Lepas tu..

"Sayang?" dia menjenguk ke dapur. Aku yang sedang menggoreng karipap hanya membuat tidak tahu. Tak nak cakap. Merajuk lagi. Pingganku capai dan kuletak atas meja makan. Seterusnya aku mengacau air teh di dalam teko. Panas! Panas! 

Dia membatu disitu sambil memerhatikanku yang tidak mempedulikannya.

"Wan! Amy! Awalnya bangun!" umi tiba. Aku senyum. Tak lama lepas tu abah dan abang kepada suami aku pun datang ke dapur.

"Wah! Sarapan daripada menantu!" sorak abah. Aku tergelak. 

"Siapa masak ni Amy?" soal Abang Saahari Ezwan.

Aku pandang Abang Saa'. "Hantu bang."

Abang Saa' mengangguk laju. Dia mencapai karipap dan lahap dia merasa. "Sedap hantu ni masak Amy. Kirim salam eh? Kalau boleh minta number fon. Senang abang masuk minang."

Aku ketawa. Abang Er dan berdeham semacam. Dia mengambil pinggan. Nak nasi gorenglah tu. Aku datang dekat dan menyendukkan nasi untuknya. "For you," bisikku. Takkan aku nak tunjuk dengan umi dan abah yang kitorang gaduh? Er, gaduh manja ajekan?

"Lepas ni umi dah tak payah susah-susah masak. Amy dah ada. Senang kerja umi," aku mengangguk. Aku sudah menganggap mereka sebagai ibu bapaku sendiri. Sudah tentu aku akan berkhidmat setia sampai hujung nyawa dengan mereka. Ehh?

"How's your night?" aku terdengar bisikan Abang Saa' pada dia. Aku buat-buat tak dengar dan menuju ke singki. Mahu basuh beberapa pinggan mangkuk yang tertinggal.

"Shut up and get married."

Aku tergelak dalam diam. Padan muka Abang Saa' kena sound dengan Abang Er. 

"Amy, sudahlah tu. Mari makan. Asyik buat kerja aje," abah memanggilku. Aku menoleh dan membuat tanda peace. "Sikit lagi aje abah."

Tiba-tiba ada tangan membantu aku membasuh segala pinggan mangkuk. Dapat rasa kehangatan dia daripada belakang badanku! Aww, gaya dia macam nak peluk aku tapi tangannya lincah membasuh. Jantung aku berdegup. Lajunya hanya Allah yang tahu. 

"Let's eat sayang."

Tanganku ditarik ke meja makan. Merah wajahku apabila melihat senyuman yang terbit diwajah umi, abah dan Abang Saa'.

Abang Er berniat untuk menyuapku. Aku terpaksa buka mulut.

***

"Abang Saa'!" aku memanggil Abang Saa'. Waktu itu Abang Er sedang sibuk berbincang sesuatu dengan abah. Mungkin tentang kerja. Aku mengiyakan sahaja. Lihat daripada riak Abang Er dan abah yang serius pun dah dapat agak. Abang Saa' mendekati aku. Aku tersenyum menang.

"Nak apa adik iparku?" usik Abang Saa'. Aku mengajaknya ke halaman rumah. Nak cakap tentang benda yang sangat peribadi.

"Abang ipar! Adik ipar nak tanya ni. Sila jawab dengan sejujur yang boleh. Okay?" aku mengenyitkan mata. Abang Saa' menggelengkan kepala. Mungkin tak percaya melihat aku yang macam budak kecil ini. Aku tertawa riang. Hope sangat abang iparku ini boleh membantu aku menyelesaikan masalah aku ini.

"Okay. Shoot it."

Aku mengambil nafas. Mungkin soalanku ini berbaur cemburu tapi demi rumah tanggaku, aku sanggup buat apa sahaja. "Kak Suraya. Abang Er masih sayangkan dia?".

Abang Saa' dah membuat muka nakal. 

"Jealous?".

"Semestinya!" aku menjawab pantas.

Dia gelak. "Comel."

"What?" keningku terangkat.

"Kahwin ni bestlah."

"Tahu tak apa," ketawa aku dan Abang Saa' bersatu.

"Suraya. Sebut pasal dia, abang ipar nak bagitahu adik ipar ni. Your husband clash dengan Suraya masa adik ipar tinggalkan dia. Your husband sedar yang dia dah falling for you. Sebab tulah dia clash. Tapi adik ipar pulak yang menghilang jadi, dia plan dia nak meminang adik ipar. Sembilan tahun dia stalk adik ipar tau! Adik ipar kerja mana dia tahu. Adik ipar keluar dengan siapa dia intip. Even kalau adik ipar bercuti luar negeri pun dia ikut!".

Aku dah ternganga. Apa betul ke yang Abang Saa' cerita ni?

"Lepas sembilan tahun, dia dah tak tahan. He miss you and ask umi to get you for him. Setakat ni faham?" aku angguk dan tekun mendengar cerita Abang Saa'.

"Then, apa yang menyebabkan Kak Suraya dan Abang Er clash? Me?".

Abang Saa' mengangkat tangan. Menyuruh aku bersabar. Aku senyum tapi sebenarnya aku teruja nak dengar cerita ini. Panas!

"Your hubby dapat tangkap yang Suraya curang dengan dia. Sebab tu dia clash. Tak lama lepas tu dia pun sedar yang dia sayang sangat dekat adik ipar abang ini!"

Oh.. macam tu eh cerita dia? Haha! Akhirnya aku tahu juga! Aku memandang Abang Saa'. "Thanks Abang Saa'! Ingat tau. This is between you, me and the grass! Thanks abang ipar. Adik ipar terhutang jasa dekat abang ipar! Kalau ada umur panjang adik ipar balas balik ea jasa tu! Adik ipar tak suka hutang-hutang ni," aku melangkah sambil melambai. Abang Saa' ketawa. Happy kot ada abang ipar yang sporting macam Abang Saa'.

"Welcome adik ipar. Jaga dia baik-baik. Jangan jadi macam Suraya! Ikat dia. Kalau boleh jangan kasi dia keluar bilik! Oh, hutang tu? Nanti abang ipar minta tolong adik ipar kalau abang ipar ada masalah okay?" dia mengenyitkan mata. Aku ketawa dan membuat thumbs up.

Akhirnya. Selesai juga misi aku menyiasat tentang Kak Suraya ini. Oh Kak Suraya, adikmu ini rasa macam nak belasah kakak sahaja. Sampai hatikan kakak sakitkan hati abang kita? Oh, ini wife dia! Wife Abang Er akan buat apa saja untuk sang suami. Silap, silap. Aku menggeleng.

Dari jauh aku dapat melihat dia dan abah sedang berusaha keras. Aku ke dapur dan mencapai dulang. Dua cawan diletak dan satu teko kopi panas siap dibancuh! Aku membawa dulang kepada mereka.

"For you abang, abah. Break  some with coffee?" aku membuat muka comel. Mereka senyum. 

"Thanks sayang."

"You're welcome. You owe me one my dear," bisikku pada telinganya. Jelingan manja ku berikan. Biar dia tergoda! Biar dia angau! Hanya aku sahaja yang boleh memilikinya.

***

I'm Sorry But I Love YouМесто, где живут истории. Откройте их для себя