Bab 13

1.5K 32 0

Rasa sakit dihati mengenangkan penipuan yang Amran cipta. Rasa tertipu sangat. Ya Allah, kenapa kau anugerahkan rasa ini padaku terhadap suamiku andai akan rasa sakit begini. Agaknya inilah yang Filza rasa masa dia putus cinta dulu. Ain muhasabah diri.

Awal lagi dia sudah balik. Rasa sakit dikhianati dan ditipu suami sendiri buatkan dia tak rasa untuk bekerja. Rasa itu buatkan dia minta cuti setengah hari. Dia benci rasa ini. Sangat benci. Kerana inilah menyebabkan Ain mengelak dari perasaan begini. Tapi kini dia sendiri terjebak. Rasa yang dia sendiri tak dapat nak kawal. Sesungguhnya cinta itu anugerah Allah.

"Awal balik hari ni. Mummy kata lepas lunch hour tadi Ain dah sampai. Kenapa? Tak sihat?" Tanya Amran prihatin. Sikap prihatin Amran inilah yang menarik hati Ain untuk terus hormatkannya. Walaupun semenjak hari Amran memarahinya, Amran menjauh. Namun, bila melibatkan tanggungjawabnya dengan mudah Amran berubah menjadi dirinya semula.

"Memang tak sihat pun. Sakit hati" Luah Ain masih mengawal marahnya.

"Sakit hati dengan siapa ni?"Soal Amran lembut.

"Am" Jawab Ain ringkas.

"Ye... Ain nak cakap apa-apa ke?" Amran masih tidak dapat menangkap jawapan Ain. Terlalu letih. Dihampiri Ain yang berada di sofa. Dia memegang dagu Ain dan didongakkan kepadanya. Lembut.

"Am mandi dulu. Ain cerita nanti boleh? Am penat sangat. Hari ni terlalu banyak benda kena fikirkan. Am mandi dulu ye" Kata Amran lembut. Kemudian dihadiahi senyuman baru dilepaskan dagu Ain. Ain hanya diam.

Selesai membersihkan badannya, Amran mendekati Ain. Dilihat wajah tegang Ain. Apa lagi lah tu. Amran duduk disebelah Ain. Dirapatkan tubuhnya ke tubuh Ain. Ain bangun. Kasar.

"Kenapa?" Tanya Amran lembut. Api jangan dekat dengan api. Nanti lagi marak.

"Amran, boleh tolong mummy kejap?" Ketukan di pintu membantutkan amarah Ain. Amran bangun menuju ke pintu.

"Tolong apa, mummy?" tanya Amran lembut sambil memandang wajah wanita yang amat disayangi dan dikasihinya.

"Tolong mummy pergi kedai kejap. Mummy terasa nak makan bubur pulut hitam. Tolong belikan mummy pulut hitam dengan santan" Arah Puan Rozila.

"Ye lah... Mummy nak sekarang ke?"Tanya Amran lagi.

"Tak kisah lah. Kalau sekarang boleh mummy masak lepas Isyak nanti tapi nanti-nanti pun tak apa" Balas Puan Azlin. Amran hanya mengangguk.

Puan Azlin berlalu. Dia nampak muka kelat Ain. Dari Ain balik tengahari tadi dia perasan wajah kelat itu tapi tidak ditegurnya. Lagipun, Ain cuba sedaya upaya memaniskan mukanya. Mungkin tak nak dia risau.

Hari ini merasa dia makan masakan menantunya. Itu pun setelah Ain berkeras mahu masak dan menyuruhnya berehat. Malas mahu bertelagah, dia hanya duduk memerhati walaupun Ain mintanya berehat di bilik.

"Daddy, menantu kita tu kenapa ye? Selama dia duduk sini tak pernah tengok dia monyok macam tu. Risau mummy tengok. Tak pernah-pernah masak hari ni dia masak. Mummy nak tolong pun dia tak bagi" Adu Puan Rozila kepada Encik Amir sejurus melangkah masuk ke bilik tidurnya. Encik Amir yang sedang beristirehat setelah penat berkebun dihadapan rumah mereka, terus memandang wajah isterinya. Pelik.

"Kenapa yang Daddy pandang Mummy macam tu?" Tanya Puan Rozila. Tak selesa dengan pandangan suaminya.

"Kira yang kita makan tengahari tadi tu menantu kita yang masak?" Tanya Encik Amir.

"Yelah. Kan Mummy dah cakap tadi" Kata Puan Rozila.

"Patut pun. Daddy ingat Mummy tukar resipi" Kata Encik Amir lantas ketawa mengenangkan makanan yang dimakannya tadi. Bukan tak sedap tapi rasa kurang sesuatu. Kasih sayang kot.

Ain NadiraRead this story for FREE!