Part 21

1.2K 36 4

Amran memeluk bahu Ain dengan erat. Cuba menyalurkan ketenangan dan kekuatan buat isteri tercinta untuk menghadapi saat perpisahan hakiki. Pemergian Maksu pada pagi hari raya kedua bukanlah sesuatu yang tidak dijangka. Setelah 5 hari berada didalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ain pula menyelesakan dirinya duduk dikepala katil disebelah Amran. Dia melentokkan kepalanya dibahu Amran. Mengusap tangan kanan Amran yang sedang mengengam erat jemarinya tangan kanannya.

Amran senyum. Ain jarang mahu bermanja dengannya seperti ini. Rasanya Ain memang tak pernah tunjukkan yang dia sangat manja. Ain tak pernah mahu dibelai sebegini rupa.

Teringat panggilan terakhir yang diterimanya dari Maksu. Waktu itu dia sedang sibuk menyiapkan tugasannya. Seboleh mungkin dia cuba untuk siapkan agar dia boleh balik sebelum hari raya.

"Amran jaga Ain elok-elok. Ain tu manja orangnya cuma dia memang ada masalah untuk percayakan orang terutama lelaki. Itu semua berpunca dari kisah silam. Suatu masa nanti, Amran akan tahu apa rahsianya. Cuma, saat Amran tahu tentang rahsia itu. Maksu minta untuk Amran sentiasa percaya dan memberi Ain sokongan. Maksu tak tahu Maksu sempat atau tidak untuk memujuk Ain saat itu. Janji dengan Maksu, ya Amran?" kata Maksu dihujung talian.

"Insya Allah Maksu. Amran tak berani janji tapi Amran cuba." Kata Amran.

"Amran ada apa-apa yang nak tanya Maksu tentang Ain?" Tanya Maksu.

"Maksu, siapa kawan baik Ain? Mama ada cakap hari tu yang Ain ada seorang kawan yang sangat dia percaya dan akan ceritakan semua perkara dengan kawannya itu. Maksu kenal?" Tanya Amran.

"Kenal sangat. Amran, Ain tu mana reti berkawan. Maksu ni je kawan dia. Rasanya mama tu rujuk pada Maksu cuma mama pun tak tahu yang orang tu adalah Maksu." Jawab Maksu sambil ketawa halus.

Esakan tangis Ain membawanya kembali ke alam realiti. Namun, tidak sedikit pun dapat membantunya melupakan pesanan demi pesanan yang Maksu tinggalkan. Maksu menyuruhnya jadi teman baik Ain, gantikan tempatnya. Tempat untuk Ain ceritakan semua masalahnya.

'Masalahnya, aku pun tak tahu macam mana nak dekatkan diri dengan Ain. Nak dekatkan diri sebagai suami pun susah. Sebagai kawan pun tak mudah. Inikan pula sebagai tempat dia meluahkan semua isi hatinya.' Monolog Amran.

"Sudahlah Ain. Jangan asyik menangis macam ni. Maksu tak tenang macam ni." Pujuk Amran.

"Ain sedih. Maksu dah tak ada. Tak ada teman untuk Ain luahkan apa-apa." Balas Ain.

"Am kan ada. Am suami Ain. Am juga boleh jadi kawan baik Ain. Ain boleh cerita semuanya pada Am. You just need to trust me." Pujuk Maran lagi. Dia mengeratkan pelukannya.

Ain memandang seketika Amran sebelum membenamkan mukanya ke dada suaminya. Air matanya masih mengalir, namun, ketenangan sudah mulai dirasainya. Dia membalas pelukan Amran. Mindanya masih mahu mencerna apa yang dikatakan Amran.

'Kerana Amran ini suaminya yang membataskannya untuk meluahkan segalanya. Hari suami mesti dijaga. Untuk menjadi kawan mungkin mudah tapi untuk meluahkan, aku sendiri tak yakin.' Ain berkira-kira didalam hatinya akan kata-kata Amran itu.

Mana mungkin Ain ceritakan isi hatinya pada Amran sedangkan cerita Amranlah yang selalu meniti dibibirnya bila berbicara dengan Maksu. Malu untuk mengakui perasaannya pada suaminya itu. Mana mungkin dia mengaku.

Mengaku bermakna kalah. Mengaku bermakna meletakkan dia didalam situasi boleh dipijak-pijak maruahnya dan mudah mempermainkan perasaannya. Dia mahu Amran menghormatinya seperti sekarang. Dia juga mahu Amran hargainya.

Amran sendiri tak pernah mengaku dengan jelas yang dia sukakan Ain apatah lagi mencintainya seperti yang dia rasakan. Jadi, tak perlu untuk jadi perigi cari timba. Tak perlu nak jatuhkan air muka sendiri dengan pengakuan yang bakal memalukan diri sendiri.

"Ain, dengar tak apa Am cakap ni?" Tanya Amran.

Ain angguk.

"Ain janji cerita semua benda pada Am?"

Ain angguk.

"Am pegang janji Ain tu."

Ain angguk.

Amran senyum. Dia tahu Ain bukan berada didalam alam nyata. Mindanya mengerawang entah kemana. Entah apa yang dia fikirkan. Amran tak tahu dan tak mudah untuk dia tahu. Ain dan rahsianya.

Ain NadiraRead this story for FREE!