Bab 29

2.1K 67 5
                                    

"Uncle terlalu percaya pada Amran. Terlalu bergantung pada Amran. Sikit-sikit, Amran. Uncle Firdaus pun macam tu. Amran. Amran. Amran. Juli dan pekerja-pekerja yang lain, langsung you all tak pandang. Everything is referring to Amran. Macam syarikat tu Amran yang punya. Uncle sedar tak ni?" Luah Juli.

Tuan Hashim angguk.

"Then? Sampai bila Amran tu nak jadi tempat uncle dan uncle Firdaus bergantung? Suatu hari nanti, buatnya dia lari ke syarikat lain atau dia bina syarikat sendiri. Lepas tu, uncle nak bergantung pada siapa? Or maybe dia nak take over your company. Dia kick both of you. Masa tu, jangan menyesal." Juli memulakan serangan mental kepada Tuan Hashim.

Tuan Hashim hanya angguk. Tenang.

"Uncle dengar tak ni?" Juli sudah mula berang bila tiada tindakbalas dari Tuan Hashim.

"Dengar." Bersahaja saja jawapan Tuan Hashim.

Dia meneruskan pembacaannya. Buku 'Strategi Perniagaan Rasullullah s.a.w' itu lebih menarik perhatiannya dari apa yang Juli sedang perkatakan. Dia tak mahu pagi-pagi lagi mindanya digasak dengan anggapan negative tentang Amran atau sesiapa saja. Dia suka mulakan paginya dengan perkara-perkara yang menyenangkan dan mengembirakan hatinya.

"Uncle, jangan ignore Juli." Kata Juli.

Dia bangun dan terus merampas buku yang dipegang oleh Tuan Hashim. Dia letakkan buku itu dibelakangnya. Langsung tidak dihiraukan pandangan Tuan Hashim yang sedang benggang dengannya.

"Kamu dah kenapa? Pagi-pagi lagi dah macam-macam." Marah Tuan Hashim.

"Uncle tu. Kalau Juli buka cerita pasal Amran saja, uncle suka buat tak dengar. Uncle terlalu sayangkan dia sampai abaikan Juli, anak saudara uncle sendiri." Bentak Juli.

"Bila masa uncle lebihkan dia dari kamu? Apa yang kamu nak. Semua uncle turutkan. Kamu nak tempat Amran. Uncle turutkan. Uncle bagi kamu jawatan Amran di New Zealand tu kepada kamu untuk kamu tunjukkan kebolehan kamu. Tapi apa progress yang kamu bagi? Dah 3 bulan kamu disana. Apa yang kamu dah buktikan? None. Ada uncle marah kamu? Tak ada." Balas Tuan Hashim.

"Uncle suka compare Juli dan Amran. You are so unfair." Bentak Juli lagi.

"Kamu yang minta untuk diberikan peluang. Uncle bagi. Ingat dulu kes yang Amran handle. Pasal kereta salah naik kapal. Kamu kata kamu nak handle tapi at last, Amran yang settlekan untuk kamu. Kamu buat apa? Mengarah dan marah. Langsung tak menyelesaikan masalah." Kata Tuan Hashim.

"Ini, kamu kata kamu boleh buat lagi baik dari Amran kalau kamu diberi peluang. Uncle sampai merayu pada uncle Firdaus untuk beri kamu peluang. Tapi dah 3 bulan. Semua berjalan ikut apa yang Amran rancang. Penambahbaikan? Tiada. Amran dalam tempoh 3 bulan dah buat keuntungan. Kamu sekarang ni hanya mentain keuntungan tanpa ada peningkatan." Sambung Tuan Hashim setelah berhenti seketika untuk melihat reaksi Juli.

Juli bangun.

"Uncle is unfair." Rengek Juli bersama hentakan kakinya dihadapan Tuan Hashim.

"Bukan uncle atau uncle Firdaus yang suka compare kamu berdua. It's you Juli. Kamu yang selalu rasa kamu lagi bagus dari Amran dan boleh bersaing dengan Amran. Kami bagi kamu peluang tapi peluang yang kami bagi, kamu tak pernah hargai. Kamu terlalu bangga dengan apa yang kamu ada. Kamu terlalu bangga dengan gelaran pewaris HSH Holding. Kamu kena tahu, uncle boleh berikan pada sesiapa saja untuk mewarisi semua milik uncle dan kamu tak boleh mencabar wasiat uncle. Ingat tu." Gertak Tuan Hashim.

Dia bangun dan mengambil bukunya yang diambil Juli tadi dan terus berlalu dari situ. Dia naik ke atas untuk menuju ke biliknya dan meninggalkan Juli seorang dibawah.

Ain NadiraWhere stories live. Discover now