BAB 11

1.3K 30 0

                  

Waktu rehat tengahari itu Ain gunakan untuk menatap perjanjian yang dibuat oleh mereka empat bulan lepas. Semalam dia tidak punya hati ingin berbincang dengan Amran. Hatinya sedang panas. Otaknya tidak dapat berfikir dengan waras. Maka, dia mengambil keputusan untuk menangguhkan perkara itu.

Lagipun, dilihatnya Amran juga sedang dilanda masalah. Mungkin masalah hari tu belum selesai lagi. Amran juga tidak bercakap dengannya seperti selalu. Dia hanya mengirimkan pesanan ringkas mengatakan dia balik lambat dan sememannya sangat lambat. Ain hampir tertidur semalam menunggu Amran balik.

Bila Amran sudah siap untuk tidur, wajah kepenatan suaminya itu yang membuatkannya tidak betah untuk menanyakan persoalan itu. Walaupun hatinya penuh dengan rasa marah, tapi rasa hormat pada suami masih tinggi.

Lagipun sejak Amran memarahinya kerana permintaannya untuk berpindah ke rumah mereka sendiri, Amran menjauh. Sudah 2 hari Amran tidak menelefonnya seperti biasa. Dia juga berjauh hati dengan tindakan Amran itu. Sedih hatinya.

Baru 4 bulan usia perkahwinan mereka dan dalam masa 4 bulan itu, baru 2 hari lepas Amran menunjukkan belangnya. Tidak disangka Amran sanggup buat dia macam ni bila hatinya sudah boleh menerima kehadiran Amran. Baru 4 bulan kahwin dah tunjuk belang.

Malam ni, tak kira. Apa nak jadi. Jadilah. Aku perlukan jawapan dari persoalan ni. Kenapa isi kandungan ni tak sama macam yang sepatutnya.

"Apa yang sepatutnya, Ain?" satu suara dari dalam hatinya bertanya.

Ain berfikir sejenak. Sepatutnya perjanjian yang macam mana dia mahukan? Kontrak kahwin selama setahun? Aku tak mahu. Aku dah sayang padanya. Malah, aku dah mula selesa dan bahagia dengannya.

"Pokoknya aku nak tahu kenapa perlunya kewujudan surat perjanjian ini" tegas Ain.

Ain NadiraRead this story for FREE!