Bab 1

3.7K 54 0

Again... Dia sangat panjang. Bersabarlah sayang (Nyanyi sikit) membacanya...



Pertunang diantara Ain dan Amran tak lama. Sebulan saja. Semuanya gara-gara Ain meletakkan syarat, selama tempoh pertunangan mereka tidak boleh berjumpa dan berhubung dengan apa cara sekalipun. Amran pula meminta agar mereka bertunang selama sebulan. Mana boleh sebelah pihak saja buat syarat tanpa ada syarat balasan.

Dalam tempoh sebulan sebelum menjelang tarikh pernikahan, sedikit pun Ain tidak menghiraukan persiapan majlis. Kadang-kadang ibu bapanya tertanya-tanya juga, benarkah Ain menerima pinangan Amran atas kerelaan dan suka sama suka? Dari gaya tindak tanduknya seperti orang yang kena kahwin paksa saja. Dia langsung tak mahu tahu persiapan majlis pernikahannya.

"Kamu ni Ain, mak tengok macam tak nak saja kahwin. Langsung tak ambil kisah persiapan majlis nikah kamu. Dah macam orang kena paksa kahwin. Kamu terpaksa ke? ke kamu ada buat salah?" tanya Puan Azlin.

"Mana ada. Ini tanda protes. Siapa suruh setuju tunang sebulan. Bukan nak tanya orang dulu" Jawab Ain. Tanda protes kepada mak dan abah yang tak berbincang dulu sebelum bersetuju dengan syarat mereka. Sebulan mana cukup nak tetapkan hati terima Tengku Azril dengan berlapang dada.

Lagipun, kot kalau lama sikit ada orang lain datang meminang ke atau sekurang-kurangnya dia terjatuh cinta dengan orang yang sepatutnya. Kemudian, bolehlah putuskan pertunangan ni dan berkahwin dengan pilihan hati dan hidup aman selamanya.

Arh, mengarut. Itu semua khayalan. Mana ada orang hidup aman selamanya. Tak trill la hidup tanpa mengugat keamanan. Tak rock.

Tinggal lagi dua minggu sebelum majlis pernikahan aku. Mengikut kata mak, tempahan khemah, bunga telur, goodies, makanan dan pelamin sudah siap. Mak ada suruh aku ke kedai emas untuk mencuba cincin yang ditempah. Namun aku hanya beri mak ukuran cincin lama yang dihadiahkan abah kepada aku. Aku tak mahu pergi.

Kejam? Yalah, aku tak nak bernikah dengan Tengku Azril. Aku terima dulu sebab memikirkan mak dan abah yang asyik mengharapkan aku berkahwin.

Nak harap kakak asyik sibuk nak belajar saja. Malah kakak sekarang ni pun tak dapat balik. Tengah final exam untuk PhDnya. Abang pula tak habis-habis belayar. Mak kata orang takut nak kahwin dengannya. Takut kena tinggal berbulan-bulan.

Jadi sebagai anak yang selalu ada dengan mak dan abah, harapan untuk melihat anak-anak mereka berkahwin adalah aku. Lagipun aku kan dah janji nak bahagiakan hati mak dan abah sampai aku mati. Dan sebagai anak yang solehah, aku ikutkan saja.

Solehah kah aku yang buat ibu bapaku bersusah payah menguruskan majlis pernikahanku tanpa sedikit pun aku membantu? Persoalan itu yang membuatkan aku beralah sewaktu mak mengarahkan aku ke kedai Andaman untuk mencuba pakaian nikah, berinai dan bersanding.

Lagipun aku dah buat solat istikharah. Petunjuk yang aku terima suruh setuju dengan pertunangan ini. Hati aku selalu saja berbisik terima demi menjadi anak soleh dan ini adalah sebab paling kukuh kenapa aku terima pinangan ini.

*********************

Sebulan telah berlalu dan kini tiba lah hari yang dinanti oleh semua yang terlibat dalam persiapan majlis pernikahan ini. Sedia atau tak. Ain tetap kena terima. Dia tiada pilihan. Persetujuan telah dibuat. Majlis sedang berlansung. Ain redha.

Aku telah siap di andam oleh mak andam Saba yang mak upah. Sebenarnya sudah 3 hari aku bersama dengan mak andam yang aku panggil Cik Saba. Hari pertama aku dimandikan dengan luluh dan susu. Kemudian membuat rawatan muka dan urutan seluruh badan dan sekali lagi baju diacukan ke badanku.

Ain NadiraRead this story for FREE!