku menyedut air milo. “Of course. Thanks to Encik Daud and Cik Huda, abang. Hah, Elisa pun sama.”

Abang Er memandang aku. “Apa kena-mengena diorang dengan kes kita ni sayang?”.

“Pagi tadi sayang kena halau dengan PA kesayangan abang tu. Depan orang ramai okay! Dia kata sayang ni bukan kakitangan. Memanglah bukan kakitangan, sayang ni manusia!” aku membebel. Abang Er tertawa dan mencubit pipiku.

“Comellah sayang ni. And then? Alolo, kesian isteri abang kena halau.”

Aku mencebik. “PA abang tau! Kesayangan.”

Abang Er menjegilkan matanya. Aku tertawa.

“Then, sayang pun berlakon yang kononnya sayang tak ada kena mengena. Sayang tanya Elisa, who the hell is she? Main halau-halau isteri CEO pulak. Elisa pun ceritalah yang dia cuba nak tawan sweetheart sayang ni. Tahu tak sayang hangin gila!” aku menghentak kaki. Nasib tengah duduk. Tak adalah orang pandang.

“Sorrylah sayang. Abang dah tak tahu nak buat apa dengan dia. Dia tu, abang dah cakap dah, abang dah ada isteri. Dah ada buah hati, masih degil nak goda abang.”

“Pecat aje tak boleh ke?” tanyaku.

“Tak boleh sayang. She’s know this company better than anyone. Lagipun projek masuk banyak sangat kali ni. Dia yang handle jadual abang,” Abang Er berwajah hampa. Mungkin pening dengan keadaan sekarang.

“And my dear, Encik Daud dengan Cik Huda pulak?”.

“Cik Huda tolong informkan sayang perangai lanjut si Bell tu. Encik Daud punya tugas pulak, sembunyikan sayang dalam office dia. Dah.”

“Nakal sungguh isteri abang ini,” dia mengusap kepalaku. Aku terjerit kecil.

“Hei! Rosak tudung!”.

Abang Er menjelirkan lidahnya. Aku membuat gaya gunting. Tanda mahu memotong lidahnya. Abang Er ketawa.

“With you, I’ll never stop laughing. I love you sayang.”

Aku menggeleng. “I’m sorry abang..” Abang Er memotong.

“Sayang kenapa? Tak cintakan abang ke? Tak sayang abang? Kenapa sayang berubah?” Abang Er mula berdrama. Kedua lenganku dipegang dan tubuhku digoyang. Mukanya sungguh sedih. Aku tertawa. Tangannya kutolak peralahan.

“Boleh tak dengar sampai sayang habis cakap?” kataku. Dia hanya menunduk.

“I’m sorry abang. But, I love you too!”.

Senyuman terbit semula. Dia bertindak mahu menghadiahkan ciuman dipipi. Aku mengerutkan dahi dan menggeleng. “Public tau! Malu okay?”.

Hilai tawanya membuatkan aku bahagia.

***

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now