Kembali ke 9 Tahun yang Lepas :P

43.7K 755 7
                                    

*Zaman dulu dulu punya dululahh xD*

Aku hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Siapalah aku jika dibandingkan dengan Kak Suraya. Kak Suraya cantik. Jika dibandingkan dengan aku, diibaratkan Sang Puteri yang anggun dengan orang gajinya yang menyediakan sarapan setiap hari untuk kerabat diraja. Aku mengeluh. Biarlah abang bahagia dengan kekasih hati pilihannya. Aku cuma bertepuk sebelah tangan.

"Amy? Kau frust lagi ke?" soal Nazira. Aku memeluknya. Sungguh aku sedih. Abang Erwan selalu memberikan kasih sayangnya kepadaku. Selalu memberikan aku harapan. Masa aku berangkat dengan Abang Er dulu, dia baru aje clash dengan Kak Suraya. Lepas tu, dia selalu meluahkan rasanya kepadaku. Rasa kecewanya bila Kak Suraya memutuskan hubungan mereka. Tak lama selepas itu, baru aku sedar aku sudah mula menyayanginya lebih daripada seorang abang. Harapanku hancur bila mendapat tahu yang dia sudah getback dengan Kak Suraya. Hanya Naziralah tempat aku mengaduh.

"Nak buat macam mana lagi Naz. Aku telan je lah drama yang diorang buat."

Nazira mengusap bahuku. Menyalurkan semangat dalam diriku. Aku hanya mampu tersenyum. Nazira risau akan diriku. Maafkan aku Naz. Bukan niat dihati mahu membuatkan kau risau akan diriku.

"Sabarlah Amy. Aku tahu Erwan tu tak faham perasaan perempuan ni. Hati perempuan ni pantang disentuh! Kalau tak reti jaga, senang aje. Jangan kacau kaum hawa!" marah betul Nazira kepada Erwan. Terkekeh-kekeh aku ketawa. Dengan mimik mukanya, aku tak dapat tahan gelak! Naz, Naz. Macam manalah hidup aku tanpa kau.

Kring kring.

"Eh? Dah rehatlah. Aku nak pergi jumpa Zatiey dengan Qiela. Thanks Naz. Sayang kau," aku mengacah untuk mencium pipinya dan dia menolakku. Aku ketawa lagi.

"Les!" aku menjelirkan lidah.

Aku keluar kelas dan menuruni tangga menuju ke kelas 2 Dahlia. Kelas Zatiey.

"Zett!" jeritku. Zett yang sedang berborak dengan Lysha dan Shahira memandang aku dan melambai. Dah biasa sangat. 

"So, macam mana? Erwan buat kau lagi?" tanya Zett. Aku membisu seribu bahasa. Lysha menggeleng. Mungkin kesal dengan apa yang berlaku kepada diriku.

"Zeerul!!!".

"Opocot nenek aku masuk lokap!".

Diorang ketawakan aku. Muka aku memerah bila beberapa orang budak lelaki memandang aku. Aku pusing dan mengetuk kepala Qiela. Gilalah minah ni. Buatnya aku ada barah otak siapa mahu ganti? 

"Oi minah! Jangan terkejutkan aku macam tu. Kalau aku fly away dulu macam mana? Melepaslah aku nak kahwin nanti. Aku sekeh kepala kau baru tahu. Mengong punya olang maa," aku menjeling Qiela yang masih terbahak-bahak mengelakkanku. Aku memeluk tubuh.

"Nenek kau masuk lokap? Kenapa weyh? Nenek kau curi gigi nenek yang lain eh?," sakat Qiela. Aku mencubit lengannya. Nenek, nenek jangan masukkan dalam ayat kau.

"Okay okay. Aku surrender. Sorrylah. Apasallah adik Zeerul ni sensitif?" ujar Qiela. Hey Qiela ni. Sejak dia mendapat tahu aku berangkat dengan sorang mamat ni, makin galak dia mengusik aku. Macam aku tak tahukan? Qiela ni sebenarnya falling in love dengan abang angkat aku tu. Haih. Qiela, Qiela. Gila.

"Dah dah. Kau nak pergi kantin tak?" soalku. 

"Nak!" sorak mereka. Aku sengih. Macam budak-budak.

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now